apa barang

Apa barang

Friday, March 26, 2010

Sembahyang jumaat di masjid bukan di stesen minyak

jumaat 26/3/10
sembahyang di masjid tun uda sec 16 shah alam

kawan aku , ajak jumpa sambil makan tengah hari.aku bagitau dia cuaca yang panas macam ni sesuai makan petang petang dia tersenyum kucing ( baca: cencaru makan petang )

aku: kenapa ?
kawan : saja nak ajak minum
aku: kita belasah cendol pak akop ni je lah ( baca : pak akop and gang dah lama jual cendol kat 16 ni)'

kawan : sekarang aku tengah kering gila, semua biz aku buat tak jadi ( baca: macam lelaki baru kena ludah ngan perempuan )

aku : aik selama ok je

kawan : tak lagi
aku : kenapa ?
kawan : banyak sekarang muka baru, dia orang lebih berani dan besar duit kopi nya

aku : oh... bukan duit kopi tapi rasuah

kawan : aaa... tu la aku jumpa ko ni nak pinjam duit nak cover bulan ni ...

aku : aku pun kering juga

kawan : aku tengok ko selalu sebok ,balik kampung .malam malam kat opis

aku : aku buat kerja ... mana nak datang duit kalo tak kerja

kawan: aku buat kerja juga .. kesana kemari tak masuk juga ( sambil memandang minah indon )

aku : tadi ko tak sembahyangkan ?

kawan : seluar aku kotor kena habuk , tu yang tunggu kat shell

aku : macam macam alasan ko , macam mana nak ada rezeki

kawan : aku dah kerja kuat . aku dah berdoa .aku dah buat macam macam.

aku : buat je kerja jangan persoal urusan Allah. berapa ko nak pinjam ( aku dah mula meluat ngan mamat ni )

kawan : rm 5000

aku : aku ada rm 600 ko mau, itu je yang aku ada

kawan : bolehla... ( muka berkerut seribu )

aku: jangan lupa sembahyang. jangan bagi rasuah buat kerja dengan betul .

kawan : ko jangan risau nanti aku bayar duit ko ni ( dah mula sombong )


***** berapa ramai manusia macam dia ni . selalu percaya rasuah lebih baik dari tawakal . selalu bersangka buruk dengan maha pencipta **

9 comments:

Hafiz Yusof said...

600@aku nk 100..heheheheh

mamai said...

jual minyak la tu

Anonymous said...

ngeh3x~



nape bunga kopi tak bunga teh atau bunga milo?













ngaahhahhahha

ain fathihah fhm said...

mybe ramai orang sekarang yang tak yakin rezeki tu apapun datang dr Allah

wanita mutalib said...

moga dia bersyukur walau apa pun yang jadi kan..

::cdot the dot:: said...

astaga...

Mr feckry said...

menang politik wang negara tergadai tuan-tuan

patungcendana said...

monet is the root of all evil....huhuhu

re:...tu gambar bayang2 pokok salam air atas concrete... :-)

FR said...

org skrg xyakin dgn Allah sbb gnjaran xturun dpn mata . mengada ngada .