apa barang

Apa barang

Friday, April 30, 2010

Koc Komuter khusus untuk wanita

brutalsolo : apa pandangan saudari tentang koc khas untuk wanita ... ? sini

nabila natasa arora errin romantika akustika : satu langkah yang bagus ,ini akan mengurangkan kes buang bayi...

brutalsolo : ???????







nota : koc warna merah jambu meleleh mat bangla

Tuesday, April 27, 2010

Muka buku sama ke dengan face book ?

selasa 27.4.10
sedang menikmati airlimau asam ais bersama adek fida .telefon buruk gua memecah kedamian yang ada..

gua angkat fone .. jam di scren fone menujukkan 10 .51pm.. jamal sangap menelefon..

jamal sangap : asalamualikum ... err boleh ,tak ko guna password streamyx ,aku

gua : kenapa pulak ?

jamal sangap : ko guna... supaya bini aku tak dapat guna muka buku ( baca : face book )..

gua : la kenapa ?

jamal sangap : kat rumah ni aku dengan anak -anak tak makan lagi ... sebab bini aku gila dengan
muka buku


nota : macam orang kaya telefon 40 penyamun ,suruh rompak dia sebab bini mintak macam 2

OhDania


jika aku sanggup menaruh garam pada luka lama
aku akan belari ke dengkil
biar haus kasut di kaki
aku akan telan waktu berlalu
ingin aku beritahu pada kamu
teratai di hujung kolam telah mekar


nota: jangan lupa bawa budu ... bila kelik kampung


Sunday, April 25, 2010

妇 女


伤口
痛 苦
错 过
失望的
沉 默


从一个女人的礼 物


nota ; Boring di Hulu Selangor aku ke tanjung malim makan pau

Saturday, April 24, 2010

hulu selangor takpe tapi jangan berfikir secara hulu

telefon nokia 6708 aku berbunyi... aku sedang melayan dvd a few good men...

aku pun mengambil pangilan dari felda sungai tengi

remy : haloo

aku : ye ye

remy : ko tak ke hulu selangor ke ?

aku : aku berangkat lepas magrib... nak paksa paklong aku pilih si mata lebam

remy : aku ni nak pilih yang mana ... bn ke pakatan rakyat

aku : eloklah ko pilih pakatan rakyat

remy : rasa macam tak tak patut..

aku: kenapa pulak ... kita orang muda ma .. pilih BN tak cool

remy : susah juga ... aku dapat projek dari BN ... kerja aku sekarang ni pun dari bn..

aku : ikut ko la... kalau aku pilih Pakatan Rakyat

remy : susah , aku kena pilih BN juga... sebab kerja aku bergantung kat dia orang...

aku : aku orang sekincan , dap pegang ... tapi rezeki Allah .S.W.T beri

remy : ok la... sampai rojer... aku


nota : ada ke rezeki dari BN... ceh ceh ceh..

* aku kesana lepas magrib, memastikan Pak long aku dari felda suharto undi si mata lebam*

* negara ini bukan warisan satu parti saja .. kita pilih bila ok kita buang bila macam hampeh

Thursday, April 22, 2010

brutalsolo yang gatal ...

sister_gem said...

"kalau solat tapi masih wat jahat maknanya solat tak sempurna..tingkatkan iman perbaikl amal."
= aku tujukan comment drpd Nerzhul kepada orang yang tlis blog ini...hehehe....
rajin solat tp gatal..ehm......kat sini


komen dari adek fida ... betul ke aku gatal.. ceh.

aku tanya kat ..

kelly man : biasa je... kamu sopan selama ni ( jaga air muka aku kot )

mei ( 9) : saya tak perasan ( selalu memang ni la jawapan amoi sekor ni]

cupcap : aik baru tau ke ( minah ni memang cakap lepas )

ana : bila keluar date, awak cuma pandang saya je ( sebab ko cantik )



nota : bukan gatal... aku cuma suka melihat kecantikan , orang cantik kena ada yang jaga.. kecantikan selalunya merumitkan... membuat aku selalu berfikir...

Wednesday, April 21, 2010

Tyres michelin vs my licin

lagu sex pistol berkumandang di udara...kopi jantan yang di bancuh tak ku jamah pun

ronaldo sekinchan : botak dah tayar kereta gua .... siap nampak benang

aku : esok ko ke johorkan ... pergi tukar la tayar tu..

ronaldo sekinchan : nak tukar empat -empat tu mahal ...

aku : mana lebih mahal ...bil hospital ke bil tukar tayar ?

ronaldo sekinchan : yela yela .... gua tukar ,sebelum ke johor... err ko ada duit ?

aku: ceh ceh... terkena lagi



nota : bila la negara yang tercinta ni nak ada akta perubatan macam kat negara obama

Monday, April 19, 2010

husband ke house burned

zailani bin kamdani ( kompom jawa ) kawan aku juga la ... sudah seminggu tutup handphone .pagi lagi datang ke opis aku

zailani : err ,kerja yang hari tu cam mana ?

aku : aku dah siapkan .. susah bagi kerja kat kekawan ni kan?

zailani : bukan cam tu .. aku kena uruskan hal bini aku..

aku : ko husband ke house burned ?

zailani : janganla cam tu....


nota:

* husband = yang lelaki carik rezeki dan ada kawalan terhadap rumah tangga
* house burned = yang selalu ikut cakap bini

( zailani kata , aku boleh cakap cam tu sebab belum bebini )

Friday, April 16, 2010

keputusan kabinet dapur ,Negara Pasir Dua Butir di sokong oleh mufti

Negara Pasir Dua Butir

para kabinet dapur ( ahli ahli Parlimen pasir Dua Butir ) telah bersetuju dalam beberapa pekara dan telah di sokong para agamawan yang jenis jaga perut .

1.majlis antara agama tukar kepada majlis antara bangsa
2. Rasuah kepada politik wang ( politik wang tidak haram cuma salah )
3. berpendapat memberi projek pada masa pilihanraya tidak salah
4. judi tidak haram asal mendapat kebenaran dari kera .. jaan
5. boleh berdoa di majlis yang membuka aurat ( untuk vip, artis dan pengikut )
6. mahkamah syriah bagi Negara Pasir dua butir hanya untuk pelancong
7. babi lebih haram dari rasuah dan riba
8. rasuah dan riba pekara tidak boleh dielak ( bagi pasir dua butir )


aku : boleh saya tanya pada tok mufti pasal hukum hakam di atas?

mufti Pasir Dua Butir : saya hanya jaga pasal hukum darah haid saja .. maaf la.




Nota :* pada tokoh -tokoh agama ,para pemimpin ,individu dan pertubuhan yang ikhlas
berjung untuk agama Allah dan Rasul_nya .. doa aku setiasa bersama

Wednesday, April 14, 2010

Asraf yang terluka

MUHAMMAD ASRAF @ ABANG NGAH( ( 5TAHUN 7 BULAN )

ASRAF BERMAIN PINTU KESELAMATAN DI SEBUAH KONDO ... TIBA TIBA TANGAN TERSEPIT DAN BERDARAH... OLEH KERANA EMAKNYA BUTA KERETA JADI MENUNGGU ADIKNYA DATANG MEMBANTU



ASRAF : MAK CEPAT SIKIT, SAKITNYA

EMAK : SABAR YA ABANG NGAH

ASRAF : MAK LAMBAT LAMBAT ... BIAR ABANG NGAH MATI ... NANTI MAK TAK DE ABANG NGAH..

EMAK : ASRAF TAK ELOK CAKAP CAM TU

ASRAF : BIAR ABANG NGAH MATI,NANTI MAK TAK DE DAH ABANG NGAH


Nota : kan uda dah cakap jangan nakal sangat..

SEKITAR PUKUL TIGA 14 HB.

sapa lebih berpengaruh ????

petang di shah alam

aku : sembahyang la adek, bukan lama pun.habis habis 5 minit

adek farida : ada orang sembahyang tapi masih buat jahat ..... ( sambil menghirup air lobak susu )

aku : ha .. sapa cakap ni adek?

adek farida : banyak tulis kat metro .ustazah terlampau ,ustaz ni la , bekas imam itu la...

aku : dia orang nak jual surat kabo , bukan betul..

adek farida : betul la , ada dalam tv sekali kekadang keluar

aku : huh ... ( air sirap aku tetiba tinggal ais je )

adek farida : dia orang begelar.imam la .ustazah la ,ustazla dan dia orang islam kan ?

aku : ya diaorang islam tapi tak beriman

adek farida : apa dia tu ?

aku : orang beriman sudah tentu islam.dan yang beriman tak kan buat dosa dengan sengaja.

adek farida : habis yang dalam metro tulis gitu gini tu apa ?

aku : mereka islam tapi tak cukup kuat imannya ( baca : guna istilah lembut kang pening adek ni)




nota : pada surat kabo ,tv ,radio dan apa juga media tolong jangan kaitkan setiap kesalahan dengan label dan glaran agama ... ia amat susah untuk mendidik orang islam ,jika salah faham berlaku.. jual boleh jual tapi jangan kita mengadai apa yang ada dan apa yang tiada

Saturday, April 10, 2010

aku seorang hamba

pada rindu yang berkait
cukupkah dua rakaat

pada rindu yang berkait
sejuk dini hari ke tulang belikat

pada rindu yang berkait
adakah dosa masih terpalit

pada rindu yang berkait
cukupkah aku cuma melihat

* YA ALLAH AMPUNKAN HAMBA-MU*




Friday, April 9, 2010

BIla buragas mendapat izin

musim buah dan cuti sekolah macam berjanji ..... tapi takde la buah manapun, sekinchan ada rambutan ,cempedak ,mata kucing ,padi dan buah kelapa berbuah sepanjang musim...

masa tu aku umur 9 tahun.............................................

jeng jeng

aku : wak boleh kami,mintak rambutan ? ( baca : segerombolan kekawan aku )

wak kain batik : ambik la , banyak di atas pokok

aku : kami ambik lepas balik mengaji wak!!! ( baca : selepas sembahyang magrib )

wak kain batik : ye ye

......................................................................................................................................

pagi esoknya...


wak kain batik : mak bidan ,cucu kamu dan kawan - kawan dia, ambik buah rambutan aku,sampai habis ke tiga -tiga pokok

nenek : takkan semua pokok habis , cucu aku mencuri ke?

wak kain batik : tidak mak bidan.budak budak tu dah minta izin ,cuma wak tak sangka sampai licin


.................................* rambutan -rambutan tu ,kami jual di market ( baca : tempat pasar ikan dan buah) .duitnya kami buat main game dan beli lastik...............

Wednesday, April 7, 2010

KORBAN CINTA ATAU TERKORBAN

7.4.2010
sebuah klinik bersalin swasta di kelang ( NAMA DI RAHSIAKAN SEBAB KALAU BAGI TAU TAK DE SIAPA PEDULI )

SEORANG PEREMPUAN, AKU KIRA SIKITAR AWAL 20.KELIHATAN MEMBAWA PERUT (SELAMA NI PUN MEMANG DI BAWAK )

AKU AKHIR 20 : BUAT MEDICAL CHECK UP KE ? ( AKU BERTANYA MEMBUNG KEBOSANAN MELANDA )

PEREMPUAN ITU : YEP

AKU AKHIR 20 : MANA SUAMINYA ,DATANG SORANG KE?

PEREMPUAN ITU : SAYA BELUM BERSUAMI ...

AKU AKHIR 20 : OOOOO, HABIS YANG ITU ?( MULUT KU TURUT MUNCUNG )

PEREMPUAN ITU : NI TANDA CINTA SAYA .SAYA BUKTIKAN YANG SAYA BERKORBAN UNTUKNYA.

AKU AKHIR 20 : HABIS MANA TEMAN LELAKI ADIK ( AKU CUBA BERLEMBUT )

PEREMPUAN ITU : DIA BELUM BERSEDIA SEBAB MASIH BELAJAR

AKU AKHIR 20 : HABIS MACAM MANA NANTI..... ?

PEREMPUAN ITU : ANAK SAYA NI, AKAN SAYA LAHIRKAN .. SEBAB ADA ORANG, SUAMI ISTRI AKAN AMBIL JADI ANAK ANGKAT ..

AKU AKHIR 20 : OOOOO , LEPAS BERSALIN .ADIK NAK KEMANA ?

PEREMPUAN ITU : SAMBUNG BELAJAR SEMULA , DENGAN DUIT YANG ORANG YANG AMBIL ANAK SAYA ,SUDAH CUKUP MENAMPUNG SEGALANYA.

AKU AKHIR 20 : ( KEHILANGAN KATA KATA . MUNGKIN KATA KATA TIDAK PERLU DI SINI )


................... * PEREMPUAN CANTIK DAN PANDAI TAPI TAK DE AKAL .................

.....................* klinic ni pun satu bayar payment aku cepat sikit .. boleh aku cabut* .......

yang aku dan engkau tak perasan





kita tahu,yang kita tidak tahu ( ia adalah ilmu )


*dato ismail kamus punya kata kata *










Tuesday, April 6, 2010

mencari yang halal

5.4.2010

abang man : orang kita ,makan je nak halal.sumbernya belum tau
aku : kenapa abang ?
abang man : duit datang dari mana , tak di kesahkan orang pun , makan mesti nampak halal .
aku : maksud abang ?
abang man : duit rasuah ,duit tipu, tikam ekor ,judi.tapi bila makan nak yang halal.. ( certa abang man . pada hari jumaat lepas ,pegawai atasan nya ,yang selalu pau kontraktor ajak dia makan di kopi tiam tapi bertanyakan , kopi tiam itu ada halal ke tidak
aku : ( tersenyum :

abang man : kenapa?
( masa aku,berumur lapan tahun abang man pernah mencuri ayam atuknya.abang man meminta aku pegang ayam ,semasa ingin di sembelih)


* apala ayam curi pun sembelih*
* abang man ni orng kampung aku pandai sebab belajar di belgum dia sekarang dah berumur 40 lebih, maaf abang man aku cuma mencoret kesah di sini
jangan marah .. maklum la aku kan macam anak pada abang man.

Friday, April 2, 2010

sapa nak bagi paham adik ni

mohd azid fahmi bin mokthar ( 9th)
mokthar (43) ( ayah azid fahmi )
pak ismail ( baca pak mail jiran setaman )


azid fahmi : abah 2 ,pak mail dah ada yahoo ke?

mokhtar : manalah abah tahu ( sambil memandang note book )

azid fahmi : betul abah ..azid, rasa dia dah ada yahoo

mokhtar : mana azid tau? (baca : sambil berpusing memandang azid )

azid fahmi : tu dekat notebook abah, ada tulis Yahoo! Mail , bukan yahoo pak mail ke.?


******** kesah benar di kedai mamak 24 tepi 7e ( baca : seksyen 24 shah alam pukul 5.15 petang 1.4.10 )


sorry mok aku selalu sebok jarang jumpa ko... apa la ko ni azid fahmi bikin pecah perut...