apa barang

Apa barang

Saturday, February 27, 2010

perdagangan manusia di waktu pagi hening

sabtu 27.02.10

sedang makan di serai sec 3 shah alam..
"bang beli kismis bang" kata budak sekolah berpakaian baju melayu
aku ambik dua kotak kecil kismis dan ulurkan dua ringgit.budak sekolah tadi mengambil duit sambil memandang nasi lemak dan teh o halia aku

aku: dah makan ?
budak : belum bang ,yang sana pun belum( dia menujuk kepada kawannya yang seorang lagi )
aku: oder abang belanja . ( kot kot dia ada akak yg belum kahwin )
budak dan kawannya tadi duduk di meja aku dan meoder nasik lemak dan milo ais..

kami sedang makan .mamat meja hujung bangun ,menghampiri meja aku. dia datang dan bertanya kepada budak budak yang sedang makan
mamat tadi : sudah habis jual , yang kamu sedap sedap makan ni? ( macam marah )
budak-budak : belum ustaz , kami lapar
mamat: sudah tu berhenti makan dan jual .banyak org hari ni kamu tak nampakkah

aku: biar la budak -budak ni nak makan bang. dia orang lapar
mamat : awak jangan masuk campur.. budak budak ni degil .. memang nak kena ajar
aku : budak bang ,memang macam tu.dia orang kecil lagi mana boleh dipaksa berkerja
mamat: urusan saya jangan campur
aku: abang makan boleh , budak kena buat kerja pulak

mamat tadi panas hati .. tiba tiba dia hayaun penumbuk .aku elak. aku ambik sambal nasik lemak dan lekap kemukanya. lepas itu aku naik atas meja dan buat tendangan jet li ke atas mamat tadi. mamat tadi tumbang . aku ambik meja dan kerusi sumbat kedalam mulut mamat tadi, puas hati aku.


**** sebenarnya bila mamat tu bising bising aku aku cuma mintak mamat tu bagi masa untuk bebudak tu habiskan makanan . mamat tu tunggu bebudak tu habis makan dengan muka sebijik kepala lori . aku heran kenapa dia paksa budak budak buat kerja pagi pagi. sedangkan mamat ni sedap makan minum*******

25 comments:

therosputih said...

alangkah best kalu dialog di atas bukan dialog rekaan semata-mata

baru padan muka mamat tu, baru brutalsolo ni brader brutal yang solo
tp nnti habis runtuh nilai2 masyarakat kita, asyik nak angkat kerusi gaduh aje...tak boleh tak boleh...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

-ainrahimin-
yang lain semua terjadi .. tang mamat hayun penumbuk tu je aku bayangkan

zakir932 said...

alhamdulilah ingatkan benar realiti rupanya fantasi.
.
.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

-Zakir Lazarus -
aku takde kuasa nak gaduh dengan org macam tu

rin~eirie de' sEcond said...

aisyyy..sampai hati mamat 2 x bgi pluang budak2 tu utk abiskan makanan...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

-rin~eirie de' sEcond-
dia bagi cuma dia buat muka cm lori hantu

Anonymous said...

oh my herOo ...ehehe

dunia ...cm ni la wak ..hurm~

epalejau said...

kuuuuuss semangat.
ingatkan betul mamat tadi kenyang makan meja..
:)))

tapi mmg macam celaka kan mamat tu?
ni musti sindiket mende2 yg mempergunakan kanak2 ni..

mamai said...

kalau betul-betul mau pukul itu orang roger gua juga...

kalau rajindatang la geleri shah alam malam nie jam lapan malam

mamai said...

malam nie ada sedikit performance dari team paradoks aku mungkin baca sajak kot

alang said...

serai seksyen 3? kat mana eh. Aku duduk seksyen 7 ja. Mamat tu selalu ke ada kat situ, lagi cun klau boleh letak gambar dia. Nk jugak aku bertegur sapa ngn dia. ;)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

-alang -
dekat ngan mais sec 2..
kat ada port makan..
ada kedai buku mamak menumpang kat situ

senang cari je mcd sec2

Kay said...

salam,
kat area shah alam memang ade ramai bebudak berkeliaran jual macam2 kan.. sian mereka tuh.

thanks sudi singgah kat blog saya.

(^_^)

Dove said...

simpati dgn nasib budak2 mc tu, kecik2 dah kena kerja.

dan kesian juga dgn mamat tu kalau betul2 la kena sumbat dgn kerusi..hehehe

HoneyBUZZin said...

Aikkk...ingatkan kat KL penuh ngan masalah peminta sedekah jer..
Ada plak org dewasa pergunakan budak-budak utk cari duit...
Tak patut langsung...napa la brader tak bagi penyepak betul betul kat mamat tu...biar dia tahu brader brutal..Aikkkk...
(Mode - Tunjuk perasaan ON )

lel said...

aku dah agak la part tendangan jet li tu cuma khalayan
haha
tp bagus la kau belanja bebudak tu makan

sharamli said...

apa punya ustad la..

{~ar3-in~} said...

hehe..ingtkan betul2 td..tp bgus jgak kalu btul2..piar padan muke org tu..:)

mr.kordes said...

sian budak2 tu...hm..

||alis|| said...

salam.
pernah juga semasa di uitm segamat, 2 kanak2 OKU (tangan kudung) berjualan minyak akar kayu meja ke meja semasa saya sedang makan @mcD. terlalu sedih lihat anak2 itu. orderkan mereka apa yg patut, lepas dapat order dan beri pada mereka, saya terus berlalu, tak sampai hati nak melihat, takut termenangis depan anak2 tuh :(

semut sesat said...

ko ni...cerita tahyul jet li tu kenapa ko imagine panjat meja?pendek xsampai nk tendang then harus panjat meja?begitukah?

aemy said...

haha.., citer cam real..
hampir2 nak caya.. huhu..

semut sesat said...

aku pon xpendek cuma xtinggi..peace!

thoyol said...

haih..

sebab tue aku agak berat nak sedekah pada budak-budak yang menjual barang-barangan yang ada muka Ustaz tue.

aku tau yang duit tue takkan sampai pada mereka dan cara eksploitasi kanak-kanak yang mereka gunakan bagi aku sadis.

biarpun aku sedih tengok diorg tunggu luar bank tapi biarlah..

Nerzhul said...

fuh saspen jugek tadi, ingatkan fight betol tadi...kijam sungguh brader ustaz tu..