apa barang

Apa barang

Tuesday, May 31, 2011

kita orang bukan bodoh la

Who said that english is easy.Fill this blank with "YES" or " NO"


1._________   i dont have a brain.

2____________ i dont have sense.


3.______________  i am a stupid

Friday, May 27, 2011

Sebentuk Cincin Berlian

Seorang isteri Merajuk kepada Suaminya Kerana tidak Membelikan kereta sebagai hadiah hari lahirnya.Tetapi sang suami membelikan  cincin berlian yang cukup cantik dan indah serta berharga mahal tidak mampu milik.Kawan -kawan sang suami berasa ujub dan takjub bertambah hairan dengan pilihan tersebut

Salah seorang rakan sang suami bertanya," Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian ,bukan kereta ? "

Sang suami tersenyum lalu berkata, " Susah hendak mencari kereta Palsu ".

Thursday, May 26, 2011

RESAH DI KAMPUNG BUNIAN

Pagi itu, perkampungan bunian kecoh .Apa bila anak dara penghulu bunian ,siti fatimah di hilang .para bunian syak siti fatimah di sorokan manusia .maklumlah kampung dan tempat tinggal manusia keras pada mereka..

putera Ali dari pagi tadi resah memikirkan bagai mana hendak selamtkan ,Siti Fatimah dari manusia mahluk bertubuh kasar..Hendak berbomoh  seru nama -nama  pendamping pendekar melayu lama ,Putra Ali tidak mahu..kurafat dan syrik tidak mahu akidah terpesong, Meminta pertolongan hanya kepada Yang Maha Esa..


nota :
asal anak dara bunian bagi nama fatimah
asal yang teruna bagi nama ali
asal yang akar kayu bagi nama tongkat ali atau kacip fatimah
alahai kesian bangsa aku

Wednesday, May 25, 2011

rasionalisasi

" kerajan sudah tidak mampu tanggung ..itu sebab berlakunya "rasionalisasi" subsidi " ujar mamat edo 48

" jika tak sudah tak mampu ,beri saja pada yang mampu" ujar gua yang beri subsidi makan tengah hari ni

Tuesday, May 24, 2011

siri kulup sakah ( hantu penangal di kedai makan )

" apa ni mamak milo segelas sampai  tiga hinggit ."  


" Sudah murah itu abang... milo saya pekat..capur susu saja ...tarak capur gula  "

" ishh , menyesal betul aku ,cekek air kat kedai  nii "

" jangan cakap macam tu.. abang..."

cuba bandingkan air milo saya ini di


singapura
indon
angola
somalia land
barundi
bhutan
gana
hong kong
hotel 5 star..


nota:
pilih lah kedai yang ok .. supaya bodohnya kita tidak dibanding banding dengan orang lain

Monday, May 23, 2011

siri kulup sakah ( jin di warung makan )

seorang kawan gua sudah habis belajar di pakistan dan yaman ,belajar bab agama agama.
beliau ke pakistan semasa berumur 12 tahun ,mengikut tabligh ..dan sambung belajar ke yaman
beliau terbaca pasal post bro kulup sakah ,pasal makan. makan..tapi bro kulup ,makan kedai makan baik..ni kawan gua nak certa bab lain pasal kedai makan jugak

bila cerita pasal kedai makan ..beliau kedai makan yang di jalankan oleh ibu beliau

" mak aku jugak dulu niga kedai makan " kata beliau

" tau..tau.." aku bercakap sambil makan dengan sopan

"maju.sungguh " jujar beliau..mata merenung jauh

" ha ..ha " kata gua ,mulut tengah penuh

" mak aku, mengaku  bela jin..supaya kedai makannya tidak diganggu oleh peniaga lain" ujar beliau

gua diam...mu tak diam ..dulu selalu gak makan kedai mak beliau...

"bila ,aku balik.,.ilmu  ada sikit sikit ini,aku nasihat pada mak...tu yang mak aku berhenti meniaga kedai makan... kan tahun lepas mak aku kemekah.. aku sebagai anak ,mengharap sangat dosa mak aku terampun.." ujar beliau..kepada gua

" emak ,engko untung,ada anak yang baik seperti engko ni" gua cuba ubah tajuk..tak rasa seram certa pasal jin ni tengah hari... dan nak certa bab agama agama yang syok waktu senja sampai kesubuh baru ok..


nota:
tajuk tak tau nak bubuh apa, saja bubuh nama kulupsakah nak mancing undi

Friday, May 20, 2011

Al-Fatihah untuk brutalsolo

" cuti sekolah bulan 6 ni kamu nikah.. mak dan tanya pada Cupcap dan mei9, kedua dua mereka ikut saja..kamu,jangan banyak dalih" kata puan k, nada tak buleh dibawa berunding

" sama je..Mak, nanti helmy nikah la.. lepas raya..' gua bercakap sambil tunduk sopan

" Lagi cepat kamu nikah ..lagi senang hati aku ni, apa sebab kamu tak mau nikah ,cuti sekolah ni..semua ahli keluarga ada..terkumpul .. apa alasan kamu? puan K sudah buat keputusan

" bukan apa mak , kalau nikah sekarang rugi ..nanti kena bayar zakat fitrah tiga kepala..kalau lepas raya saya bayar zakat fitrah untuk saya..sekarang harga beras melambung" saja gua buat suasana scene comedy...

" bulan 6 nikah ,itu aje yang mak tau.." kata puan k, tegas seperti  scene gerak khas



 nota:

sekarang baru gua tau apa makna kuasa Veto... bulan 6 kena nikah

Wednesday, May 18, 2011

sikit punya lawak la ko amoi

                                                       ( kak ngah @ amoi )





" Uda mee..Uda mee .. kakngah nak tanya sikit boleh ? Amoi  berckap sambil  hulurkan milo panas yang di bancuh..



" ada apa amoi..duit belanja sekolah ke ? ada kat atas tv tu ,.." kata gua sambil membaham lempeng



" bukan pasal belanja sekolah....kakngah nak tanya ni .."  kata amoi sambil susun buku dalam beg



"Uda mee,kan, Pak uda...nanti isterinya jadi mak uda, la kan? kata amoi



" ialah kenapa pulak amoi ? "  tanya gua semula



 " kalau sorang,kak ngah panggil  Mak Uda  aje kan.." kata amoi lagi



" ya lah " kata gua sambil  telan milo lagi



" nanti mak udanya jadi dua lepas tu tiga ...kak ngah ingat nak letak nombor senang panggil..macam  orang rumah sukan .. atau banduan " kata amoi sambil lari ke dapur



Nota :



siap la ko amoi,cuti sekolah tak jadi bawak pergi pulau pangkor duduk rumah la ..sorang sorang layan astro

Tuesday, May 17, 2011

cikgu syaari



nama :Syaari

nama isteri : Norkiah

hobi clubbing dan tidur masa mengajar


Makanan kegemaran : karipap








cikgu syaari
"tak payah kau terangkan rosnah. aku tau segala-galanya.heh. cikgu sekolah masak-memasak konon.keluar rumah pakai kain tudung. pakai kain batik. pakai baju kebaya. jalan pakai selipar. macam orang kampung. sampai sana bukak baju. dedahkan dada. terpekik terlolong. heng sana. heng sini. itu bini aku ka."

Monday, May 16, 2011

tuan haji bajuri bin abdullah timbalan pengarah pelajaran selangor betul punya cikgu





beliau pernah jadi pengetua dulu masa di kampung gua
beliau adalah orang yang tak kenal penat
jika beliau menjadi guru ganti semasa guru bertugas tidak hadir. beliau mampu mengajar dari pukul 12 Pm sampai 6 Pm tanpa henti
jika ada pelajar nakal ,beliau akan minta bergambar bersama
beliau jadi pengetua ..sekolah biasa jadi terbaik no1 luar bandar selangor
hampir semua murid yang pernah bergambar dan di rotan beliau lulusdengan cemerlang dan jadi orang
beliau mengadakan perhimpunan setiap hari
beliau terkenal dengan moto ..jangan tiru atau ikut artis malysia atau luar
jangan baca surat kabo masa anda sedang sekolah..baca jika anda sedang cuti
gua tak lama bersekolah di sini sebab di sumbat ke sekolah berasrama ..ceh

Sunday, May 15, 2011

Jangan nak freemason sangatlah.

Pakcik Karem turun ke dapur untuk mengisi perutnya pagi itu. Hidungnya dah dapat tangkap bau nescafe kaw. Dalam miliseken momen antara punggung Pakcik Karem sentuh kerusi, nescafe panas yang isteri beliau buat sudah pun diletakkan di atas meja.

"pukul 11 setengah baru awak nak bangun?"
tanya Makcik Kiyah.

Pakcik Karem buat poker face. Dia hirup nescafe panas. Tarik nafas dan lepas.

"hmm...saya tidur lewat semalam. tengok video The Arrival yang anak kita download tu. hmmm..."

Makcik Kiyah hanya mendiamkan diri dan duduk di hadapan suaminya. Tiba tiba kelihatan anak lelaki mereka, Asrul yang baru turun dari tangga.

"Good morning Abah!" kata Asrul sambil tersenyum.

"Good morning kepala paip kau. Dah tengahari buta baru nak bangun." kata Pakcik Karem dengan misainya yang bergerak gerak.

"Anak awak tu nak perli awak Pak Karem oiii..dia dah bangun awal siap tolong saya sidai kain lagi. Awak tu yang bangun lewat"

sekali lagi mimik muka poker face digunakan oleh Pakcik Karem. Pakcik Karem teguk nescafenya separuh cawan. Sambil lurut misai, Pakcik Karem berkata kepada anaknya yang duduk di tangga.

"Abah dah tengok video yang kau download tu Asrul. Tak sangka betul. Macam macam cara yahudi ni nak hancurkan Islam. Siap ada konspirasi lagi. Baru abah tahu pasal freemason"

"Jangan nak freemason sangatlah abah. Saya tak berapa nak percaya sebenarnya abah. Nama pun TEORI. Orang yang buat video tu sendiri pun mengaku ada salah fakta dan dah tutup pun blog beliau. Kita orang melayu nie memang percaya semua" jawab Asrul.

"kau tak tahu ke KLCC tu lambang freemason?" tanya Pakcik Karem.

"KLCC tu, kalau tak freemason pun memang tak elok abah. Kosong tak ada fungsi, membazir duit rakyat. Budak budak perempuan sekarang pun dah tersisih adat. Dorang pilih KLCC dowh..sedih Asrul dowh..." jawab Asrul.

"itulah kau. Lady Gaga yang famos amos tu pun duta Freemason, kau tak tahu ke?" Pakcik Karem tak nak mengalah.

"Entah lah abah. Lady Gaga tu, kalau tak freemason pun memang kita tak patut tengok. Pakaian seksi, video klip pula tak senonoh. Freemason ke tak, memang benda tu dah salah Abah..." jawab Asrul lagi.

"saya nie bukan tak percaya, tapi kita ni nak percayakan sesuatu perlu ada bukti Abah. Islam itu tertegak dengan hujah dan dalil. Saya tak faham kenapa kita perlu panik. Dajjal tu nanti memang pasti akan keluar. Islam pasti akan menang. Tapi sebaliknya, masyarakat jadi takut dengan Yahudi." sambung Asrul lagi.

"Habis tu kalau kau tak percaya kenapa download? ke awak yang download Kiyah?" tanya Pakcik Karem kepada isterinya.

"ish awak nie. Wakdehel saya nak download benda tu. Saya nie tenet tenet tu pun tak tahu apa" tegas Makcik Kiyah

"Saya download nak kaji teori tu abah.Bukan tak percaya, cuma nak berhati hati bila mempercayai. Bosan lah pergi usrah orang sembang pasal freemason. Pergi surau orang sembang pasal freemason. Pergi masjid orang sembang pasal freemason. Jemu saya dengar" rungut Asrul.

"senang senang kau pergi je clubbing. Tak ada orang nak sibuk sibuk pasal freemason dah" jawab Makcik Kiyah selamba.

Asrul tersedak nescafe. Pakcik Karem hanya mampu garu kepalanya yang tak gatal. Pakcik Karem memang percaya bulat bulat teori tersebut. Manakala Asrul pula bijak sedikit, dan mengkaji teori tersebut tanpa terlalu mempercayai semuanya. Makcik Kiyah pula percaya clubbing itu best.

"hah abang, makan lah nasik lemak bawah tu. Anak awak beli dekat pasar PAGI tadi." kata Makcik Kiyah dengan menekankan perkataan 'pagi' untuk menyindir suaminya.

Makcik Kiyah bangun nak basuh pinggan.
Pakcik Karem angkat tudung saji. Ditariknya bungkusan nasi lemak. Terbeliak biji mata Pakcik Karem.

"hah! ini dakyah freemason lah nie. Bentuk piramid. Dalam video tu cakap piramid nie simbol freemason!" kata Pakcik Karem dengan wajah bengis.

Paaapppp!

Makcik Kiyah tepuk nasi lemak tu sampai penyek. Dah jadi leper.

"hah..sekarang dah tak freemason sangat dah..makan la bang"

Makcik Kiyah sambung basuh pinggan sambil menyanyi lagu dangdut.
nota :
bersama penulis jemputan zoul zombie  sila tekan

Saturday, May 14, 2011

korang berani baca tak?

Saat indah awal perkahwinan.....

 Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama

 Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?

 Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!

 Dara : Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!

 Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?

 Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!

 Dara : Mahukah kau menciumku?

 Teruna : Ya !

 Dara : Sayangku.....!

 Sesudah 5 tahun perkahwinan. ....
 
 Korang baca dari bawah ke atas pulak..... Hahahahaha

Thursday, May 12, 2011

cabinet yang class

                                
                         ( akak joye murong seorang carpenter yang palang gua salut )




" ,helmy ini cebinet akak kasi bikin free sebab lu ,mau kahwin maa..jangan risau akak kasi bikin yang ada class punya..." kata akak joye murong

"biar betul kak ,mahal ..,ikut saya tak mau cabinet cabinet ni..tapi mei9 ,nak sangat pasang cabinet ni " kata gua sambil tak jadi tulis cek

"betul, ini cebenet akak buat  class punya untuk lu.. " kata akak joye murong

" betul ke..cabinet sekarang  ada class ..tengok macam tak okey jugak " kata gua sambil minum milo sekotak

" ini budak betul ,tak sayang mulut..lu mau kahwin jangan  sebut pasal politik .,kotor ..kita buat kerja cari makan sudah" akak joye murong nasihat macam emak .emak



Nota :
ofis beliau di puchong kinrara.., carpenter perempuan dan keja beliau cantik dan kemas

nota:
mungkin akak joye murong ni suka baca laman muhandis,sebab bro cikli ada gak nasihat nasihat  cam gitu..thx bro

Wednesday, May 11, 2011

patung hidup






kalau hari hari macam ni gedek tak buleh cari makan



" datang nak kacau orang la tu " Ma wong

" tak de la , nak tanya sokalan je" kata gua

" apa dia.,cepat sikit " ma wong

" habis kerja pukul berapa ?" kata gua

Tuesday, May 10, 2011

ROOD BULLY

Gua : cantik betul Rexton in, jika ada duit nak sambar sebijik

Mei 9 : buleh sampai ke..?

Gua : auto  maa....

Monday, May 9, 2011

tafsir mimpi

di sisa tidur mu
lantas terusik lena mu
kerana basah mimpi mu

di pertengahan remaja mu
kerana basah mimpi mu
berat bahu mula memikul
dosa dan pahala
terserah kamu

Sunday, May 8, 2011

mutan





Aku tak faham kenapa orang Gebeng ni duk bantah kilang nadir bumi. Bagi aku, projek ini bagus untuk melahirkan ramai mutan. Selepas projek ini siap nanti lihatlah berapa ramai Profesor X dan Wolverine akan muncul dengan abiliti luar biasa.

Apabila mutan-mutan sudah membentuk satu komuniti besar, korang boleh tubuhkan parti yang dinamakan Pertubuhan Kebangsaan Mutan Bersatu (UMUNO). Inilah masanya korang menegakkan Ketuanan Mutan. Ok, aku faham, mutan juga ada ideologi berbeza. Untuk mutan Islamik, korang boleh tubuhkan Parti Mutan Islam Se-Malaya (PAMS). Untuk mutan liberal dan pro reformasi, boleh tubuhkan Parti Keadilan Mutan (PKM).

Itupun kalau korang mahu berkuasa secara demokratiklah. Kalau tak mahupun tak apa sebab korangkan ada abiliti luar biasa. Eh, ada rumah murah di Gebeng? Akupun mahu jadi mutan juga. Aku suka Wolverine dan Gambit.

nota:
penulis jemputan kelambu aka lanzo tajuk asal faksi pilihan raya

Berhala

selesai sembahyang mahgrib ,gua keluar dari surau menuju ke pasar malam lebih kurang 500m ,dari surau .gua mau cari  jagung bakar dan air kelapa muda.. gua singgah di kedai orang jual kelapa muda..Gua ambik kelapa muda original yang tak campur sudah siap ikat ..gua bayar sambil tunggu baki duit

" abahnya waktu maghrib ,sudah nak habis ...sembahyang di surau nun " kata macik tu kepada suaminya

"apa kamu tak nampak customer ramai hari ni, nanti lari pula ..ketempat lain" balas pakciik tu sambil hulur baki duit kepada gua..

Saturday, May 7, 2011

hoki

gua turun ipoh.. tengok hoki malaysia lawan australia alah macam maya karin lawan nicole kidman
malysia kalah melawan beb...2-1

masa tengok tu adalah satu awek ni ada ciri makwe makwe..,awek ni duduk selang satu kerusi dari gua.., cantik gua cakap lu..ipoh mari beb tarak sombong

gua boring tak de ,member ..jadi gua keluar satu scene ,p.ramlee..gua tanya kat awek tu.. awak awak,agaknya negara china sekarang musim sejuk, awek tu senyum  ..gua, bangkit duduk sebelah awek tu..

"minat hoki ,ya awak ?" gua jual minyak urat..

" mmm , gitu le.. gamaknya .." awek tu jawab seleng perak

" dalam ramai -ramai pemain hoki malaysia ,sapa yang awak minat" gua tanya sambil mata jeling pada perlawanan tengah berlangsung

"awak tau.. kita paling minat , Razali Umar Kandasamy " kata awek tu dengan yakin


gua terus gigit kerusi di sebelah  sampai hancur.. cis cis





                                        gambar dari lebai googel..yope ni bagus skilnya
                                                   Razali Umar Kandasamy
                                               



Friday, May 6, 2011

kacang hijau

"nak suruh orang buat baik,tak perlu jadi ulamak" kata gua sambil menjentik kacang hijau di atas meja

Thursday, May 5, 2011

warung

" minum apa, dan makan apa  tadi" tanya mamat warung


" pakcik minum , air panas + gula+susu+teh,kemudian di tarik bagi ada buih... makan pulak ,pacik makan
isi ayam dipotong halus, di perap dengan rempah,di cucuk dengan bilah buluh, dibakar ,kemudian di tambah dengan kacang,dikisar halus,di gaul dngan cili ,di isi perisa ,di bubuh dalam mangkuk kecil " kata pakcik midun penuh yakin...

halau atau usir nyamuk dengan hendpone..berkesan

menurut kajian dan bercubaan yang telah dilakukan secara ilmiah nyamuk tak suka dengan bunyi atau suara 1515 khz – 25 khz (gelombang ultrasonic) dipastikan akan Nyamuk yang mendengar bunyi/suara pada frekuensi tersebut, dipastikan akan lari meninggalkan sumber bunyi. Bahkan jika melebihi tahap  batas ketahan, nyamuk tersebut boleh mati 

Nah, dengan mengatahui  kelemahan nyamuk itu, maka dibuatlah aplikasi atau software Anti Mosquito (Anti Nyamuk), dengan memanfaatkan media handphone (HP) untuk mengeluarkan suara atau bunyi pada frekuensi 15 khz – 25 khz. Nama aplikasinya adalah AntiGnat. Aplikasi ini mengunakan  java. 
Penggunaannya sangat mudah. Kalau engko orang  sudah mendownload aplikasinya, silahkan instal di handphone dan jalankan aplikasinya saat nyamuk-nyamuk nakal mengganggu engkorang Jangan lupa, speaker handphone harus dalam keadaaan on atau aktif.

gua sudah ,cuba hidup tidak lagi digangu nyamuk...

utuk install pastkan engkorang ada program nokia pc suite.. biasanya di bekal semasa beli pone dalam memori.. jika tidak cari saja di web nokia
aku tak tau pone lain boleh ke tak..tapi kalu dia guna java porgram kira buleh la

ini link program untuk halau nyamuk... guna copy and patse


http://www.ziddu.com/download/13470375/AntiGnat.rar.html

nota : 
bengkrap syarikat ubat nyamuk macam ni

Wednesday, May 4, 2011

Hari lahir gua

pada 3 dekat lepas ,pada hari ini ,hari lahir gua.
hari jadi gua tak tau..
jadi tolong sama sama bertafakur dan berdoa



nota:
Mei9,Cupcap,Nina kelly dan Suriana ..thx.hadiah dan sms

Tuesday, May 3, 2011

bagai mana hacking prepaid masuk Rm 5 ringgit tapi buleh call sampai ke mati

tetiba saja line pospaid gua kena bar time cuti cuti malaysia.kalau kat s.alam buleh jugak gua berkeras membayarnya. gua toupop line prepaid gua maxis dan digi.. tak sampai satu hari kedua dua  prepaid habis isi 10 habis isi 30 habis.. di belasah oleh anak-anak buah gua yang turut memeriahkan cuti hujung minggu

menung jugak gua ,ada tiga line pun tak buleh nak call...ni line pone ..bukan tiga line yang ada salam pelik pelik tu.. jika ada  credet pulak bar line digi kat rumah gua, tak berapa nak stim..semua benda bikin hati panas

cuti cuti malaysia, hujung minggu ni gua habiskan dengan mintak pegesahan pelbagi ,borang borang yang perlu di tanda tangan oleh pihak berwajib ..bersungguh gak gua dalam bab mahu berbini ni..

bila senja menjelma, matahari hilang entah kemana gua ke surau kampung magrib dan bersambung hingga ke isyak .. habis sembahyang gua jumpa dua tiga ekor puaka puaka yang menetap di kampung ..habiskan dalam sepuluh dua hinggit, balun air kopi teh dan milo di kedai janda awal 25 tahun

malam sembang sikit sikit dengan tengku bonda ,tengku bonda bagi nasihat gua dengar,jika tak mau dengar gua cakap mau tidur besok mahu balik Shah alam

Apa korang tak paham -paham gua mau tidur ..tak adanya nak hacking hacking prepaid ,dosa nanti gua tanggung sampai mati....
dah dah gua mau tidur

Monday, May 2, 2011

Bagaimana nak right click, pada blog dan web yang tak boleh right click

boringkan bila kita pergi sedang syok syok baca blog kita nak right click tak buleh
sapa yang tak suka blog dia kena copy jangan berblog ya tak ?
mula mula gua bagi yang mudah mudah..
sekarang korang copy benda ni..


http://releases.mozilla.org/pub/mozilla.org/addons/12572/righttoclick-2.8.5-fx.xpi

Andy Dufresne melawan bila mahu diliwat olet tiga orang lelaki

 The Shawshank Redemption


" andy mempertahankan diri dengan baik.. mereka bertiga tidak dapat melakukannya keatas andy ..tapi disini  siapa mahu percaya " red

Pada tahun 1947, bankir Andrew "Andy" Dufresne ( Tim Robbins ) adalah dihukum secara salah membunuh isteri dan kekasihnya, berdasarkan kuat bukti . He is sentenced to two consecutive life sentences at Shawshank State Penitentiary in Maine, run by Warden Samuel Norton ( Bob Gunton ). Dia dihukum dua berturut-turut hukuman seumur hidup di Shawshank Negara Lembaga Pemasyarakatan di Maine, dijalankan oleh Warden Samuel Norton ( Bob Gunton ). Andy is quickly befriended by Ellis Boyd "Red" Redding ( Morgan Freeman ), an inmate serving a life sentence whose parole application was recently rejected. Andy dengan cepat berteman dengan Ellis "Red" Redding Boyd ( Morgan Freeman ), seorang banduan menjalani hukuman seumur hidup yang bersyarat aplikasi baru-baru ini ditolak. Red is known for obtaining contraband and Andy has him obtain him a rock hammer to maintain his rock collection hobby, allowing him to create small stone chessmen from rock. Merah dikenali untuk mendapatkan selundupan dan Andy telah dia memperoleh dia batu palu untuk mempertahankan hobi koleksi batu, sehingga dia mencipta chessmen batu kecil dari batu. Andy later obtains a large poster of Rita Hayworth from Red, followed in later years by Marilyn Monroe and Raquel Welch . Andy kemudian mendapatkan sebuah poster besar Rita Hayworth dari Merah, diikuti pada tahun kemudian oleh Marilyn Monroe dan Raquel Welch .
On a manual labor detail, Andy overhears Captain of the Guards Byron Hadley ( Clancy Brown ) complain about having to pay taxes on a forthcoming inheritance. Pada detail kerja manual, Andy sengaja mendengar Kapten Pengawal Byron Hadley ( Clancy Brown ) mengeluh kerana perlu membayar cukai atas warisan yang akan datang. After explaining a legal loophole to Hadley, Andy is reassigned to assist the prison librarian, elderly inmate Brooks Hatlen ( James Whitmore ), a pretext to allow Andy to work on financial requests full time. Setelah menjelaskan celah undang-undang untuk Hadley, Andy dipindahkan ke membantu pustakawan penjara, banduan tua Brooks Hatlen ( James Whitmore ), sebuah dalih untuk membolehkan Andy untuk bekerja pada permintaan kewangan purna waktu. Andy's financial advice is soon sought by other guards at Shawshank and by visiting guards from nearby prisons. nasihat kewangan Andy akan dicari oleh penjaga lain di Shawshank dan dengan melawat penjaga dari penjara di sisinya.
Hadley delivers a brutal beating to inmate Bogs ( Mark Rolston ), leader of "The Sisters", after his gang's sexual assault puts Andy in the infirmary. Hadley memberikan pemukulan brutal untuk paya banduan ( Markus Rolston ), pemimpin "The Sisters", selepas serangan seksual's gengnya menempatkan Andy di rumah sakit. Bogs is paralyzed, and the remaining Sisters leave Andy alone from then on out. Rawa adalah lumpuh, dan para Suster sisa meninggalkan Andy sendiri dari saat itu keluar. Andy uses his goodwill with the warden to expand the prison library. Andy menggunakan goodwill dengan sipir untuk memperluaskan perpustakaan penjara. When one donation to the library provides him with the opera The Marriage of Figaro , he plays an excerpt over the public address system for all the inmates to hear, well-aware of the punishment of solitary confinement he will receive for the brief moment of bliss. Ketika satu sumbangan ke perpustakaan menyediakan dia dengan opera The Perkahwinan Fusi , dia bermain kutipan atas sistem alamat awam untuk semua tahanan untuk mendengar, baik sedar akan hukuman kurungan tersendiri ia akan menerima untuk saat singkat kebahagiaan .
Warden Norton develops schemes of using prison labor for public works, undercutting the cost of skilled labor and receiving kickbacks for it. Warden Norton mengembangkan skim penjara menggunakan tenaga kerja untuk pekerjaan umum, undercutting kos tenaga kerja terampil dan menerima rasuah untuk itu. Norton has Andy launder the money under the false identity of Randall Stevens, in exchange for allowing Andy to keep his private cell and to continue maintaining the library. Norton mempunyai Andy pencucian wang di bawah identiti palsu dari Randall Stevens, dalam pertukaran untuk membolehkan Andy untuk menjaga sel peribadinya dan untuk terus menjaga perpustakaan. Brooks is freed on parole and moves into a halfway house . Brooks dibebaskan secara bersyarat dan bergerak ke dalam rumah singgah . Unable to adjust to the outside world, he hangs himself. Tidak dapat menyesuaikan diri dengan dunia luar, ia hang sendiri. Andy dedicates the expanded library to him. Andy mendedikasikan perpustakaan diperluas kepadanya.
In 1965, Tommy Williams ( Gil Bellows ) is incarcerated on robbery charges. Pada tahun 1965, Tommy Williams ( Gil Bellows ) yang dipenjara atas tuduhan rompakan. He joins Andy and Red's circle of friends, and Andy assists him in getting his GED . Dia menyertai dan Red lingkaran teman Andy, dan Andy membantu dia dalam mendapatkan nya GED . When learning of Andy's case, Tommy reveals an inmate at another prison, Elmo Blatch ( Bill Bolender ), claimed to have committed a nearly identical murder—this might prove Andy's claims of innocence. Ketika belajar dari kasusnya Andy, Tommy mendedahkan seorang banduan di penjara lain, Elmo Blatch ( Bill Bolender ), mengaku telah melakukan pembunuhan hampir identik-ini boleh membuktikan's tuntutan Andy tidak bersalah. Norton, fearing Andy might tell of his corruption if released, refuses to co-operate. Norton, Andy takut mungkin menceritakan rasuah nya jika dikeluarkan, menolak untuk bekerja sama. After they argue, he throws Andy into solitary confinement. Setelah mereka berpendapat, dia melempar Andy ke dalam kurungan tersendiri. Norton has Hadley kill Tommy, claiming he was attempting an escape. Norton mempunyai Hadley membunuh Tommy, mendakwa ia berusaha melarikan diri.
Andy returns to his regular cell block and tells Red of his dream of living in Zihuatanejo , a Mexican-Pacific coastal town. Andy kembali untuk menyekat sel biasa dan menceritakan mimpinya Merah hidup di Zihuatanejo , sebuah bandar-pantai Pasifik Mexico. He instructs Red, should he ever be freed, to visit a specific location in a hayfield near Buxton to retrieve a package. Dia mengarahkan Merah, seharusnya dia pernah dibebaskan, untuk melawat lokasi tertentu dalam Hayfield berhampiran Buxton untuk mengambil sebuah pakej. The next day at roll call , Andy's cell is empty. Keesokan harinya di epal , 's Andy sel kosong. When Norton, angry at Andy's disappearance, throws one of Andy's rocks at the poster of Raquel Welch, the rock tears through the poster, revealing a tunnel that Andy had dug with the rock hammer over the last two decades. Ketika Norton, marah pada Andy's penghilangan, membaling batu salah satu's Andy di poster Raquel Welch, air mata batu melalui poster, mengungkapkan sebuah terowong yang Andy telah digali dengan palu batu selama dua dekad terakhir. The night before, Andy had switched the ledger book he had kept for Norton with his prison-issue Bible. Malam sebelumnya, Andy telah beralih buku-buku yang telah disimpan untuk Norton dengan nya penjara-masalah Alkitab. Taking the ledger, his chess set, and one of the warden's suits, he escaped through the tunnel and a narrow sewage drain during a thunderstorm. Mengambil buku besar, chess set-nya, dan salah satu tetapan kepala penjara, ia melarikan diri melalui terowong dan pembuangan sisa sempit selama badai. After escaping, Andy poses as Randall Stevens to withdraw most of the corruption money from several banks, then sends evidence of Norton's corruption to a local newspaper. Setelah melarikan diri, Andy pose sebagai Randall Stevens untuk menarik sebahagian besar wang rasuah daripada beberapa bank, kemudian menghantar bukti rasuah Norton untuk sebuah akhbar tempatan. The police arrive at the prison and Hadley is arrested, but Norton commits suicide to evade arrest. Polis tiba di penjara dan Hadley ditangkap, namun Norton melakukan bunuh diri untuk mengelakkan penangkapan.
Red receives parole after serving 40 years, is allocated the apartment where Brooks committed suicide, and works at the same grocery store. Merah menerima pembebasan bersyarat setelah menjalani hukuman 40 tahun, juga diberikan apartemen tempat bunuh diri Brooks, dan bekerja di kedai runcit yang sama. Red follows Andy's advice and visits Buxton. Merah berikut saran Andy dan lawatan Buxton. There, he finds a cache of money and a note left by Andy, reminding him of Zihuatanejo . Di sana, ia menemukan cache wang dan nota yang ditinggalkan oleh Andy, mengingatkan dia dari Zihuatanejo . Red violates his parole and travels to Fort Hancock, Texas to cross the border to Mexico. Merah melanggar pembebasan bersyarat dan perjalanan ke Fort Hancock, Texas untuk menyeberangi sempadan ke Mexico. The two friends are happily reunited on the beach. Kedua-dua rakan yang gembira bertemu kembali di pantai.

Cara -cara bagai mana untuk hack cybercafe ..bayar Rm1 ringgit tapi guna sesuka hati anda

1 pastikan cybercafe itu mengunakan microsoft windows
2 cari program Zhider ( free cari guna lebai googel )
3 muka mesti kesian dan sardin
4 berani

cara serta langkahnya
1.minta computer yang ada jarak dengan orang lain.. misalnya di belakang ke atau hujung hujung
2 tunggu skrin login dulu guna macam biasa
3 install zhider yang telah di sediakan dalam usb atau download dulu
4.bila zhider sudah siap di setup/instal terus log out
5 login kembali tekan Ctrl+Alt+Z. yes login screen telah hilang
6 dan gunalah sepuasnya .
7.bila sudah puas tadi   Ctrl+Alt+x.  login yang hilang akan ada semula
8 guna dulu dalam dua tiga minit seperti biasa ..supaya tidak di syak oleh mamat jaga cyber






sebelum  buat apa apa baca readme yang di beri oleh zhider



CTRL+ALT+Z Menyembunyikan permukan windos yang aktif
CTRL+ALT+X Memunculkan semulla windows yang asal
CTRL+ALT+L Mennu dialog zhider
CTRL+ALT+M Menmunculkan  kembali semua windows yang disembunyikan, dan juga menutup zhider.


nota :
Jangan jadi orang jahat .. tapi jadilah orang pandai dan bijak..belajar untuk tidak dibongokkan..

Sunday, May 1, 2011

kathe pun dah sama macam nurni merajuk


                                            kathe (curik dari notebook kathe.. )


sampai opis kathe kat pucong perdana pukul 4.30


"baru sekarang sampai ..janji pukul 2.."


" tertidur kat jalan tadi " kata gua sambil duduk


" orang tak suruh duduk "


"cool la kahte, aku tertidur tadi..dah sampai pun " kata gua 


" kata dah nak kahwin, kenapa jumpa orang lagi "


"sapa yang telefon orang, pagi pagi ajak keluar minum ,bukan engko ke " kata gua lagi


" orang tak cukup cantik ke..? "

" buleh kira cantik gak" kata gua lagi

" apa yang orang tak ada ..apa yang  mei9 dan cupcap tu ada...?."


"apa sengeh sengih ..garu garu kepala ..jawap la.."

" manalah aku tau apa yang engkorang bertiga  ada ..tak pernah tengok pun lagi " kata gua

" eeee...eeee susah ,payah betul dengan orang gila ni "

" engko marah -marah ni..aku balik la kathe" kata gua bangun sambil keluar ofis kathe

" nak kemana tu..teman kan orang makan dan minum ..orang tak makan tengah hari lagi "

kate berjalan laju , alah amoi biasalah mana ada jalan slow..gua jalan di belakang sambil garu kepala dua tiga kali


nota :

saya datang untuk mengambil hati ,dalam perjalanan mana saya tau ada yang terluka .- kata Dato Shahrukh khan ( lebih kurang macam tu la )