apa barang

Apa barang

Wednesday, September 29, 2010

kuburan angker,insani sepi

Esok hari jumaat ... aku dan Fadil dah ada rancangan besar.. setelah berjanji fadil akan singgah ke rumah aku esok pagi..
jam menunjukkan pukul 5.30 am .Fadil dah ada di hadapan rumah aku dengan berpakaian lengkap berbaju melayu hendak kesekolah...
aku turun dari rumah siap dengan wuduk ,sebab nanti senang nak sembahyang subuh..selepas bersalaman dengan mak aku ..aku pun bergerak menuju kesekolah...
tapi sebenarnya tujuan kami bukan hendak kesekolah ...kami melalui jalan yang sama tetapi singgah di tempat yang namanya ingsani sepi ( kubur parit 9 )
kami telah berpakat tidak mahu kesekolah hari tu... lagipun jika kami tak kesekolah bukan ada kesan apa ..PMR tahun depan...
Oleh kerana kami sampai awal di kubur hari masih gelap..jadi aku beritahu fadil yang aku ingin tidur di pangkin yang biasa tempat meletak mayat di kubur tersebut...
angin laut yang bertiup dan kawasan kubur yang sunyi membuatkan aku cepat tertidur...

sedang aku sedap tertidur aku terdengar benda di seret di jalan aspal...aku bangun untuk memastikan apa bendanya..rupa-rupanya ,bunyi buluh ,pukat tangkul yang di seret orang mau ke laut menagkap udang... tiba ..tiba

"hantu...!!!...hantu!!!" jerit orang yang membawa puukat tangkul..sambil belari dan melepaskan pukat tangkulnya...
aku dan fadil yang terkejut melompat dari pangkin..belari mendekati ,mendekati orang tadi...sedang belari kasut fadil pula tercabut... lalu fadil belari secara terhencut hencut....

semakin kami laju..lagi laju orang tadi lari sambil menjerit hantu hantu...dalam masa belari aku berhenti ..sambil memandang fadil yang berbaju sekolah melayu putih...aku suruh fadil berhenti..aku katakan pada fadil ..orang itu mengatakan kita hantu,..sebab pakaian kami yang serba putih....kami ketawa dan kembali ke pangkin di kubur...



nota : petang tu bermacam-macam versi certa hantu ..yang ditambah MSG... aku yang minum di kedai kopi cuma tersenyum... yang peliknya orang yang belari takut tu ( pakcik Nayan ) demam tak kebah kebah seminggu....kesian putus rezeki dia nak kelaut...
masa kejadian ini aku di tinggkatan dua ...nakal makin menjadi maklumlah dah mimpi

Tuesday, September 28, 2010

AKU TAK MAU JADI DOCTOR...

Masa tu aku umur aku 16 tahun ... aku ke utara malaysia ..berjalan jalan selepas habis SPM.. Nak kerja asyik kena kutuk budak lagi.. nak keluar duit dalam bank pun setakat 200 hinggit.. seminggu..lebih kena buat surat... dan jumpa manager bank... seksa betul...nak ikut kekawan mereka semua dah dah nak masuk 18 atau pun 18 tahun... sapa kata kalau lompat kelas best... ceh....

dah nak ke utara ni aku membawa pesan Makcik Ijah,untuk anaknya seorang doctor urat sarap dengar kabo pakar...dah lama tak balik... aku pun tak tau apa pesannya cuma yang ada kat aku surat yang di tulis anak Makcik ijah ,adik kepada docktor tu..

Aku berjanji ingin berjumpa Doctor tersebut di sebuah kelab terkenal di utara.. oleh kerana aku budak ,tak boleh masuk aku menunggu di luar dengan pemandu doctor tersebut..
Doctor keluar dari kelab dengan kawannya docktor juga dalam keadaan mabuk..Pemandu doctor terus memapah doctor masuk kereta
kereta bergerak meninggalkan kelab tersebut...sampai di pekan kecil

" lan kamu berhenti di tepi tu,saya nak singgah makan sekejap lapar ni.." kata si Doctor kepada pemandu
kereta berhenti di sebuah kedai makan cina .. aku melihat singbord kedai makan memang sah yang halal cuma minuman dalam tin

dengan keadaan mabuk doctor memilih meja ... aku ke peti sejuk yang ada air 100 plus dan duduk
doctor mengangkat tangan dan bersura kuat

" boss .. boss..!! MEE GORING SATU BABI TAK MAU...." KATA DOCTOR ITU SELAMBA....ORANG MABUK LA KATA KAN


NOTA :JANGAN MINUM ARAK TAU

Friday, September 24, 2010

Aku Telah Memilih

http://ddrfauziah2all.blogspot.com/

http://www.makdaraterdiva.com/

http://practicable.blogspot.com/

http://mildseven97.blogspot.com/

http://pisau-belatitajam.blogspot.com/

http://adrinaqamarina.blogspot.com/


NOTA : BAgi masa dalam 2 minggu mula selasa depan ..sebab raya masih berlangsung
yang dapat hadiah ni rajin rajin betulkan henfon sendiri... aku akan pos kan hadiahnya ..dalam masa dua minggu

sila mailkan butran lengkap kepada : brutalsolo@gmail.com

Thursday, September 23, 2010

N3 LAST UNTUK DAPAT HADIAH ...LEPAS NI KITA TENGOK SAPA YANG DAPAT.OKEY

PINTA SEORANG AYAH


PETANG ITU

AYAH MEI9 ( MEI9 PANGGIL PAPA , MR CHOW )

"MACAM MANA BISNES SEKARANG ,..?" KATANYA SAMBIL MENNGIKAT TALI KASUT

"OKEY SAJA.. SEPERTI SELALU.." AKU BERHENTI ,SAMBIL MELIHAT SEKELILING TAMAN

" MACAM MANA URUSAN SEHARI HARI" SAMBIL BANGUN MENUJU KE BANGKU TAMAN

" MAKSUD AYAH..?" KATA BERHENTI DI DEPAN BANGKU DAN BERSANDAR DI TEPI POKOK

" MAKSUD AYAH ..IALAH ,MACAM MANA DENGAN MEI, NINA DAN BUDAK SIAM PERLIS TU.. HELMY SEKALI LAH ..." KATANYA SAMBIL BERSANDAR DAN MEMANDANG TEPAT KE ARAH AKU

" SUSAH JUGA NAK CAKAP AYAH...KAMI MACAM ITULAH HARI HARI" AKU MEMANDANG TEPAT MUKANYA

" AYAH,TAK MAU CAMPUR URUSAN KAMU...CUMA BILA KAMU MEMBUAT KEPUTUSAN ..KAMU PERLU FIKIR NINA TU ,KAWAN KEPADA MEI ,DAN AYAH ANGGAP DIA SEPERTI ANAK SENDIRI ..MACAM MANA AYAH SAYANGKAN KAMU,SEPERTI ITU JUGA AYAH SAYANGKAN NINA" KATA KATANYA PENUH KASIH SAYANG

" HEM... HELMY PUN SEBENARNYA ,TAK TAU NAK CERTA PADA SAPA" KATA AKU JUJUR

" INI MESTI SEBAB MEI , YANG BERKERAS BUKAN..KAMU YANG MANJAKAN SANGAT DARI DULU... AYAH SENTIASA ADA UNTUK KAMU..BERCERTA MASALAH , JOM KITA CARI MINUM KOPI DI KEDAI MARA " .. KATANYA BANGUN SAMBIL BELARI MENDAHULUI AKU


NOTA : MR CHOW .PAPA KEPADA MEI.. MEMANG SEORANG YANG TEGAS DAN BAIK..DARI KECIK AKU SUDAH TERBIASA MEMANGIL DIA AYAH.. DIA SENTIASA MEMBERI NASIHAT KEPADA AKU..

Wednesday, September 22, 2010

Hadiah Masih Menanti kepada kengkawan dan juga follower

Cupcap

" dari kecik memang orang berkawan dengan melayu islam..
orang convert sebab awak boleh tolong ajar mana tak tau
yang lain orang usaha sendiri.. tapi jangan biar orang sorang ..
orang tak cukup kuat " kata katanya 6 tahun dulu ,sekarang khatam quran pun


Mei9

" mei rasa ,islam boleh menjadi panduan hidup.. mei kena tunjuk yang mei ,serious..hidup jika kita tak berjaya takde sapa peduli.. helmy ada ,mei
tak risau ... lagipun sapa lagi yang mei ada " katanya 5 tahun dulu




Nina Kelly Man

" memang tidak ada masalah ..semua family kita tak kesah.. lagi pun kelly memang dah lama tertarik dengan islam ,dasar agama samawi memang sama.. tapi islam cukup jelas
hanya islam boleh bawa ke surga... janji awak sentiasa ada bila kelly perlu" katanya 4 bulan dulu..



nota: kekadang kerana merekalah aku lebih mengambil tahu pasal agama.. kekadang sebahgian masa aku habiskan dengan mendengar ceramah..membeli buku dan belajar..kekadang aku cuba lari ..tapi mereka ibarat tangan kiri dan kanan..


nota tips : semua orang ada handfon atau handset.. hadiah tu untuk semuaorang yang ada pone

Tuesday, September 21, 2010

Ada Hadiah Untuk Kekawan ...yang tinggal comment dan yang menjadi followers...yang terbaik nanti aku akan bagi tau kat blog korang

Mak andainya kau tahu




21.9.01
sedang berbuka puasa sunat sawal

emak : jali pun dah dekat nak ada anak ?

aku : ya..raya tadi ada adek jali,cakap?

emak : kamu bila lagi... jangan asyik buang masa...

aku : ada masalah sikit

emak : duit yang helmy bagi tiap tiap bulan tu lebih dari cukup...nak mak tolong

aku : bukan itu mak, duit helmy boleh cari...

emak : ni pasal cikgu tadika yang nama Kelly Man..helmy cakap saja,yang helmy suka kat orang lain

aku diam ..saja smbil mencabut tulang ikan terubuk ... mengasingkan tulang temulangnya ..agar tak menikam tekak aku yang makin hilang selera..


emak : Helmy ,Mak lebih suka ,yang cupcap budak siam tu.. yang perlis tu.. tapi mak
tak kesah jika kamu memilih mei9 budak cina site c tu..mak tengok dia tak berubah dari dulu...

aku masih diam... tangan aku memintal pula kerabu meranti di depan..meranti bercampur kelapa kukur ini..berserabut macam hubungan aku juga

emak : emak cakap dengan kamu ,helmy...

aku : bukan itu juga masalahnya mak... helmy boleh ambik mei dan cupcap ..tak de masalah...

emak : gatal rupanya anak aku sorang ni... kamu makan cepat ..lepastu sembahyang..nanti ada masa cuba bagi tau mak ,apa masalah helmy sebenarnya..



nota : Macam mana nak bagi tahu kat mak...jika aku meningalkan seorang..bagi mana dengan pegangan agama Nina kelly Man...dia baru masuk islam... jika mei9 ,boleh bertolak angsur seperti cupcap aku rasa jalan memang luas..


nota : aku tersalah beli banyak barang dari china... tapi rasanya elok aku bagi pada korang... aku akan memilih dalam 3 n3 ni dan dua n3 yang akan datang...

Monday, September 20, 2010

SAPA LAGI PANDAI KENCING

SETELAH MENGUNAKAN PRODUK KESIHATAN INI MAKCIK TIDAK LAGI KENCING MALAM... TAPI MAKCIK MAKIN PANDAI KENCING ORANG







NOTA : SAPA SAPA YANG RASA ADA KUASA TOLONG TENGOK PRODUK KECANTIKAN ,PENGLANGSINGAN BADAN .. KEMENTERIAN KESIHATAN DAN PERDAGANGAN KENA BERGABUNG LA... MLM DENGAN PERODUCK KESIHATAN YANG MACAM RIBUT JE KESANNYA ..AKAN BERI MASALAH DALAM BELASAN TAHUN AKAN DATANG PERCAYA LA

aku sudah ada nuffnang balik

seperti tajuk di atas aku dah ada nuffnang balik...ni semua sebab http://ellyahawani.blogspot.com/

dia setting kan nuffnang tu sampai masuk pagi... sian dia... penat ma
pada adek farida thank sebab pernah setting kan dulu... korang bagi dua je la bila dapat cek..
wakakak wakakak







nota : pantun buat ellycop
kata dato hang jebat
botol kicap botol cuka
orang keling tidak beli
kalau suka sama suka
orang lain apa peduli


filam hang jebat arahan husin hanif

pantun tidak ada kena mengna ngan aku.. tapi ada yang kena ngan ellycop

Sunday, September 19, 2010

Nak Balik Kampung Beraya Sekali Lagi

aku tiap tiap hari telefon mak aku..jika aku lambat mak aku telefon

isnin

aku : asalamulikum

mak: walikumsalam

aku: apa kabar mak hari ni

mak : sihat..
aku : baguslah
mak : kamu dah sembahyang ?

selasa :

mak : jangan tingal sembayang tau ..!!

aku: baiklah

rabu

mak : jangan lupa sembahyang..ingat Allah
aku : ya mak

khamis
mak : ingat Allah ,sembahyang buat betul betul

aku : ya


jumaat
mak : harini kamu ke masjid... jangan lupa sembahyang

aku: ya ya

sabtu
mak : jangan lupa hujung minggu jamah di surau atau masjid..sembahyang jaga

aku : helmy buat mak

ahad :

mak : jangan asik besukan lupa sembahyang... sembahyang bawak kain besih

aku : ya mak



nota; itu lah ayat mak aku setiap kali di telefon..susunan ayat aje berbeza isinya sama semenjak aku tercampak kehutan batu ni tak pernah dia tanya dah makan ke sihat ke cuti ke... semua adik aku kena ayat yang sama

Saturday, September 18, 2010

Lembu Yang Hensam

PETANG SESUDAH SOLAT JUMAAT..AKU MENEMANKAN NINA KELLY MAN KE PUSAT PENTERNAKAN KAKANG (EN.KAMARUL ZAMAN ). KELLY MAN INGIN MEMBUAT TEMPAHAN LEMBU UNTUK KORBAN TAHUN INI..
AKU CUBA MEMUJUK SUPAYA BERKONGSI KORBAN..TAPI KELLY MAHU BUAT KORBAN SATU EKOR LEMBU
AKU MENUNGGU UMUR 22 BARU BUAT KORBAN PERTAMA ITU PUN SATU BAHAGIAN ..TAPI NINA KELLY MAN BELUM 1 TAHUN ISLAM SUDAH MAHU KORBAN SATU EKOR...

SELSAI MENEMPAH LEMBU DI TEMPAT KAKANG DI PARIT 10. AKU DAN KELLY BERJUMPA CUPCAP DAN MEI9 SEBAB BERJANJI INGIN PERGI KERUMAH TERBUKA KAWAN CUPCAP DI PUTRA JAYA..
DALAM PERJALANAN KEPUTRA JAYA;

"KITA BUAT KORBAN JUGA KAN?" KATA CUPCAP SAMBIL MEMANDANG TEPAT KE ATAS JALAN RAYA
" YA" AKU BERSAHUT SEPI
" mei ambik 2 bahgian ..."
" cup pun 2 bahgian ..."
" yang 3 sapa nak ambik .?" tanya mei9 sambil menongkat dagu..
" selebihnya nak bagi pada mak dan adik beradik helmy ".. kata aku

" err lembu tu kena cari yang sehat, berisi..baru ok " kata cup lagi
" mei nak cari yang lembu hensam " kata mei9

kami semua bederai ketawa.... aku rasa ada sinar di celahan ketawa...

nota: mintak mintak korban tak de jadi isu politik

Friday, September 17, 2010

DI pancung hidup -hidup

Pada selasa lepas... 14.9.10
sedang aku memasang tali pancing..untuk cik saya... mie9 datang mengejut..

"I Mei, Helmy girlfriend ... you are from Japan .. glad to see you ?.." sambil menghulur jari yang lima...

"yes,,, I am from Japan ... my name .. saya "...jari bersambut

aku macam tak jadi memancing keli... bendang yang cantik...tiba tiba tak nampak menarik

" dia cantik kan ?" mei9 tersnyum kelat
" tak perasan pulak " aku


nota : nasib baik aku sempat sembahyang subuh pagi tu ... kalau tak.... urghhhh

Wednesday, September 15, 2010

Semua Haram

Aku tetiba terpersok di Bukit Beruang Melaka... pagi lagi aku dah turun ke pasar basahnya... aku idak tau apa yang basah... aku tetiba ingin membeli fishball..kata kawan aku tak halal... nak beli nuget tak halal...nak makan dalam tin tengok import dari cina ..... aku pegi sambar air soya balang campur madu di jual amoi pun kata kawan aku di ragui kebersihannya....






Nota : agak agak apa orang islam buat... bila orang bukan islam mengusahakan bidang pengeluaran makanan... kenapa orang islam tak menjalankan sendiri pengeluaran makanan ni.... oi mana lebih haram

Sunday, September 12, 2010

Tetamu Dari Jepun

RAYA NAK ONLINE BERUKBAND AKU MACAM SIPUT KHINZIR..TAKDAPAT AKU NAK BERAYA DAN NAK MINTAK MAAF KAT BLOGER BLOGER LAIN ..TAPI AKU JANJI LEPAS HABIS RAYA KAT SEKINCHAN SAMA ADA AKU KE CYBER TEH ATAU PUN CYBER MILO UNTUK JENGAH KORANG SEMUA ...
UCAPAN MINTAK MAAF PERLU SEBAB AKU SELALU MASUK BLOG AKAK,BRO.BRO MAKCIK .MAKCIK ADEK ADEK DATO,TUN,TANSRI..DAN APAKEBENDATAH

RAYA TAKDE YANG NAK DI BUAT SELAIN SEMBAHYANG RAYA... TAPI AKU SUDAH AYAT ANAK BUAH ,TAK PAYAH SEMBAHYANG RAYA SEBAB NANTI NAK JUMAAT JUGA..JADI DAPAT,AKU SEMBAHYANG RAYA DENGAM MEI9,CUPCAPDAN KELLY MAN...

BALIK AJE DARI SEMBAHYANG DI MASJID AKU JADI SEBAK MAU CIUM TANGAN BONDA TERCINTA MAKLUM LAH BANYAK DOSA TERKUMPUL ..WAKLAUPUN HARI HARI MINTAK MAAF DARI TELEFON
RAYA NI RABAK MEMANG RABAK MAKLUM LAH ANAK BUAH BERTAMBAH 2 ORANG LAGI LELAKI LAGI MAU AKU JADI PUNCHING BEG SEPANJANG TAHUN...GUA SYAK MAK BAPAK DEORANG IKUT SUNAH NABI BAGI UMAT JADI RAMAI..MAU TAKNYA SUDAH ADA 12ORANG ANAK BUAH..10 LELAKI 2 PEREMPUAN... BARU TIGA PASANGAN

SEMALAM AKU TEREMA CALL DARI JEPUN..CIK SAYA INGIN TURUN MALAYSIA HARI ISNIN INI...
AKU PUN SURUH ANAK BUAH,YANG PEREMPUN STAY KAT RUMAH MAK AKU.. AKAK ,AKU RASUAH RM150 SUPAYA TURUT STAY DI RUMAH MAK...MAKLUMLAH CIK SAYA INGIN TIDUR SEMALAM DUA DI RUMAH MAK..

AKU PETANG PETANG AHAD NI TURUN KE MARKET BELI AYAM DAN DAGING LEMBU... BELI KETUPAT NONA DAN CARI BULUH LEMANG..CARI DAUN PALAS DAN PUCUK KELAPA... MAK AKU CAKAP MACAM NAK SAMBUT RAYA SEKALI LAGI...

" SIAM,CINA DAN JEPUN MANA SATU YANG BETUL KAMU NI HELMY ... ? KATA MAK GUA SEDANG MENRENDAM BERAS UNTUK DI ISI KESARUNG KETUPAT


NOTA: BALIK AKU SINGGAH BLOG KORANG

Tuesday, September 7, 2010

Bulan puasa jangan paksa gua

gua cadang nak tukar touch n go ... nak bagi mode raya nampak baru...
ceh ada logo satu malaysia... gua cabut tak jadi tukar...
kad lama ni gambar keretapi dan bangunan lebih menusuk kekalbu

jangan paksa orang terima ...buat kerja jika ok gua sokong








Nota: tak nampak apa pun yang berubah

Monday, September 6, 2010

ATUK , AKU DAN RAMADAN

Beberapa belas tahun, dahulu di penghujung Ramadan. Aku berjalan kaki pulang dari surau dengan Atuk.Sambil berjalan ,aku berbual kosong dengan atuk ( sebelah ayah )

"ramai betul orang ke surau ya tuk..." kata aku sambil tangan memusing lampu picit seperti long nagun..

" BULAN RAMADAN ,BULAN KRUSUS UNTUK UMAT ISLAM.. SEMASA KRUSUS MEMANG MUDAH HENDAK MELAKUKAN APA YANG DISURUH " KATA ATUK BERFALSAFAH

" helmy tak paham lah atuk .." aku bersuara sambil lampu picit menyuluh lopak lopak tepi parit kot ada sepat atau keli yang tertinggal

" MASA RAMADAN NI ,KITA TIDAK BOLEH MENILAI, SEBAB MEMANG DI PERMUDAHKAN ALLAH UNTUK KITA BERAMAL... SAMA ADA BERKESAN ATAU TIDAK ,KITA LIHAT SELEPAS RAMADAN ,ADAKAH SURAU AKAN PENUH,FARDU DI TUNAIKAN DAN SUNAT DILAKSANAKAN " KATA ATUK YANG SEMAEMANGNYA BEKAS IMAM DIKAMPUNG.MELEPASKAN JAWATAN IMAM SETELAH MERASAKAN TIDAK PATUT KERJA IBADAH MENJADI IMAM INI BAYAR.


NOTA : AKU SENTIASA TERCARI KATA DARI ATUK ... SEPERTI TAHUN INI,SAMA SEPERTI TAHUN LEPAS KAMI MEMBERSIHKAN KUBUR ATUK DAN AYAH...ATUK PERGI KETIKA PERTENGAHAN RAMADAN..

Sunday, September 5, 2010

Bila Allah Sayang Hamba-NYA

Hari Minggu aku Mengantikan emak aku yang sebok ,setelah mengangotai puteri amno..
aku kena antar bahan untuk memasak untuk di majis itu.. mak aku pula ,mengambil alih tugas memasak..setelah macik sofia Mufarakah merajuk setelah ada satu mamat menegur cara macik sofiah mematong bawang

" macik bila nak siap bawang tu jika potong nipis nipis,belah empat sudah" kata utuh hijau..

" Aku ,tahu la..kerja aku.." kata macik sofia... panas hati macam anak dara di sepa apek...

aku meletakkan sebahgian barang yang di beli ketempat memasak... mata aku melilau..mencarik mak aku...

" sudah sudah keluar ..letak barang di sana..jangan nak memandang anak dara orang ..'kata puan K (mak aku la tu}

" ya la mak " aku bernada kecewa seperti tak dapat makan murtabak kambing

Aku kebahgian depan... ingin melihat kerja apa yang boleh dibuat..sambil menunggu puan k ..nak balik bukan ada apa...

" abang -abang boleh tolong angkatkan pasu bunga ,letak dihujung sana" kata seorang perempuan .meminta tolong... mungkin tak larat nak angkat sebab perutnya sudah membesar...

setelah mengangkat pasu ..aku pun beralih ke ruang tengah... sambil tu mulut aku gatal bertanya..ai maklum lah perempuan cantik..tapi sayang mereka orang orang terlanjur...

" berapa bulan ya..kandungan awak ?" tanya aku macam karam sing walia setidak tidaknya mazidul...

" 6 bulan bang... " jawapnya...

" oh.. mana bapanya ya..."? kata aku..

" sudah lari bang, tinggal saya cm ni"..katanya sayu... pipinya tengelam ditengah ,memang cantik..

" maaf ya... berapa lama bersekedudukan..berapa kali buat buat kerja ..baru mengandung.." aku jadi mazidul

" duat tahun saya tinggal sama, tah berapa ratu kali kami melakukan zina baru ni mengandung " katanya malu .. sambil minta diri untuk membuat kerja yang tinggal



Nota : 2 TAHUN BERSEKEDUDUKAN , BERATUS KALI BERZINA.. BARU SEKALI MENGANDUNG.. SAYANG BENAR aLLAH PADA HAMBANYA .. DALAM MASA DUA TAHUN DAN BERATUS KALI BERZINA TIDAK PERNAH AIB..SENTIASA DI BERI PELUNG UTUK BERTAUBAT..ALLAH ...

Friday, September 3, 2010

ramadhan.Ramadaan.Ramazan, Ramadan

"ijam tadi dah bayarkan zakat fitrah utuk emak.."kata abang ejam

" asan dah bayarkan minggu lepas ..untuk emak dan asan " kata adek hasan

" la ... kan aku dah cakap ,biar jali yang bayar ... kan jali dah bayar kat masjid tadi" kata adek jali

"Banyak la ...pahala zakat fitrah mak tahun ni..abg helmy pun bayarkan mak jugak "kata aku


"habis pahala nak tolong mak masak ketupat ,bakar lemang dan pukul bahulu sapa nak" ?soal mak aku sambil senyum.. ada calitan adunan bahulu di atas kening


NOTA: biar apa pun kami lelaki memang anak emak

Thursday, September 2, 2010

Ayam Oh Ayam Di Bulan Puasa

27.8.10..11.00 PM masa yang sesuai setelah membuat intipan bersama anak-anak buah aku..kami telah mengenal pasti port ayam tidur..ia itu diatas pokok nangka.. hakim telah ditugaskan memanjat dan mengangu ayam tidur. abg long telah bersedia seperti ben10 ,abg ngah juga bersedia .. dengan beseluar pendik ..sawal dan safik .. memegang lampu suluh.. kedengaran suara kemal menangis ingin ikut serta..

Hakim memanjat dan menganggu ayam ..ayam terkejut dan terjun .. abg long yang bersedia telah membuat terpaan..tetapi sayangnya ayam selincah messi ,melepasi pertahanan abag long dan abg ngah.. sawal yang memegang lampu picit ... hilang sabar dengan telepasnya ayam tadi lantas membuat larian 100m di bawah celah celah rimbunan serai dan pokok ubi kayu...safik masih setia di posisi asal..kemal yang entah bila terlepas dari kawalan aciknya telah ikut serta mengejar ayam...
dalam 15 minit bekejaran aku sudah pancit... sesungguhnya hutan batu telah membuat aku hilang semangat kesukanan..
kemal yang hanya belari di luar lingkaran abg nagh dan abang long ,menunggu sawal menghalau ayam ke sudut sempit.. ayam liar matanya memerhati hakim yang sedang membuat kuda kuda seperti hendah mematahkan tajinya... ayam telah kehilangan arah.. kemal tiba tiba mencampakkan kain batik emaknya.ke arah ayam seperti jala..

ayam dapat ditangkap... kemal memandang mintak di puji...aku menangkat ibu jari..dan menghampirinya ..lalu mengusap kepalanya...
hakim..memegang ayam..dan membawa ke halaman di bahgian dapur...

" pisau pisau... kak ngah pisau" jerit abg ngah dengan nafas turun naik
" ambik ni ..hati hati abg ngah nanti luka " kata kak ngah risau
abang ngah belari dan memberikan pisau kepada aku..

" AYAM NI KITA KENA KURUNG DULU " SAMBIL AKU MENGAMBIL PISAU DAN AYAM

" KENAPA PULAK ?" SOAL SAWAL DENGAN TANGAN MENGESAT PELUH DI DAHI
" AYAM NI ,KAN KAT LUAR' MAKAN MACAM MACAM , MAKAN TAHI,BANGKAI..ULAT ,BUAH BUAH..KITA DISUNAT KAN KURUNG DAHULU SUPAYA KOTORAN YANG DIA MAKAN KELUAR" KATA AKU SAMBIL MEMBAWA AYAM KE TEMPAT PASUNGANNYA

"BERAPA HARI UDA" SAFIK BERTANYA SETELAH DIAM MEMBISU
" 3 ATAU 7 HARI,UDA SUKA 7 HARI" KATA AKU LAGI

setelah ayam di kurung aku membawa budak budak ke bilik air untuk di mandikan dan dinyah bau ayam....
masa dan hari berlalu 28.8.10
29.8.10
30.8.10
31.8.10
1.9.10
2.9.10

sedang aku terlena di soffa ofis, telefon buruk aku membuat bising

" uda uda.. besok sawal,abg ngah,abg long ngan uda balik kampung seknchan kan...?" suara sawal kuat memecah gendang telinga aku
" uda tak janji ngan sawal pun nak balik... uda kat shah alam...tak pergi rumah sawal kat Daman Sara tu.. kan uda sebok" balas aku

"uuuuuda kan dah janji ..nak sembelih ayam ...." katanya lagi

" maaf maaf uda lupa... lepas uda sembahyang tarawih ,besok..kita balik sama sama.."kata aku lagi

"bye uda"


NOTA: ayam yang dikurung akandi sembelih besok... budak budak tu tak tau nak makan pedas asyik asyik kurma kurma...makan buah kurma tak mau pulak

Watak watak dalam n3 ini :

Hakim = Lukman Nul hakim 14 tahun
akak ngah = norita bin nordin 12 tahun
safik = m.safik bin nordin 10
abg long = m.safiee bin suib 7 tahun
abg ngah = m.asraf bin suib 6 tahun
sawal = muhammad nor sawal bin suib( lahir pada satu sawal )5 tahun
kemal = Ikmal haris bin suib 3 tahun7 bulan

Wednesday, September 1, 2010

Kelly Man Membayar zakat fitrah

31.ogas.2010

kereta berheti di pintu 6 ,masjid negeri Shah Alam. Kelly dan aku tercari cari amil zakat yang hensam..
sesampai di depan amil... kelly tercegat macam cicak tertelan kapur sebab tak tahu mana nak mula..
Aku pun cakap pada amil yang amoi ni kali pertama hendak bayar zakat...
'kelly tak tau doa dan niatnya"katanya sambil berbisik
" cakap saja nak bayar zakat fitrah " sudah lah.. sambil mata aku tercarik carik kot ada bubur lambuk free ,dah siap
" rm 7,zakat untuk tahun ini,cik..? amil bertanya
" NIna kelly Man" kata kelly
" nama islam nya" kata amil lagi
" saya guna nama ini dari dulu sampai sekarang, kata kawan saya tak payah tukar".. kelly Man
"oh begitu,ni rasitnya..." kata amil lagi ( aku dan kelly mengamin kan doa yang dibaca amil )

"
"
"

Dalam kereta...
" ingatkan zakat tu banyak kena bayar rupanya ,banyak tu je.. rasa lega"
" tapi Rm7 ringgit tu boleh ke ringgankan beban orang miskin" kelly Man
" selangor ada 2 juta lebih rakyatnya..tak termasuk yang berkerja disini 7hinggit kali dua juta berapa ya...?

" banyak tu.... bahgianya rasa jika semua orang tahu islam ni mudah dan ambil beratkan ..? kelly Man..

" ialah..jika semua orang buat kerja ..tentu semua orang tahu... pasal zakat ni jika di beri secara yang di perentahkan agama ..semua orang rasa bahgia...!!" aku menutup perbualan dengan menelefon opis... pening karang kena tanya macam macam


NOTA: mari kita membayar zakat fitrah..p/s org dalam jangan tau kutip aje..tak tau nak bagi...