apa barang

Apa barang

Thursday, March 31, 2011

Gua tak berapa kenal Amri Yahyah

2004 gua ingat ingat macm tu la..

2004 gua duduk sec 17.shah Alam jalan sekolah rendah..gua duduk 3 tiga orang. Rasnya masa tu time euro 2004.. bro Ronaldo si bengali putih protugis sudah jadi star tapi bukan nak certa pasal Ronaldo..semua orang kebanyakan dah tahu..

Gua nak certa pasal jiran gua ,masa duduk sec17..sebelah rumah gua ada bebudak kilang dan opis sewa
gua tak kenal bebudak bebudak sebelah..,tapi mereka kenal gua.., gua tak tau bila gua salam siap sebut nama gua ngan kampung gua.Gua jadi muskil.. gua tanya, mereka cakap mereka budak sebelah kampung gua huk patutlah kenal gua..

Bila hari hujung minggu ,rumah bebudak sebelah meriah sikit,kekawan mereka datang bertandang ,jengok.
adalah satu mamat kawan mereka tu..macam pernah ku lihat tapi di mana ya? mamat ni rambutnya panjang tutup telinga ikal ikal sikit sowo matang (kulit jawa ) naik staria ,kira gilamor la zaman tu ada kereta ciri ciri sport ni... bila mamat ni duduk luar banyak la orang lalu lalang angkat tangan...mamat ni ramah jugak

hari sabtu gua balik dari ofis, mamat staria ada duduk borak dengan kawan2 tegur gua

" bro tak tengok selangor main malam ni " tanya mamat tu sambil salam sama gua

" gua tak selera tengok selangor main, lembek macam ayam sakit..satu pemain gua tak kenal" kata gua

" Amri ada main malam ni bro dia star masa tahun 2002 ,masa piala malaysia " kata kata jiran gua pulak

" Amri  celah mana pulak.., suam suam kuku pun gua tak pernah dengar nama dia.. main bola ?"

" err ini lah Amri yahyah , bro katanya kawannya memperkenalkan mamat staria

gua sekali lagi salam mamat satria ,yang namanya Amri yahyah dan kawanya..dengan muka sedikit hijau gua tak pandang mana ..gua cabut masuk rumah

Nota:
bebudak sebelah rumah pun satu,tak kenalkan yang naik staria tu Amri Yahyah .. kalau tau  ,gua punya mulut mesti cakap macam budak sekolah menengah atas

 Nota 2:
kalau korang bebudak sec 17shah Alam atau Amri sendiri terbaca blog gua ,sila telefon gua masih pakai nombor lama atau email saja kat brutalsolo@gmail.com

Mahathirism.

Entah kenapa dalam hidup gua , dari awal tahun 2010 sampai 2011.dalam bab berniaga ,gua asyik kena tipu dengan orang agama -agama.

Gua mula marah pada  orang agama agama yang jual air jampi dan kismis doa

Gua mula marah pada orang yang balik dari timur tengah dan asia selatan , begitu banyak orang agama -agama  kes halal haram makin ramai orang kebanyakan tak paham

Gua mula pandai hangin pada orang mintak sedekah kat tepi masjid sec16 yang gaduh dengan peminta sedekah myanmar sebab berebut tempat .

Gua mula ,amalkan bahasa omputih dengan  anak buah gua yang 4-9 tahun.cakap ke kampungan gua tak layan


Nota:

Jangan marah gua tulis post macam gini.gua terpengaruh dengan Metro.lu orang orang kebanyakan mana paham...

Wednesday, March 30, 2011

Apa jadi pada Raju

Raju berlari sambil manarik Malisha bersama. Malisha menangis ketakutan. Pillay dan 20 orang samseng mengejar dari belakang. Raju dan Malisha berlari sekuat hati. Muzik mode berdebar dimainkan. Tak semena-mena hujan turun dengan lebatnya. Raju mempercepatkan lagi larian. Malisha kelihatan termengah-mengah. Air matanya mengalir selaju hujan yang turun.

Pelepow!!!!

Satu kayu menghinggap kepala Raju. Raju tersungkur ke tanah mengheret Malisha bersama. Darah merah yang segar segera membasahi tanah. Hujan makin menggila lebat. Diikuti dengan pancaran kilat dan dentuman guruh di langit. Raju cuba untuk bangun. Darah bercampur hujan membasahi baju putih Raju. Malisha berusaha menolong Raju untuk bangun.

Pillay mencekak leher baju Raju. Pada masa yang sama dia menyepak muka Malisha. Malisha tersungkur ke tepi tidak sedarkan diri. 20 yang lain mengelilingi Raju. Raju berdiri dalam kepayahan. Mata Pillay ditentang tepat. Pillay tersenyum sinis. Raju menggenggam penumbuk. Jelas terpancar amarah yang menggila dari matanya. Muzik mode bergaduh pula dimainkan.

Raju melepaskan tumbukan. "Debush!!!" Pillay mengelak. Raju tersungkur ke depan. Pillay menghayunkan parang ke arah Raju. "Pelepap!!!" Raju menepis menggunakan tangan. Tepat mengenai lengannya. Raju bergolek kesakitan. Seorang samseng menedang perut Raju. Seorang lagi memijak rusuk kiri. Samseng-samseng yang lain bersungguh-sungguh membelasah Raju dengan kayu. "Debush!!! Debush!!! Pelepap!!! Debush!!!" Raju mengerang kesakitan.

Malisha tersedar dari pengsan. Dia menjerit nama Raju dan segra berlari ke arahnya. Pillay segera menarik sari Malisha. Malisha jatuh tersungkur sekali lagi. "Owh...." Pillay menarik rambut Malisha. Malisha menjerit. "Ahhh!!!!" Sekali lagi kilat memancar diikuti dentuman guruh. Pillay lantas memeluk Malisha sambil ketawa berdekah-dekah. Malisha berusaha melepaskan pelukan Pillay beserta tangisan dan jeritan.

Sepantas kilat Raju bangun dengan mendepakan tangan sambil menjerit "Argh!!!!!!!!". Semua samseng bertaburan jatuh atas lantai. Muzik bertukar kepada mode berdebar. Pillay tidak mempedulikan Raju. Semakin erat dia memeluk Malisha dengan ketawa yang berdekah-dekah. Malisha tidak lagi terdaya untuk melawan.

Raju melangkah ke arah Pillay. Muzik mode berdebar dimainkan semula tapi pada beat yang pantas. Samseng yang cuba menghalang gerak kakinya disepak terajang hingga terpelanting ke dinding. Pillay memandang tajam ke arah Raju sambil ketawa sementara lidahnya cuba menjilat pipi gebu Malisha. Malisha berusaha mengelak jilatan yang menjijikkan itu sambil menjerit-jerit.

Dengan tak semena-mena seorang samseng berlari dengan parang untuk menetak Raju dari belakang. Malisha menjerit untuk memberi amaran.

Pap!!!

nota :
Skrin tv umah gua tiba-tiba gelap. Kipas semakin perlahan berputar. Suasana bertukar menjadi hening. Segera gua mengkarate bantal. Sekor kucing gua yang tengah menonton cerita tamil bersama gua terajang sampai terperosok bawah kerusi. Hantu punya TNB! Time-time camnilah nak blackout. Macam mana gua nak tahu apa jadi dekat Raju?!!!