apa barang

Apa barang

Sunday, May 8, 2011

mutan





Aku tak faham kenapa orang Gebeng ni duk bantah kilang nadir bumi. Bagi aku, projek ini bagus untuk melahirkan ramai mutan. Selepas projek ini siap nanti lihatlah berapa ramai Profesor X dan Wolverine akan muncul dengan abiliti luar biasa.

Apabila mutan-mutan sudah membentuk satu komuniti besar, korang boleh tubuhkan parti yang dinamakan Pertubuhan Kebangsaan Mutan Bersatu (UMUNO). Inilah masanya korang menegakkan Ketuanan Mutan. Ok, aku faham, mutan juga ada ideologi berbeza. Untuk mutan Islamik, korang boleh tubuhkan Parti Mutan Islam Se-Malaya (PAMS). Untuk mutan liberal dan pro reformasi, boleh tubuhkan Parti Keadilan Mutan (PKM).

Itupun kalau korang mahu berkuasa secara demokratiklah. Kalau tak mahupun tak apa sebab korangkan ada abiliti luar biasa. Eh, ada rumah murah di Gebeng? Akupun mahu jadi mutan juga. Aku suka Wolverine dan Gambit.

nota:
penulis jemputan kelambu aka lanzo tajuk asal faksi pilihan raya

19 comments:

alien said...

boleh pilih2 kuasa tak?
aku nak kuasa Telepati lah

Faaein Talip Roy said...

aku mahu kuasa alien!..
hahaha.. tak paham lah.. [-__-]

Cikli said...

bro,
lu darah tengah manis mau kawin, kurangkan cakap pasal mutan. lainlah kalau lu minat sangat ninja turtles dan nak jadi yb di terengganu.
UMUNO tu idea lawak mutasi jingga tak bole blah

Bidadari Syurga said...

nak komen apa nie...?

uncle gedek said...

Pernah mimpi kawen dengan 'Storm'

Lalala....

Unknown said...

aku tak paham ni..bengap tol

Wahida Nasution Thakhrim said...

tak berjaya nak faham walaupun banyak kali baca.. (><")

Anati Soki said...

hehehe.. nice one.. mutan. waakakaka
so dlm negara kita ni banyak mutan la wkh.. wakakakakakak

hehehe.. anat nk kuasa sailormoon pun dah ckup..
takpun. dapat bela pokemon sekor pun dah ckup.. ehhehehe
taknk ar mutan2 ni.. dunia ja smua ni

ISA said...

gua dag pilih nak jadi Mistique

pembaris said...

suka yang boleh tembus dinding.dalam xmen yang perempuan comel tu

ghost said...

gua masih peminat gambit.

gua akan buka kasino lebih banyak dari kilang nadir bumi..

Anonymous said...

Kita bako kita bakor.. Hahahaha, kuasa Mutan Ucop Wilca.

Unknown said...

saya nak terbang, ada mutan terbang x?

Unknown said...

nak kuasa cyclops.. kalau rasa tak berkenan, boleh terus pancarkan laser kat mata

Unknown said...

macam cilake :)

Dr K said...

kalau jadi mutan lembik? buat hape..hahah

Ummu~Ishak said...

woverine mmg kacak

Pyka Rahmat said...

gua baca tajuk je dah anti.

takjadi baca.

hm

-HanaMichi- said...

kalau rumah sewa sblah lu kosong, roger gua eh..gua tingin nk jd storm..