apa barang

Apa barang

Thursday, June 10, 2010

Nak percaya ke tak .... Belum Muktamad lagi ?

Kampung Baru kekal 100% bumiputera sini


Kampung Baru memiliki tanah bernilai tinggi dan berada di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR 9 Jun - Kerajaan memberi jaminan kawasan Kampung Baru akan kekal 100 peratus milik bumiputera manakala pembangunan hartanah berdasarkan nisbah 60:40 antara bumiputera dan bukan bumiputera di kawasan itu hanya cadangan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kerajaan tidak memaksa pemilik tanah Kampung Baru untuk menerima cadangan membangunkan hartanah berdasarkan kuota 60:40 bagi bumiputera dan bukan bumiputera.

"Kerajaan memahami kebimbangan penduduk Kampung Baru terhadap isu nisbah 60:40 ini dan kerajaan memberi jaminan bahawa kawasan berkenaan akan kekal 100 peratus milik bumiputera tetapi pembangunan komersial mungkin boleh dipertimbangkan untuk dibuka kepada bukan bumiputera.

"Sebarang pembangunan di Kampung Baru perlu mendapat persetujuan daripada pemilik dan cadangan bukannya muktamad," katanya.

Raja Nong Chik berkata, kerajaan juga tidak akan menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk meneruskan pembangunan Kampung Baru kelak.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi membincangkan mengenai pembangunan Kampung Baru di Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini hari ini.

Turut hadir pada perbincangan itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Bakaruddin Othman; Presiden Perdasama, Datuk Izat Emir; Presiden Perkasa; Datuk Ibrahim Ali dan Setiausaha Agung GPMS, Zambri Mohd. Isa.

Raja Nong Chik berkata, NGO yang terlibat dalam perbincangan itu bersetuju dengan rancangan pembangunan Kampung Baru dan mahu dibangunkan secara komprehensif tanpa menjejaskan pemilikan tanah milik bumiputera.

Raja Nong Chik berkata, beliau akan berjumpa dengan persatuan-persatuan yang mewakili pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru minggu depan untuk mendapat pandangan serta memberi penjelasan terperinci mengenai cadangan pembangunan Kampung Baru.

Selain itu, katanya, kementerian itu juga akan mengadakan kaji selidik menerusi satu sesi undian penduduk Kampung Baru yang mungkin berlangsung tahun depan.

Raja Nong Chik berkata, Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, yang akan bertanggungjawab untuk melaksana dan menyelia pelan pembangunan semula kawasan itu, perlu ditubuhkan dahulu dan ia dijangka diwujudkan tahun depan.

Mengenai cadangan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar iaitu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) boleh memainkan peranan membangunkan Kampung Baru bagi memastikan hak pemiliknya terpelihara, beliau berkata, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji dan Permodalan Hartanah Berhad telah dikenal pasti oleh kerajaan untuk melaksanakan tugas itu.

Kampung Baru mempunyai keluasan 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian tanah yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada Mac 2007 yang melibatkan keluasan 54.4 hektar di kawasan itu menetapkan kadar RM270 hingga RM300 per kaki persegi bagi tanah kediaman dan RM500 hingga RM600 per kaki persegi bagi tanah perdagangan. - BERNAMA

yang di pos semula sini

rasanya baru semalam kita ditelanjangi
dengan enak kata pintal telinga
kita di minta menjual tanah
oleh umarak yang dari mana

kenapa mata mereka meratah
setiap inci tanah ini
tanah ini dari leluhuru ku
biar pun ia sekangkang
ianya bukan milik kera

aku sudah bosan di perkosa
aku sudah bosan di perdaya
aku sudah bosan di rayu
tutup saja tv dan radio
bungkus saja akhbarmu itu




**************** kampung baru tadi aku makan di situ .. tikus melintas riang***********




nota : jika jual penduduk kampung baru jadi penyewa tegar
: rumat urut dan segala urut akan bercambah
: hotel di buat mamat kampung baru meleleh

8 comments:

Anonymous said...

kampung baru ... oh kampung baru

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

jual semua..kasi abis tanah melayu..

Frodo Baggins said...

mmmm ...
mmmm ...
tetiba lapa
hahahhahaha


>>___<<


xkan mlyu hilang didunia
tp biarlah mlayu yg xhilang tu
melayu yg bmaruah n kuat pgngannya
tanah melayu itu ...


hoh!! tetiba wa jadik emo. ciss

Anonymous said...

Aslmkm.
Maaf la, ni baru Kak G dpt berkunjung balas ... bahana laluk ler!
Orang politik ni hampir semuanya lidah mereka panjang & bercabang2, muka pula bertukar entah berapa wajah mengikut arah mana di halanya - e.g. pusing kanan nampak Melayu, bercakap pasal keagungan & keistimewaan Melayu; pusing kiri nampak Cina, dah bercakap pasal kehebatan si Cina pulak!
Jadi boleh dengar jer, 90% tak boleh dipercayai!

semut sesat said...

lama xmenulis nih brutal...brutal hangat taik ayam nih..

mamai said...

tak lama lagi kampaung baru jadi kampung sejarah

Bawang Goreng said...

Nape penduduk kampung baru tak mahu berpakat buat 'perkampungan angkat' or buat homestay or apa saja yg boleh mendatangkan hasil dari pelancong asing... ek??

Thanks for ziarah dear.

alang said...

Milik bumiputera? haha.

Aku ketawa riang. Ya, diatas kertas memang milik bumiputera, tetapi siapa pemilik sebenar di belakang bumiputera nie ?

Lihatlah Pekan Mleayu di KL. Bumiputera atau manisnya boleh kita panggil, pengemis2, penagih2 dan juga bapak2 ayam semuanya diketuai dan didalangi oleh bangsa yg satu lagi tu. :)