apa barang

Apa barang

Monday, August 16, 2010

apa ertinya ramadan kepada mereka

Aku ke teluk intan,sungai Sumun kerana ingin membeli kelapa muda ( kelapa matak )untuk perniagaan seorang sahabat kerana ramadan..aku kerumah yang dituju.. sampai di rumah tokeh kelapa ... ada upacara perubatan ..aku memberi salam dan menunggu di pangkin di bawah pokok jambu...

tokeh kelapa : tak masuk....?

aku : tak tunggu di bawah ... biar orang yang nak beli kelapa masuk

kawan aku : dia,tak akan masuk pak cik ( tokeh kelapa )...

tokeh kelapa : oh... orang muda sekarang memang tak percaya pada dukun,pawang dan
bomoh ni...

aku cuma tersnyum , sambil memerhati kawan dan tokeh tadi masuk untuk berbincang pasal kelapa ...

utuk menghilankan rasa bosan menunggu aku ,memerhati sekeliling ...tiba tiba aku disepa oleh tok bomoh...?

tok bomoh : tidak keatas..sekali ...?

aku : tak... terima kasih..

tok bomoh :.. orang dalam rumah tu kena buatan orang, saya dah pulangkan balik ..

sebab awak sudah ada masa perubatan ni berjalan, jadi tok rasa ingin
menepung tawar awak sekali

aku : tak apalah tuk.. saya tak apa apa... ni bulan ramadan syaitan dan iblis
dirantai.. mana mereka boleh buat kerja....

tok bomoh : hemm ,jika macam tu kata awak ,tok tak bertanjungjawab apa yang berlaku
nanti... cakapnya sambil mengibas kain hitam dan kuning

..............
.........................

....................


dalam perjalan balik ke sekinchan ,kawan aku marah kerana aku menolak di tepung tawar
aku menyatakan kepadanya .. itu pekara kurafat..dan syrik ..dia tersenyum ..katanya aku berpendidikan moden.. otak telah di basuh mat saleh

kawan aku : tadi tok bomoh keluarkan tulang haiwan dan paku ... depan mata ..tak kan
kurafat kot?
aku tidak menjawab..sebab bercakap kepada orang yang taksub kepada bomoh ni..kena ajak pergi ceramah agama ataupun berjumpa orang yang alim

nota :
kurafat bagi islam: penelewanagan dari segi akidah dan tauhaid.. dan Amalan khurafat mengalih pergantungan manusia daripada Allah kepada makhluk

34 comments:

ainz said...

kamu kne kibas ngn kain itam kuning tu ke?huhu..knp la mereka2 itu perlu jmpe tok bomoh..skrg ni byk ustaz2 yg boleh berubat cara Islam..dgn ayat suci alQuran..itu kan lebih baik..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

-ainz-
masalahnya banyak ustaz pun dah macam bomoh

Misya Idris said...

isk susahla kalau berubat cara pelik.

mama saya pernah gak kena penyakit2 misteri, tapi kitorang gi perubatan tradisional yang guna ayat2 al quran. cara perubatan dan ayat yang dibaca boleh didengari oleh semua yang ada kat situ, tak menterbalikkan ayat dan tiada mentera. pure al quran. kebanyakannya guna ayat qursi, surah lazim, dan beberapa potongan ayat dari surah al baqarah, al mulk dan selawat atas nabi.

pernah juga berubat ke satu tempat ni, tapi cara perawatan agak mengelirukan, ntah guna ayat apa, minta pengeras yang bukan2, memang kitorang ban la tempat tu.

PeNaRi LaUt said...

masih ada setan terlepas nih...

Nerzhul said...

memang tok bomoh tu tak bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku. sebab semuanya berlaku dengan izin Allah.

¶A.K.I¶ said...

aku xde pengalaman cm tu...
hehhee

Anonymous said...

pun memang tak caye dgn bomoh2 ni.. :)

annfrendly said...

hehehhe..jgn jumpe tok bomoh lagi..
bulan puasa ni syaitan kecik aje kena ikat.. yang pangkat jeneral2 tu masih terlepas..

ILA HonEyBuNNy said...

ya...kita leh ja guna ayat2 al quran..semua daru kuasa Allah kan...

Amar Alis said...

dulu aku berjiran dgn bomoh.
macam2 bunyi pelik aku dengar dari rumah dia bila malam.

Mak Su said...

elok tak tepung tawar.... elok dielakkan

Aku adalah aku said...

nape kau tak cakap kat tok moh tu kau bukannya tengah bersanding pun nak kena tepung tawar....hehehehe

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

-elly-
bersanding ke tidak..kita tak boleh tepung tawar....

Aku adalah aku said...

err...tak leh ye...eh yang diaorang buat memnitik inai tu ada yg panggil tepung tawar gak kan..ke aku yg salah...

Anonymous said...

Aslmkm.
Hmmm ... Kak G selalu banyak berastaghfar & sentiasa baca Ayat Al Kursi ... Insya Allah terpelihara.
Makhluk halus, jin & seangkatan tu memang ujud ... macam manusia juga byk yg jahat & jahil kerana ikut syaitan.
Lama juga Kak G duduk di Sarawak yg kira top segala yg pernah Kak G tengok ... kita pun kena usaha berubat/melawan tapi perlu pastikan perbuatan kita tidak bercanggah dgn aqidah & hukum Allah SWT.

Abiggaill said...

Saya suka tengok cerita hantu. Saya berani.
Tapi bila terpandan muka bomoh ( live ) , piewwwww nak nangis..

Aku adalah aku said...

Ok saya dah berjaya attach video ceramah tu...hari ni blurr sikit...

Balqish said...

perkara x baik ni x boleh ikut.
ish, x percaya bomoh juga!
yg percaya kalau ada tulis dlm buku je.

tp kenapa dia jumpa bomoh?
dikenakan orang ye?

pembaris said...

Guna ayat Al-Quran boleh lah.lagi pun kita kena percaya benda2 ghaib. Ada experince juga berubat kampung. Tu pun bila perubatan moden dah suruh berubat kampung. Bomoh guna ayat Al-Quran. Alhamdulillah.Sembuh sepenuhnya.

Tapi pelik jugak bila dia cakap dia dah simpan dalam tin biskut dan dia cakap berat. Gua rasa berat pun lepas ikat dengan bata pasal nak buang dalam sungai.

Kejadian tidak berlaku dalam bulan puasa.

Solehah said...

tipu daya syaitan, jin ada bnyk cara..

NARDtheNERD said...

bomoh selalu menyeramkan.
larikksssssss.
=))

Sesumpah said...

hahaha khurafat sungguh


;p

mrnoble said...

time bulan puasa? mmg sah2 khurafat

Berd said...

boleh tahan ilmiah juga lu kali ni. mana lu kopi pes?

ibuintan said...

berubat cara kampong ada masa perlu juga tapi kena cari yg tidak bercanggah dgn akidah..

echah_syed said...

salam ramadhan al mubarak..

timakasih singgah persismutiara dan tinggal jejak disana :)

combi pernah tengok ustaz keluarkan 'seseorg' dari badan pesakit.mmg seram sebab seorg gadis yg kecil molek tapi lebih kuat dari 10 org lelaki dewasa.suara yg manja terus jadi garau..huhh :(

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

berd
copi jantan dan kopi janda

Aly said...

jaga diri ye, nanti bomoh tu lak 'buat' kat kau


kau ni ustaz yg brutal~

Idalara said...

jika nak dikira dgn jari tk terhitung rasanya yg masih percaya bomoh dan pawang ni..kurafat dan boleh jatuh syirik...

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°
رمضان مبار… رمضان كريم… رمضان مبار…
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°

Salam ramadan Al Mubarak..
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Ramadan bulan yg mulia..
Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.

ni kena rujuk misteri nusantara ni... tok bomoh tu buat tahyol plak kat sini time posa plak tu...

Arief Arf said...

cerita ni cam ade sambungan je?
xde ke?
hahaha

baguslah, jangan percaya benda2 kurafat ni.

X)

Anonymous said...

aku di tgh-tgh. taktahu patut percaya atau tak. kdg2 masuk di akal utk percaya tp kdg2 terlalu merepek. aku pilih bergantung pd YANG ATAS dulu baru cuba cari jalan yang lain kalau tak berjaya.

Latifah said...

Amalkan lah Manzil.
InsyaAllah akan terpelihara dari gangguan.
Dalam Islam ada gak ayat-ayat Ruqyah untuk perubatan.
Kalau rajin, amalkan terus Matsurat.
Kalau malas gak, ayat Qursi dan al-Fatihah sudah memadai.
Yang penting, perlu diamalkan.

Selamat menjalani ibdah Ramadhan (^_~)

payeen said...

mnakotkan, xnak pcye tkot tpesong. nauzubillah.