Monday, August 16, 2010

apa ertinya ramadan kepada mereka

Aku ke teluk intan,sungai Sumun kerana ingin membeli kelapa muda ( kelapa matak )untuk perniagaan seorang sahabat kerana ramadan..aku kerumah yang dituju.. sampai di rumah tokeh kelapa ... ada upacara perubatan ..aku memberi salam dan menunggu di pangkin di bawah pokok jambu...

tokeh kelapa : tak masuk....?

aku : tak tunggu di bawah ... biar orang yang nak beli kelapa masuk

kawan aku : dia,tak akan masuk pak cik ( tokeh kelapa )...

tokeh kelapa : oh... orang muda sekarang memang tak percaya pada dukun,pawang dan
bomoh ni...

aku cuma tersnyum , sambil memerhati kawan dan tokeh tadi masuk untuk berbincang pasal kelapa ...

utuk menghilankan rasa bosan menunggu aku ,memerhati sekeliling ...tiba tiba aku disepa oleh tok bomoh...?

tok bomoh : tidak keatas..sekali ...?

aku : tak... terima kasih..

tok bomoh :.. orang dalam rumah tu kena buatan orang, saya dah pulangkan balik ..

sebab awak sudah ada masa perubatan ni berjalan, jadi tok rasa ingin
menepung tawar awak sekali

aku : tak apalah tuk.. saya tak apa apa... ni bulan ramadan syaitan dan iblis
dirantai.. mana mereka boleh buat kerja....

tok bomoh : hemm ,jika macam tu kata awak ,tok tak bertanjungjawab apa yang berlaku
nanti... cakapnya sambil mengibas kain hitam dan kuning

..............
.........................

....................


dalam perjalan balik ke sekinchan ,kawan aku marah kerana aku menolak di tepung tawar
aku menyatakan kepadanya .. itu pekara kurafat..dan syrik ..dia tersenyum ..katanya aku berpendidikan moden.. otak telah di basuh mat saleh

kawan aku : tadi tok bomoh keluarkan tulang haiwan dan paku ... depan mata ..tak kan
kurafat kot?
aku tidak menjawab..sebab bercakap kepada orang yang taksub kepada bomoh ni..kena ajak pergi ceramah agama ataupun berjumpa orang yang alim

nota :
kurafat bagi islam: penelewanagan dari segi akidah dan tauhaid.. dan Amalan khurafat mengalih pergantungan manusia daripada Allah kepada makhluk

34 comments:

  1. kamu kne kibas ngn kain itam kuning tu ke?huhu..knp la mereka2 itu perlu jmpe tok bomoh..skrg ni byk ustaz2 yg boleh berubat cara Islam..dgn ayat suci alQuran..itu kan lebih baik..

    ReplyDelete
  2. -ainz-
    masalahnya banyak ustaz pun dah macam bomoh

    ReplyDelete
  3. isk susahla kalau berubat cara pelik.

    mama saya pernah gak kena penyakit2 misteri, tapi kitorang gi perubatan tradisional yang guna ayat2 al quran. cara perubatan dan ayat yang dibaca boleh didengari oleh semua yang ada kat situ, tak menterbalikkan ayat dan tiada mentera. pure al quran. kebanyakannya guna ayat qursi, surah lazim, dan beberapa potongan ayat dari surah al baqarah, al mulk dan selawat atas nabi.

    pernah juga berubat ke satu tempat ni, tapi cara perawatan agak mengelirukan, ntah guna ayat apa, minta pengeras yang bukan2, memang kitorang ban la tempat tu.

    ReplyDelete
  4. masih ada setan terlepas nih...

    ReplyDelete
  5. memang tok bomoh tu tak bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku. sebab semuanya berlaku dengan izin Allah.

    ReplyDelete
  6. aku xde pengalaman cm tu...
    hehhee

    ReplyDelete
  7. Anonymous16.8.10

    pun memang tak caye dgn bomoh2 ni.. :)

    ReplyDelete
  8. hehehhe..jgn jumpe tok bomoh lagi..
    bulan puasa ni syaitan kecik aje kena ikat.. yang pangkat jeneral2 tu masih terlepas..

    ReplyDelete
  9. ya...kita leh ja guna ayat2 al quran..semua daru kuasa Allah kan...

    ReplyDelete
  10. dulu aku berjiran dgn bomoh.
    macam2 bunyi pelik aku dengar dari rumah dia bila malam.

    ReplyDelete
  11. elok tak tepung tawar.... elok dielakkan

    ReplyDelete
  12. nape kau tak cakap kat tok moh tu kau bukannya tengah bersanding pun nak kena tepung tawar....hehehehe

    ReplyDelete
  13. -elly-
    bersanding ke tidak..kita tak boleh tepung tawar....

    ReplyDelete
  14. err...tak leh ye...eh yang diaorang buat memnitik inai tu ada yg panggil tepung tawar gak kan..ke aku yg salah...

    ReplyDelete
  15. Anonymous16.8.10

    Aslmkm.
    Hmmm ... Kak G selalu banyak berastaghfar & sentiasa baca Ayat Al Kursi ... Insya Allah terpelihara.
    Makhluk halus, jin & seangkatan tu memang ujud ... macam manusia juga byk yg jahat & jahil kerana ikut syaitan.
    Lama juga Kak G duduk di Sarawak yg kira top segala yg pernah Kak G tengok ... kita pun kena usaha berubat/melawan tapi perlu pastikan perbuatan kita tidak bercanggah dgn aqidah & hukum Allah SWT.

    ReplyDelete
  16. Saya suka tengok cerita hantu. Saya berani.
    Tapi bila terpandan muka bomoh ( live ) , piewwwww nak nangis..

    ReplyDelete
  17. Ok saya dah berjaya attach video ceramah tu...hari ni blurr sikit...

    ReplyDelete
  18. perkara x baik ni x boleh ikut.
    ish, x percaya bomoh juga!
    yg percaya kalau ada tulis dlm buku je.

    tp kenapa dia jumpa bomoh?
    dikenakan orang ye?

    ReplyDelete
  19. Guna ayat Al-Quran boleh lah.lagi pun kita kena percaya benda2 ghaib. Ada experince juga berubat kampung. Tu pun bila perubatan moden dah suruh berubat kampung. Bomoh guna ayat Al-Quran. Alhamdulillah.Sembuh sepenuhnya.

    Tapi pelik jugak bila dia cakap dia dah simpan dalam tin biskut dan dia cakap berat. Gua rasa berat pun lepas ikat dengan bata pasal nak buang dalam sungai.

    Kejadian tidak berlaku dalam bulan puasa.

    ReplyDelete
  20. tipu daya syaitan, jin ada bnyk cara..

    ReplyDelete
  21. bomoh selalu menyeramkan.
    larikksssssss.
    =))

    ReplyDelete
  22. hahaha khurafat sungguh


    ;p

    ReplyDelete
  23. time bulan puasa? mmg sah2 khurafat

    ReplyDelete
  24. boleh tahan ilmiah juga lu kali ni. mana lu kopi pes?

    ReplyDelete
  25. berubat cara kampong ada masa perlu juga tapi kena cari yg tidak bercanggah dgn akidah..

    ReplyDelete
  26. salam ramadhan al mubarak..

    timakasih singgah persismutiara dan tinggal jejak disana :)

    combi pernah tengok ustaz keluarkan 'seseorg' dari badan pesakit.mmg seram sebab seorg gadis yg kecil molek tapi lebih kuat dari 10 org lelaki dewasa.suara yg manja terus jadi garau..huhh :(

    ReplyDelete
  27. berd
    copi jantan dan kopi janda

    ReplyDelete
  28. jaga diri ye, nanti bomoh tu lak 'buat' kat kau


    kau ni ustaz yg brutal~

    ReplyDelete
  29. jika nak dikira dgn jari tk terhitung rasanya yg masih percaya bomoh dan pawang ni..kurafat dan boleh jatuh syirik...

    ReplyDelete
  30. ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°
    رمضان مبار… رمضان كريم… رمضان مبار…
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°

    Salam ramadan Al Mubarak..
    buat pembaca blog kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Ramadan bulan yg mulia..
    Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.

    ni kena rujuk misteri nusantara ni... tok bomoh tu buat tahyol plak kat sini time posa plak tu...

    ReplyDelete
  31. cerita ni cam ade sambungan je?
    xde ke?
    hahaha

    baguslah, jangan percaya benda2 kurafat ni.

    X)

    ReplyDelete
  32. Anonymous17.8.10

    aku di tgh-tgh. taktahu patut percaya atau tak. kdg2 masuk di akal utk percaya tp kdg2 terlalu merepek. aku pilih bergantung pd YANG ATAS dulu baru cuba cari jalan yang lain kalau tak berjaya.

    ReplyDelete
  33. Amalkan lah Manzil.
    InsyaAllah akan terpelihara dari gangguan.
    Dalam Islam ada gak ayat-ayat Ruqyah untuk perubatan.
    Kalau rajin, amalkan terus Matsurat.
    Kalau malas gak, ayat Qursi dan al-Fatihah sudah memadai.
    Yang penting, perlu diamalkan.

    Selamat menjalani ibdah Ramadhan (^_~)

    ReplyDelete
  34. mnakotkan, xnak pcye tkot tpesong. nauzubillah.

    ReplyDelete

interpretasi,