apa barang

Apa barang

Thursday, March 31, 2011

Gua tak berapa kenal Amri Yahyah

2004 gua ingat ingat macm tu la..

2004 gua duduk sec 17.shah Alam jalan sekolah rendah..gua duduk 3 tiga orang. Rasnya masa tu time euro 2004.. bro Ronaldo si bengali putih protugis sudah jadi star tapi bukan nak certa pasal Ronaldo..semua orang kebanyakan dah tahu..

Gua nak certa pasal jiran gua ,masa duduk sec17..sebelah rumah gua ada bebudak kilang dan opis sewa
gua tak kenal bebudak bebudak sebelah..,tapi mereka kenal gua.., gua tak tau bila gua salam siap sebut nama gua ngan kampung gua.Gua jadi muskil.. gua tanya, mereka cakap mereka budak sebelah kampung gua huk patutlah kenal gua..

Bila hari hujung minggu ,rumah bebudak sebelah meriah sikit,kekawan mereka datang bertandang ,jengok.
adalah satu mamat kawan mereka tu..macam pernah ku lihat tapi di mana ya? mamat ni rambutnya panjang tutup telinga ikal ikal sikit sowo matang (kulit jawa ) naik staria ,kira gilamor la zaman tu ada kereta ciri ciri sport ni... bila mamat ni duduk luar banyak la orang lalu lalang angkat tangan...mamat ni ramah jugak

hari sabtu gua balik dari ofis, mamat staria ada duduk borak dengan kawan2 tegur gua

" bro tak tengok selangor main malam ni " tanya mamat tu sambil salam sama gua

" gua tak selera tengok selangor main, lembek macam ayam sakit..satu pemain gua tak kenal" kata gua

" Amri ada main malam ni bro dia star masa tahun 2002 ,masa piala malaysia " kata kata jiran gua pulak

" Amri  celah mana pulak.., suam suam kuku pun gua tak pernah dengar nama dia.. main bola ?"

" err ini lah Amri yahyah , bro katanya kawannya memperkenalkan mamat staria

gua sekali lagi salam mamat satria ,yang namanya Amri yahyah dan kawanya..dengan muka sedikit hijau gua tak pandang mana ..gua cabut masuk rumah

Nota:
bebudak sebelah rumah pun satu,tak kenalkan yang naik staria tu Amri Yahyah .. kalau tau  ,gua punya mulut mesti cakap macam budak sekolah menengah atas

 Nota 2:
kalau korang bebudak sec 17shah Alam atau Amri sendiri terbaca blog gua ,sila telefon gua masih pakai nombor lama atau email saja kat brutalsolo@gmail.com

Mahathirism.

Entah kenapa dalam hidup gua , dari awal tahun 2010 sampai 2011.dalam bab berniaga ,gua asyik kena tipu dengan orang agama -agama.

Gua mula marah pada  orang agama agama yang jual air jampi dan kismis doa

Gua mula marah pada orang yang balik dari timur tengah dan asia selatan , begitu banyak orang agama -agama  kes halal haram makin ramai orang kebanyakan tak paham

Gua mula pandai hangin pada orang mintak sedekah kat tepi masjid sec16 yang gaduh dengan peminta sedekah myanmar sebab berebut tempat .

Gua mula ,amalkan bahasa omputih dengan  anak buah gua yang 4-9 tahun.cakap ke kampungan gua tak layan


Nota:

Jangan marah gua tulis post macam gini.gua terpengaruh dengan Metro.lu orang orang kebanyakan mana paham...

Wednesday, March 30, 2011

Apa jadi pada Raju

Raju berlari sambil manarik Malisha bersama. Malisha menangis ketakutan. Pillay dan 20 orang samseng mengejar dari belakang. Raju dan Malisha berlari sekuat hati. Muzik mode berdebar dimainkan. Tak semena-mena hujan turun dengan lebatnya. Raju mempercepatkan lagi larian. Malisha kelihatan termengah-mengah. Air matanya mengalir selaju hujan yang turun.

Pelepow!!!!

Satu kayu menghinggap kepala Raju. Raju tersungkur ke tanah mengheret Malisha bersama. Darah merah yang segar segera membasahi tanah. Hujan makin menggila lebat. Diikuti dengan pancaran kilat dan dentuman guruh di langit. Raju cuba untuk bangun. Darah bercampur hujan membasahi baju putih Raju. Malisha berusaha menolong Raju untuk bangun.

Pillay mencekak leher baju Raju. Pada masa yang sama dia menyepak muka Malisha. Malisha tersungkur ke tepi tidak sedarkan diri. 20 yang lain mengelilingi Raju. Raju berdiri dalam kepayahan. Mata Pillay ditentang tepat. Pillay tersenyum sinis. Raju menggenggam penumbuk. Jelas terpancar amarah yang menggila dari matanya. Muzik mode bergaduh pula dimainkan.

Raju melepaskan tumbukan. "Debush!!!" Pillay mengelak. Raju tersungkur ke depan. Pillay menghayunkan parang ke arah Raju. "Pelepap!!!" Raju menepis menggunakan tangan. Tepat mengenai lengannya. Raju bergolek kesakitan. Seorang samseng menedang perut Raju. Seorang lagi memijak rusuk kiri. Samseng-samseng yang lain bersungguh-sungguh membelasah Raju dengan kayu. "Debush!!! Debush!!! Pelepap!!! Debush!!!" Raju mengerang kesakitan.

Malisha tersedar dari pengsan. Dia menjerit nama Raju dan segra berlari ke arahnya. Pillay segera menarik sari Malisha. Malisha jatuh tersungkur sekali lagi. "Owh...." Pillay menarik rambut Malisha. Malisha menjerit. "Ahhh!!!!" Sekali lagi kilat memancar diikuti dentuman guruh. Pillay lantas memeluk Malisha sambil ketawa berdekah-dekah. Malisha berusaha melepaskan pelukan Pillay beserta tangisan dan jeritan.

Sepantas kilat Raju bangun dengan mendepakan tangan sambil menjerit "Argh!!!!!!!!". Semua samseng bertaburan jatuh atas lantai. Muzik bertukar kepada mode berdebar. Pillay tidak mempedulikan Raju. Semakin erat dia memeluk Malisha dengan ketawa yang berdekah-dekah. Malisha tidak lagi terdaya untuk melawan.

Raju melangkah ke arah Pillay. Muzik mode berdebar dimainkan semula tapi pada beat yang pantas. Samseng yang cuba menghalang gerak kakinya disepak terajang hingga terpelanting ke dinding. Pillay memandang tajam ke arah Raju sambil ketawa sementara lidahnya cuba menjilat pipi gebu Malisha. Malisha berusaha mengelak jilatan yang menjijikkan itu sambil menjerit-jerit.

Dengan tak semena-mena seorang samseng berlari dengan parang untuk menetak Raju dari belakang. Malisha menjerit untuk memberi amaran.

Pap!!!

nota :
Skrin tv umah gua tiba-tiba gelap. Kipas semakin perlahan berputar. Suasana bertukar menjadi hening. Segera gua mengkarate bantal. Sekor kucing gua yang tengah menonton cerita tamil bersama gua terajang sampai terperosok bawah kerusi. Hantu punya TNB! Time-time camnilah nak blackout. Macam mana gua nak tahu apa jadi dekat Raju?!!!

Monday, March 28, 2011

Kesah cinta Sepasang kekasih Ravi dan Anju yang tergis

sakit kena tampar dengan pacik Subra masih terasa.Bukan Ravi tak mampu nak balas .umur pakcik Subra 63 sudah tua.Ravi 23 . tapi bila mengenangkan yang pacik Subra itu ayah kepada Anju.Ravi sabar,Ya Anju cinta hatinya. Apalah sangat penampar pakcik Subra jika dibandingkan dengan Senyum manis Anju..Jika tidak kerana Anju sudah tentu Ravi boleh bersumpah mengatakan Yang pakcik Subra mencabul kehormatanya sebanyak 9kali.. Ravi boleh cakap yang pakcik Subra memang rakus..bersumpah semua orang percaya..tapi ravi tidak sekeji itu..

Petang itu kecoh apa bila seluar dalam Ravi di jumpai dibilik tidur Anju . semua orang dirumah Anju panas Hati.. mereka ingin Menikahkan Anju dengan pemuda di kampung sebelah sama taraf dan kasta. tidak seperti Ravi berlainan kasta..
Pada Ravi apa gunanya  kemerdekaan jika Kasta masih menjadi perbezaan jelas masyarakat di Bihar..Ravi berkelulusan tinggi tapi disebabkan kasta Ravi tidak dilayan seadilnya..
***********************************************************************************
     Ravi dan Anju belari di dalam hujan... tanah becak dan lopak air mereka berdua redah... mereka melarikan diri dari diburu geng Ranjit bakal tunang Anju dari kampung sebelah.. sedang mereka belari dalam keadaan basah .tiba tiba tangan Anju di rentap... dan anju di tolak ketepi..dan jatuh di tepi jalan..dan Ravi menerima satu tendangan padu dari Ranjit yang muncul dari depan secara tiba tiba.

Geng -geng ranjit tiba ..dan masuk campur membelasah Ravi.. Ravi tercampak dilongokan periuk tanah. periuk tanah beselerakan.kemudian salah seorang geng Ranjit yang botak misai melintang telah mengangkat Ravi dan mencapkkan di barisan basikal yang tersusun.. Ravi tak bermaya..
 Geng -geng ranjit masih membelasah Ravi yang tak bermaya...Ranjit mengalihkan Perhatian kepada Anju..anju yang tadi terjelupok di tanah  berdiri dalam keadaan takut bila melihat Ranjit datang kepadanya..
Ranjit dengan rakus mengoyakan sari yang dipakai Anju... Ranjit ketawa besar...sari telah koyak ,yang hanya tinggal baju dan seluar sahaja...

Aju menjerit memangil nama Ravi.. Ravi yang tak bermaya tiba tiba bagai di rasuk ..Ravi bangun mengengam penumbuk 5 orang Geng Ranjit tercampak ketepi.. Ravi pergi mendapatkan Ranjit..Ranjit melayang kena penumbuk... ranjit bangun dan mengambil sabit  dan melibas ke arah Ravi ..ravi tenang Mengelak..dan memberi satu Penerajang  kepada Ranjit yang tersasar..

Ravi kembali mendapatkan  Anju...mereka belari pantas menuju ke stesen kereta Api...sekejap lagi kereta api sampai mereka bole ke Gao... mereka belari..Ranjit belari dan dapat memintas...Ranjit datang dan menghayun sabit..Ravi telah menangkap Sabit itu dengan tangan Kosong..petir dan kilat serta hujan bertambah lebat...muka Ravi yang hensam menjadi begitu  marah tiba tiba .... argghhhhhhhhhhhhh.



Nota
bodoh betul Astro ,hujan Saja terputus Siaran ..tak ada service dah berbelas tahun benda kecik pun tak buleh nak" hendle ke

Saturday, March 26, 2011

Bukan sekadar Imam

Gua di lantik jadi imam ,untuk bulan 4 oleh ustaz  Badrul.Rasa nak tumbuk pun ada ustaz Badrul,Tapi Gua sedar gua murid..dalam masyarakat tingkatan 2 A1 ,jadi imam Amatlah tak rock. .rock tak rock ,gedebak gedebuk gua tetap kena jadi imam untuk  Asar dan Zohor
 
sebelum bulan 4 ada 3 bulan sebelumnya .jadi ada 3 imam ,setiap imam tidak mampu" mehendal " kekalutan yang di buat oleh  Nazri... Jadi gua jumpa Nazri slow talk baik baik... tapi dia buat tak pot saja ...gua bengkak. ...Hari ini waktu Zohor dan Asar ,dia tetap abik saf yang depan belakang imam pulak tu...masa jadi imam sembahyang gua memaki  dalam hati..siap ko nazri..

Gua sudah talk sama Nazri ..yang kita sudah umur 14.. sudah tingkatan2 sudah ramai mimpi basah,benda macam ni tak patut berlaku... masyarakat tingkatan 2 tidak buleh terima ..tapi nazri buat  toya saja..
Bila Gua Nak berkasar saja ..adapulak si Nora ,wanita paling tinggi dan anggun  pengawas dan penolong ketua kelas di situ.. Nora pasti akan mempertahankan Nazri.. ya sebab nazri hensam..gua tidak
************************************************
Gua ,Jumpa ibu bapak nazri.. tapi dia oarng cakap tak buleh buat apa apa ,jika di paksa nanti mereka takut nazri lari berganti ganti meningalkan rumah..Gua betul bebulu..mak bapak apa mereka ni...Nak cakap lebih gua baru 14tahun..
#####################################
Hari Ini Jumaat...Semua orang berbaju melayu... Gua sorang saja pakai baju biasa macam hari biasa..malas gua nak iron..pakai baju biasa senang nak berdiri dalam bas ,sambil tersenyum memandang awek
Hari jumaat,Nazri seperti yang lain ,macam gua cakap tadi pakai baju melayu seluar nipis..tak reti nak tempah..
Seperti yang dirancangkan ,Gua arahkan tutup pintu kelas belakang .Nazri dan Nora sebok berbincang  Pasal pelajaran sains..Gua bertindak  Terhadap Nazri..

Nora dan budak perempuan lain yang duduk dalam masyarakat tingkatan 2A1 terjerit jerit dan belari tak tentu arah.. Nazri  menyorok bawah meja cikgu .

**********************************************
Hari Isnin Gua dalam bilik Pengetua dan guru displin .... Gua menerima hadiah sebanyak tiga kali rotan di  Tapak kaki.... yang lain gua tak beritahu sapa terlibat..gua cakap buat sorang ..gua bagi lepas puaka lain

" kalau ia pun si Nazri tu tak bersunat lagi ,jangan bogelkan di depan orang perempuan Nampak belalai gajah.,malu tau " kata Pengetua memberi nasihat

nota:
Nazri cuti dua minggu bersunat... walaupun kena rotan dengan pengetua ,tapi gua bersungguh dalam menjadi imam yang baik... bersunat itu wajib bagi orang lelaki. orang perempuan sunat disunatkan

Friday, March 25, 2011

post untuk adik adik yang kurang berjaya dan gagal dalam spm..jangan risau sila singgah di sini masa depan menanti






 


imam Muda
Dewi Remaja
raja lawak
awak fikir awak boleh menanari ke..ceh?
malaysian idol
belia realiti 
 idola kecik kecik bawah umur 
top model ala malaysia
jaguh padminton nak kalahkan tembok paling besar
ikon malaysia
my team
Radhi Study Go!
Project Superstar (Malaysia)
pilih kasih




 nota :
maka ramai anak bangsaku menghabiskan duit tupop
sekarang nak pilih imam ..kat tv je..apa ada hal










Thursday, March 24, 2011

Anwar yang gua suka..

Gabrielle Anwar


lakonan berkesannya dalam scent of a women dan manifesto  begitu menujakan

nota:
politik di mana mana pun ada.. politik ofis ,politik jabatan..politik orang wayang.. tapi dalam agama islam memang di ajar cara cara berpolitik

Wednesday, March 23, 2011

Scent of a Woman




pic terima kasih lebai googel



Actress untuk Kulup De Niro


nota :
ada sedikit macam blog begins at forty
kesian melayu


Tuesday, March 22, 2011

Dog Day Afternoon

mira budak kerja di kedai makan sec23 Shah alam... tengah tunggu keputusan spm..cukup sifat

dalam bulan lepas ..satu hari petang ..gua boring...gua turun makan sorang sorang 

gua oder air ...Mira  antar air...

gua ucap terima kasih.. mira  cakap  sama sama

"  saya agak tak ramai lelaki yang sedar..awak ada dan kerja sini " saja gua cakap begitu pada mira, bosan minum sorang....

" apa saya nak cakap...ya ? " katanya senyum . membawa dulang

sejak hari itu.. mira  .akan mengetuk ofis gua tanya nak minum apa ..
 

Nota :
gua betul susah hati sekarang... hari hari dia antar minuman.. mau kencing manis gua macam ni

Monday, March 21, 2011

Julia Robert tak pernah ambik UPSR. PMR .SPM.STPM

 semalam Ahad,tiba tiba terasa nak makan nasik ... poket pulak kering

gua  telefon suriana sedik cakap lama benar kita tak bersua 

" bukan ke Hari jumaat,  sue temankan  awak sarapan "? soalnya dihujung telefon

" macam setahun tak jumpa" lontar gua dengan bersungguh

" ya sue datang ne" katanya dangan nada cemas takut gua terjun bangunan 1 tingkat

maka hari ahad tadi gua makan nasik dengan berteman kan suriana dan berbesar hati dia belanja sudah puas gua kata jangan


nota :
Orang kebanyakan, memang tak boleh buat macam gua punya cara


Sunday, March 20, 2011

post khas untuk Gedek!! DAN DITUJUKAN UNTUK BLOGER PEREMPUAN

 DITUJUKAN KEPADA BEGINS AT-FORTY... YANG INI


Diceritakan,bahawa ada seorang datang kerumah.KalifahUmar untuk mengadukan perangai buruk istrinya.
apa bila orang itu tiba dipintu rumah Kalifah,tiba -tiba dia terdengar isteri kalifah sedang marah -marah dan kalifah berdiam diri sahaja,tidak menjawap sepatah pun...
    Maka orang itu tidak jadi mengadu,malah tergesa-gesa hendak pulang kerumahnya...
tetapi orang itu sudah di lihat oleh kalifah uma. Maka bertanya kalifah Umar" Apa hajat mu datang kemari?
jawap orang itu" tidak ada apa-apa wahai Amirul Mukminin...
" mengapa datang jika tidak ada apa -apa ?" tanya kalifah umar lagi
" sebenanya sya datang ini utuk mengadukan kelakuan buruk isteri saya, wahai Amirul Mukminin.Tetapi
tiba -tiba saya mendapati tuan hamba juga mengalami nasib yang sama seperti saya."

Berkatalah Kalifah Umar :
"wahai sudara ku !Aku terpaksa menagung semua itu kerana aku terhutang budikepadanya dia telah memasak
makananku ,membasuh pakainku dan menyusukan anakku,padahal semua itu tidak wajib keatasnya.
Dan dia juga tempat kemeseranku,di mana hatiku merasa tengang dan terlindung daripada melakukan
yang haram. bagai mana boleh aku memarahinya, jadi aku hanya bersabar dan memekakkan telingasahaja "

kata orang itu pula: saya menangung nasib yang sama seperti tuan." dan ingin berlalu

Maka berkata Kalifah umar lagi :
"wahai saudara ku! Bersabarlah atas kelakuan istrimu itu.


NOTA 
BRO GEDEK JANGAN  MARAH ..
KEPADA BLOGER WANITA UNTUK LEBIH JELAS SILA KE SINI



.

Thursday, March 17, 2011

Adik gua selamat di jepun


lega gua bila bukak muka buku..adik gua selamat ..Alhamdulilah

dara dara dan gadis gadis dikampung tersenyum riang bila tau adik gua selamat
begitu juga para ibu bapa yang ada anak dara ..begitu gembira bila adik gua selamat


nota:
gua selalu pesan sama dia ..mesti bawak balik bini jepun..supaya genetik keturunan bertambah kuat

Tuesday, March 15, 2011

sapa berani komen ..kisah benar ni..silakan........

....mamak sec 24

" apa mimpi , bro Mazlan ,ajak mengopi pagi pagi  ni..?.. gua bertanya ,sambil memotong roti sardin

" saja ...aku ,dah jadi orang bujang sekarang ni... "  bro mazlan bercakap sambil menghirup kopi

" orang rumah balik kampung..ke"? tanya gua selamba

" aku ,ceraikan ... " kata bro mazlan perlahan ...

gua mengangguk..dan terus melayan roti sardin

" aku ,dah cuba pertahankan rumah tangga aku... tapi bini aku macam dah tak mau hidup sama lagi..
jantan yang suka sama bini aku offer 2 juta... aku fikir dah memang bini aku pun dah takmau hidup sama ..
dari pada aku tak dapat apa apa ..baik aku terima saja offer 2 juta . ... Benda yang lelaki suka mana mana
perempuan pun ada..sama saja " kata bro mazlan tanpa dipinta..

gua garu kepala yang tak gatal

" Honda C.R.V ,tu aku beli cash dengan duit dua juta " kata bro mazlan ,sambil menjuk kunci C.R.V


nota:
janda bro mazlan ,antara perempuan paling cantik dan menarik pernah aku tengok..dan bro mazlan adalah orang yang jenis setia bercinta ..entahla...

Monday, March 14, 2011

Ajoi, tsunami dan bencana alam

" Ajoi ,apa mimpi rajin kesurau ?" soal gua

" bila bila je ,kita ni akan mati " kata Ajoi

" memang kita ni bila bila akan mati ... "  gua ,angguk kepala

" gempa dan tsunami ... kat jepun tu tanda kecil kiamat " kata ajoi lagi

" masa tsunami tahun 2004 ,gempa bumi di padang indon .. ko rajin kesurau ,tapi kejap aje..lepas sebulan ko cuma sembahyang jumaat saja"  kata gua saja bagi ,Ajoi angin

"  kadang -kadang ,kita manusia .. selalu lupa" kata Ajoi selamba

" nampaknya kena banyak bencana alam baru ngko ingat " tiba tiba Jemal dihujung meja ,masuk pot

" Haa..korang macam bagus sanggat, bayar semua air minum ni..aku nak ke surau semula ,sembayang isyak" kata Ajoi berlalu pergi

Friday, March 11, 2011

liwat

liwat

"Liwat bermakna melakukan persetubuhan dengan memasukkan zakar ke dalam lubang dubur.....oh baru Siti tahu ,makna liwat " kata Si gadis sunti kepada emaknya ..sambil menunjukkan keratan akhbar ..

" hiss ,Siti ..tak boleh baca ..!!! '  kata  si emak ,menarik tangan berlalu pergi




Nota:
SUMPAH SI PENUDUH..TIDAK BOLEH MENYEBABKAN YANG DI TUDUH DI HUKUM...
HANYA KERANA  SI PENUDUH BERSUMPAH....

NOTA : BELAJAR AGAMA SUNGGUH SUNGUH BARU JADI ORANG BERILMU ..

Thursday, March 10, 2011

Aku tak sekuat Nina Kelly Man

Nina Kelly Man..minta di teman ,berjalan di Shah Alam..,dah perempuan ajak berjalan ,mana boleh gua tak mau
dari kedai makan mamak ..dengan sengaja kami ,mengabiskan masa masuk kesatu kedai kesatu kedai..

kami sampai di kedai 2 hinggit..Nina tertarik dengan bunga plastik... gua lebih tertarik dengan amoi dan minah indon jaga kedai tu..

Nina pergi ke rak rak freame gambar ..dan ayat ayat suci Al-Quran... 


Tiba -Tiba Nina ke ,memangil minah indon dan amoi si penjaga kedai...

 " kenapa ,biarkan freame ayat -ayat Al-Quran ..ni di rak bawah dan persepah " tanya Nina kepada amoi dan minah indon 

" rak rak di atas sudah penuh utuk pasu dan tembikar..lagipun jarang sekali ,orang mau membeli freme ayat ayat ini..".. si amoi memberi jawapan dengan lacar..

" Awak muslim .."? tanya Nina kepada  minah indon dan amoi.. 

amoi dan minah geling kepala...

" saya nak beli semua freame ayat ayat ni.. buleh saya jumpa boss kamu "pinta Nina lagi

Si Amoi .. pergi kebahgian belakang ... kemudian datang semula ..bersama  lelaki berbangsa cina..


" Nina dan si tokeh kedai bercakap dalam bahasa ibundanya... Hokkien... 

" kali ini saya beli semua freame ayat ayat... lain kali kamu jangan jual dan tidak menghormati .. besok kalu kamu jual juga dan sepahkan ... saya akan buat laporan polis dan  jais " 

si tokeh  kedai menganguk dan meminta maaf...

Hari ini nina habiskan  Rm1700.00 membeli semua freame.. tapi bukan pasal duit yang di habiskan nya 


Nina kelly Man.. baru 10 bulan , menjadikan Islam sebagi  pegangan hidupnya..berani mengur dan membelanjakan duitnya ..supaya  ayat ayat Al-Quran tidak dipermainkan








Nota :: 


Gua yang,sejak lahir Islam .. pun tidak bertindak begitu ...sepanjang jalan dalam kereta..gua menung..kenapa 
Gua tak segagah Nina ,