06.10.10
Bangun Pagi Hari ni Nak marah beruk band company apahal internet kat rumah aku tak mampu menunaikan janji manisnya lagi..
Nak kata aku tak bayar..siap potong ac.bank ... Nak kata kita ada perang dengan negara jiran belum lagi..kenapa kenapa..??
Aku angin satu badan bukan apa ..aku nak melayari blog kawan kawan susah... nak bukak note book kat kedai mamak ...naik pening aku bila mamak berkerumun ..diaorang tak kenal "rexona "
Aku mandi ala ala 007.. sambil mencuarahkan sabun lemon basuh pinggan ke badan... dan sambil memotong bekas ubat gigi ...ahh dah habis rupanya semua... ni la kalau tak de orang jaga..
lepas mandi ,aku mencapai seluar Jeans Evisu dan baju Lives Red tab.. aku , mengenakan baju ke badan ada keganjilan berlaku... seluar Evisu dan baju Red tab aku ada yang tak kena...
aku belari ke cermin yang selama ini tidak pernah memuji aku ,walau sepatah kata pun..jika aku mintak di puji..aku kena carik kambing ...kemudian cerminkan kambing dengan aku ..sah sah cermin tesco ini akan memuji aku melangit tinggi
kenapa perut aku kedepan ..kenapa seluar aku saiz 30 ketat... aku tiba tiba terpandang kasut joging aku yang manja tidak terusik selama 2 bulan..
fikiran aku melayang jauh... arhhh ini angkara rumah terbuka sehari kalau ada purata 7 jika di bahagi sebulan...
NOTA : Aku tak jadi nak pergi marah pergi company berukband selagi aku tidak kembali seperti sedia kala... percayalah aku tak salah cuma meraikan kekawan ..tapi apa yang aku dapat..nak tunjuk macho depan counter pertanyaan ..pun tak boleh
apa barang
Apa barang
Wednesday, October 6, 2010
Sunday, October 3, 2010
YB Khalid Samad
9.30 am 12.30pm 3.10.2010
Surau sec 2 Shah Alam ( jamuan raya terbuka semua orang di jemput hadir )
ucapan yb Khalid sangat ringkas ,meminta maaf sempena raya dan meminta yang hadir makan dan minum kemudian dia kemeja tempat aku bersantai
yb terlebih dahulu menghulur tangan dan senyum....tangan bersambut
''
''
YB Khalid Samad : jangan berdiri, duduk sebelah saya.. ini bukan formal
aku : Gambar di sec 24 semalam pun aku tak sempat cuci lagi
YB Khalid Samad : Gambar hari ini awak ,bubuh dalam blog...( sambil senyum )
aku : kalau dah dapat kebenaran dari mulut yb apa salahnya...
Nota : YB Khalid Samad dia tak makan tempat vip, surau tak sediakan pun tempat
vip surau hari ini adalah anak anak yatim dan budak budak kerana dia orang bergembira sakan dapat hadiah dari surau
Nota dari tuan punya blog : jangan nak gilamor la brutalsolo aku dah sabotage gambar engkau
Labels:
aku,
surau dan YB Khalid Samad
Saturday, October 2, 2010
ILMU MANTIK TENTANG CINTA ABG LONG
Muhammad safie bin suib ( darjah 1 )abg long
Muhammad asraf bin suib ( 6 tahun ) abg ngah
Lokasi: dalam sebuah lif menuju tinggkat 17 dari G
dalam lif ada 4 orang ( Aku,abg ngah,abg long dan seorang budak perempun pekerja kfc )
Abg long :Aisyah tu betul betul jatuh cinta kann ?
Abg ngah : ya lah, dia sukakan Abg long...
Abg long : Aisyah tu macam budak budak... main patung lagi...
Abg ngah : Abg long ,suka dia tak ???
Abg long : Dah tak ada orang lain, boleh la... lagipun dia yang sukakan abg long..
( kedua beradik ,gelak sambil bersandar pada lif..aku malas nak masuk campur ,tiba tiba budak perempuan berunifom KFC tu bertanya )
Budak kfc: Mana adik tau Aysiah tu..cintakan adik...? ( sambil tersenyum ..senyum )
Abg long : Ala kita tau,Aisyah suka kat kita...
budak KFC: Cuba adik bagi tau,macam mana adik tau...Aysiah tu sukakan adik ?
Abg long : Alamak ..Tak kan Akak tak tau ..kalau Orang sukakan akak...
Abg ngah : Agak -agak akak ni tak ada Orang yang suka... Sebab tu kerja KFC...
NOTA : moral jangan masuk campur bila budak berbicara soal cinta...

Along Dan Angah
Subscribe to:
Posts (Atom)