apa barang

Apa barang

Saturday, February 27, 2010

perdagangan manusia di waktu pagi hening

sabtu 27.02.10

sedang makan di serai sec 3 shah alam..
"bang beli kismis bang" kata budak sekolah berpakaian baju melayu
aku ambik dua kotak kecil kismis dan ulurkan dua ringgit.budak sekolah tadi mengambil duit sambil memandang nasi lemak dan teh o halia aku

aku: dah makan ?
budak : belum bang ,yang sana pun belum( dia menujuk kepada kawannya yang seorang lagi )
aku: oder abang belanja . ( kot kot dia ada akak yg belum kahwin )
budak dan kawannya tadi duduk di meja aku dan meoder nasik lemak dan milo ais..

kami sedang makan .mamat meja hujung bangun ,menghampiri meja aku. dia datang dan bertanya kepada budak budak yang sedang makan
mamat tadi : sudah habis jual , yang kamu sedap sedap makan ni? ( macam marah )
budak-budak : belum ustaz , kami lapar
mamat: sudah tu berhenti makan dan jual .banyak org hari ni kamu tak nampakkah

aku: biar la budak -budak ni nak makan bang. dia orang lapar
mamat : awak jangan masuk campur.. budak budak ni degil .. memang nak kena ajar
aku : budak bang ,memang macam tu.dia orang kecil lagi mana boleh dipaksa berkerja
mamat: urusan saya jangan campur
aku: abang makan boleh , budak kena buat kerja pulak

mamat tadi panas hati .. tiba tiba dia hayaun penumbuk .aku elak. aku ambik sambal nasik lemak dan lekap kemukanya. lepas itu aku naik atas meja dan buat tendangan jet li ke atas mamat tadi. mamat tadi tumbang . aku ambik meja dan kerusi sumbat kedalam mulut mamat tadi, puas hati aku.


**** sebenarnya bila mamat tu bising bising aku aku cuma mintak mamat tu bagi masa untuk bebudak tu habiskan makanan . mamat tu tunggu bebudak tu habis makan dengan muka sebijik kepala lori . aku heran kenapa dia paksa budak budak buat kerja pagi pagi. sedangkan mamat ni sedap makan minum*******

Friday, February 26, 2010

menanti sembahyang jumaat 26.2.2010

1. tido kat opis
2.takde apa nak makan .pg bawah mereka semua tak buat srapan ke apa punya kedai makan
3.cadang har ini nak beli cermin mata
4.nak layan cerita the massenger dan lion of the desert
5. buat yang baik sempena keputraan nabi kita

Thursday, February 25, 2010

khamis ada gembira dan duka

prada milano ... jatuh balik ketangan aku setelah hilang selama dua tahun tali pinggang kulit bercampur kain
ferragamo berwarna hitam itu pun ada sekali.. aku sayang talipinggang aku tu
nak aku sepak ke pencuri ni


................................................................................................................................................................



meja kfc sec2 s.alam
ada linda
ada adek farida
ada aku
kata kata yang benar
ada yang sakit dan tersentuh
ada segupal kesal di situ
kebenaran menyakitkan
aku tak mampu menipu

Wednesday, February 24, 2010

langit cerah hari ini 23/01/10

senyuman di garis wajahnya
menguak kabus gelisah
bersarang dari semalam

mata besar dan budar
menikam jauh di kerongkong waktu
dari bibir mugil memagar gigi seputih kapas

dari alunan suara jelas
ada gembira di sembunyi olehnya
aku ingin berkongsi


*adek farida gembira har ini *

Tuesday, February 23, 2010

babyrina ,kumaran dan aku

'' nama saya mohd Arif sekarang " kata kumaran sambil meletakkan cpu
'' tahniah!!! bila?" sambil aku mengambil modem untuk di pasang pada cpu tadi
"ingat tak dua bulan lepas, saya mintak gambar babyrina you masukan sekali ceramah agama"
"la tak perasan pula .. " aku rasa bersalah , macam mana gambar babyrina ada sekali dengan mp3 ceramah agama .
...................................................................................................................................
sebenarnya kumaran memang sudah lama ingin masuk islam maklumla dia tingal di sec 25 shah alam. kawannya banyak melayu.cuma hari tu dia mintak gambar babyrina dan aku temasuk sekali ceramah ceramah agama kedalam hard disk cpunya .. maklum la 8 tahun dulu mana ada pen drive

masa dulu guna jaring atau tm net. dapat gambar babyrina kira ok apa


* sejak haritu aku dah tak simpan lagi gambar atau cerita dalam pc
aku malu sampai sekarang dah lama juga aku tak tengok gambar babyrina
kat mana la kumaran sekarang (mohd arif}



Monday, February 22, 2010

emak aku dapat menantu

jumaat 19.2.10

selepas asar
adik lelaki aku dengan jaguh sekali lafas dah berbini . ada orang jaga la dia sekarang
yang baru nya lafas nikah kena sebut sekali wang hantaran dan mas
kawinnya

sabtu.20.2.10
aku tak pergi tengok adik aku bersanding
aku tau start kena gosip langkah bendul al
bila lagi la
aku cari kelly man untuk tenangkan jiwa

ahad 21.2.10
kenduri besar besaran adik aku
sedara mara start datang tunjuk harta dan bini ,awek ,anak
nak ucap tahniah adik aku yang berkeris dan berbaju ungu.

isnin. 22.2.10
pengantin ikut aku ke shah alam dan ke damansara
tak aktivti ke pengantin ni..?

Thursday, February 18, 2010

katalis

ya aku beraksi
tapi aku bukan katalis mu
jauhkan aku dari makmal

katalis mu
bukan ternama
ia membikin aku gusar

Wednesday, February 17, 2010

Meja makan kedai itu bulat

Ais yoyo yang biasanya sedap tidak menarik minat amoi dua orang didepan aku.
minah siam ( orang di negeri utara anak jati malaysia taraf bumi kot } sedut selamba.
aku dengan kebiasan ais yoyo campur.. aku minum tanpa perasaan. .. sendawa tat telur masih ada .

aku: cup jom pergi sungai Besar
cupcap : habis dia orang macam mana ?
aku : dia orang dah besar.

kelly Man dan mei9 bangun menghampiri aku .sambil berjalan aku dah perasan air mata kedua dua tumpah sebab ingin mensatabilkan suhu badan sebab musim panas yang kering..

mei9 : takkan tak mau selesai masalah ini .sekarang ,kita bincang ?
kelly Man : kita selesai sekaranglah
cupcap: betul tu ( selalu dia akan selamatkan aku kalau ada masalah ..apa da }

aku berpaling masuk dalam kereta cupcap . cupcap hidupkan enjin kereta.
aku : apa lagi jalan la

cupcap: habis masalah hari ini macam mana?
aku : mana ada masalah, enatah apa yang masalahnya
cupcap: saja saja tak faham ke atau buat tak faham

cupcap turun ajak kelly dan mei9 masuk kereta ,pergi sungai besar berempat

*dah agak perbincangan meja bulat aku mesti kantoi. jika aku cari kedai makan meja empat segi tentu tak jadi macam ni *









Friday, February 12, 2010

cup cap

"kelly man nak masuk islam"aku
'' syukur '' cup cap
'' cuti tahun baru cina ,kemana'' aku
'' kan janji nak jumpa'' cup cap
''mei9 merajuk'' aku
'' pujuk sendiri'' cup cap
'' nak pujuk macam mana , dia marah pasal kelly man'' aku
'' saya tak masuk campur'' cup cap

aku resah semacam nak mintak minah siam ni dia tak nak tolong. mei9 memang selalu bikin pening.. ambik masa memujuk mei9 kang kelly pulak buat perangai



* cupcap dalam masa dua tahun masuk islam dah tahu membaca quran ,sembahyang dan tahu pasal fardu ain.
* mei9 baru tahu sembahyang dan puasa sikit sikit
* kelly man tak tau nak cakap macam mana.. sebab baru berura ura

apa punya turr

sembahyang jumaat masjid negeri shah alam..mode aku hilang tiba tiba .. menjerit ketuanan melayu .. ni majid ma.. jeritan dan ceramah menghalang jemaah yang keluar.yang nak sembahyang sunat selepas jumaat terganggu.. berbaju merah kuning ada lambang grombolan.. aku mengelak menapak ke alam sentral.
terjumpa member sekolah . di bangku taman keluar masjid. " apa tu"
'orang tak dapat projek dan kuasa "jawap aku sambil bersalam .. dia mengangkat mencum tangan sendiri
'kita tak dapat masa kedua dua kera.. jaan diam je. tunggu la pilihan raya nanti"katanya
'dah daftar ke"aku bertanya sambil mengusap perut minta di belanja
"tak" jawapnya


* kat sekinchan dari parit 4 sampai parit 12 sungai nibong banyak anak muda berumur 21 sampai 38 tak berdaftar... apa barang cerita *

biasa biasa saja

10.2.10
Aku datang ofis
Adek start kerja .balik dari setiawan cuti dua hari
Pagi aku terpacak dekat public bank.nak kuar duit
lope telepon suruh balik.
makan mee kari giant putra. rm.8.00 semangkuk mahalnya
..............................................................................................................................................

11.2.10
sarapan dengan hj.remy sambil mengumpat peeak dan kojek.
pau duit dari member lama.
makan tengah hari ngan adek.
hamdan sampai .
pok cik sampai
...........................................................................................................................................
* tiada rasa *

bila semalam bertukar hari
ada sinar yang hilang dari matanya
matanya tidak lagi menikam hati

hati pula sudah tak berupaya sakit
cuba lontar rasa itu
agar boleh berduka
berteman malam

Thursday, February 11, 2010

aku sering di persalahkan

7.2.10
"semalam 9 nampak awak dengan kelly man " mei 9
"kenapa tak tegur"mulut ku bergumpal sagun kelapa..
" ingatkan awak buat tak perasan" mei 9
"tak perasan pun .kalau perasan mesti ajak minum sekali .. " aku
"kelly mau apa" mei 9 ... " itu kena tanaya dia" aku
"selalu macam ni kan " mei9
" apa boleh buat " aku
''duit dah habis ni apa kata 9 bayar ?'' aku
"melariakn diri lagi " mei9 ke kuanter membayar segala yang dimakan.

8.2.10
" sanggup cuti.. tak bg tau 9.Ni mesti nak jumpa kelly " mei9
'' bila pulak.. kan dah cakap banyak kerja kena buat .tu yang lama kat kg ni" aku
'' kenapa tak bg tau cuti" mei9
'' sejak bila kena buat lapuran bila nak cuti'' aku
mei9 tarik muka 14... aku cuma senyum .. sambil memandang padi yang sudah di potong
'' err singgah masjid taman ria , nak zohor "aku
'' balik site c la , ajar orang sekali"mei9
'' kita singgah masjid dulu... mie ikut je orang perempuan yang sembahyang di masjid'' aku
"ikut memang boleh , tiru memang boleh .. tapi 9 tak faham la .. 9 nak tau apa yang di baca" mei9
" dah masuk dua tahun islam , belajar tak kan tak tau'' aku
" sapa yang ada .. harapkan awak.. memang la tahu baca.. tapi 9 nak ada orang yang tunjuk dan ajar" mei 9
kereta berhenti depan masjid..



* aku lagi yang kena.. *



Tuesday, February 9, 2010

kelly Man

sekinchan pagi sabtu. 6.2.10
wira merah berhenti depan kedai buku. pintu di buka . aku pun masuk .kereta begerak ke kedai makan bangunan Mara. kami mencari meja dan duduk. makan kueh dan air milo kosong saja.
Kelly Man: senang ke jadi orang Islam?
aku: nanti , ada soalan lain tak ?
kelly Man : saya rasa nak tukar agama la? macam mana?
aku : tukar aje la.. macam mana apa?
kelly Man : maksud saya macam mana nak masuk islam.
aku : mengucap dua kalimah syahadah nak aku ajarkan?.
kelly Man : itu saja kah ? ( mata sepet menjadi bulat )
aku : menucap dah islam dah.. nanti nak belajar kita pergi PERKIM
Kelly Man : awak tak boleh ajar ,sayakah?
tiba tiba , air milo kurasakan pahit. aku bangun membayar makanan . aku tinggalkan note Rm 10. aku tarik tangan Kelly Man.
Kelly Man : solalan saya yang mula dan yang last awak tak jawab lagi?
aku : cukup senang menjadi orang islam . laksanakan tangjawab dan amanah yang diberi tuhan .
tapi cukup berat jika tak berilmu.
aku: aku tak yakin untuk ajar ko ,kelly .aku akan ajar ko mana yang aku tau.
aku: kita ke market ...


* hari ni aku sedar.. aku kena mempelajari agama secara terperinci dan mendalam . islam indah ,mempunyai keluasan dan kelapangan di dalamnya. kelly, aku secara jujurnya ingin menjadi saksi bila dua kalimah syahadah itu keluar dari mulut ko. rasanya jawapan aku yang pertama tu pun tak tepat.. *

Friday, February 5, 2010

keluar date

ahad petang 31.1.1010
1.baju fred perry warna krim
2. levis 501 biru lusuh
3. jam tangan cat hitam
4. kasut kulit levis
5. Dunhill Desire

kantoi aku lupa bawak beg duit

* jangan muncung sangat *

Wednesday, February 3, 2010

jpj offline

aku pergi dari pukul 10 lebih sampai kol 4 baru bagi tau offline
kalau tau baik pergi mahkamah jalan duta
..
..
...
doa untuk semua agar cerita merapu ni habis

kalau aku rasa tak larat .macam mana dengan DSAI


Tuesday, February 2, 2010

sapa nak sikit ambik la

pagi aku tertidur dalam bas. menghala ke kl. nasib baik aku perasan.aku tekan bas. berhampiran tesco. cll kawan jemput ke opis.
masalah semalam belum selesai. kfc benar benar membawa lemak tepu kedalam hidup aku. adek masih marah.aku nak bersumpah macam saiful pun dia tak akan percaya. demam aku pulak tak kebah- kebah. telefon berbunyi meminta di suap.
bulan ni mau aku menumpang sekali di kubur

1. adik lelaki aku kahwin buat beso beso pulak tu..
2 aku kena siapkan tempahan sate untuk 15 rumah untuk tahun baru cina
3.kely man ,mei9, cupcap dan ahhoi mintak maaf be banyak aku tak datang makan besar korang macam tahun tahun yang lalu
4. cuti ni jugak anak sedara aku nak bersunat

p/s * macam mana nak clone diri sendiri*

Monday, February 1, 2010

adek fida marah hari ni

1.2.1010
hari malang buat aku. "sapa makan kfc. sos besepah atas meja"?.tanya adek sambil kaki kirinya hinggap kat muka aku.aku jatuh terlentang.secara cepat dia menghampiri aku. tangannya menarik koler baju aku. di angkat aku kemudian di campak ke bilik sebelah.kerusi bertaburan
aku lihat Anuar (boos adik ) terketar-ketar mengutip botol botol air yang bersepah .anuar sumbat kedalam bakul sampah.
aku masih menahan sakit kena campak dan kena tendang tadi. hari ahad semalam .anak-anak anuar datang kot.
adek datang .aku tak sempat nak cabut. dia sauk dagu aku. aku terlentang . adek datang lagi aku kepahyahan mahu bangkit. aku merangkak paut kaki. aku menjerit .berjanji tidak akan makan sepah sepah lagi.


*yang sebenarnya*
masa adek marah tu.aku capai kotak kfc dan buang dalam tong sampah
aku masuk bilik anuar. Anuar cepat cepat kutip botol air.
buang dalam bakul sampah dia
semalam datang opis tengok email.
sapa punya kfc. aku keluar date. apa barang kfc.
aku agak anak anuar datang maklum la ahad
aku turun ke bawah masuk kereta .pergi sec 25 antar lcd
balik aku tengok opis dah kemas