apa barang

Apa barang

Wednesday, April 18, 2012

pak menteri pun macam kita mengular

seperti orang kebanyakan lain ,pak menteri  mengular berkempen untuk parti dari buat kerja di kementeriannya

Friday, April 13, 2012

jumaat kali ini masjid akan menjadi lebih padat dari padat yang biasa

minggu ni ada gempa di laut aceh
ada gegaran serta amaran ancaman tusunami
untuk sembahyang 5 waktu masjid dan surau bertambah saf
bayangkan hari jumaat .. kejap lagi waktu zohor masuk..
mari kita sembahyang jumaat




nota:
aku dan kamu kena selalu di ingatkan

Saturday, April 7, 2012

5 kelebihan makan nasi pada orang perempuan

1.menjimatkan duit laki dari call  mekdi dan kepsi serta pizza
2. kitaran pekerjaan akan terjadi pesawah ,pemborong,peruncit  dapat duit dan pihak kerajaan dapat cukai
3.jika masak nasik dirumah mentua pasti akan di puji pandai masak.".. ko tengokla menatu gua tu, pandai masak"
4. nasik , jika dimasak banyak ,pada kesokan paginya boleh di goreng atau di beri pada ayam,ini akan memberi ruang masa yang banyak ,dan boleh di gunakan untuk menghias kuku atau mengumpat jiran
5.dengan memasak nasik ,orang perempuan boleh membuktikan perumpamaan " nasik sudah menjadi bubur itu boleh juga di makan..malahhan sekarang di kedai kedai makan cina muslim bubur nasik mahal juga.