apa barang

Apa barang

Thursday, June 30, 2011

BETUL KATA KATA SI gadisBUNGA... BANYAK TV KAT RUMAH












nota :
pasal post gua yang lepas .. bukan  tak bagi nak beli tv.. banyakkan tv

sila singgah ke blog gadisBUNGA ... sila tekan
kata bro gedek ..gadis Bunga ni cunn.. tak caya tengok komen no 4 tu



Wednesday, June 29, 2011

misteri sebuah kedai leterik uncel soh sec 24 paling murah tak percaya tanya ISA

balik dari opis sampai rumah..gua terkejut beruk dan mengelabah biawak apa taknya seketul lcd led full hd elok terletak di penjuru rumah yang gua pinjam .

"datang dari mana benda ni ?' tanya gua kepada bini yang ada ciri awek awek

" ambik dari kedai letrek soh kat 24 " kata mei9 selamba badak

" mula mula kita orang pergi sec18 kedai anak dia ,macam tak dapat hutang tu yang pergi sec 24 " kata Cupcap ,ada ciri defensafe untuk mei9,apa ingat gua tak berani marah ke kalau dua dua pegi beli lcd ni..

" senangnya berhutang " gua menahan amarah peringkat 12

"makcik ,isteri pakcik soh tu cakap dia kenal,awak..besok awak jumpa pakcik soh ya ? " mei9 bercakap sambil membuat muka ala ala  gong Li

"ya la " kata gua  sambil keluar dari rumah nak pergi kedai uncel soh sekarang jugak



Nota:

 Gua kena cakap dengan uncel soh,kalau ada makhluk asing dua orang mintak hutang barang jangan bagi dah
 
ni blog isa...sini sini tah apa kena mengena soh dan isa gua pun tak tau

Tuesday, June 28, 2011

seorang uncel senyum soya

sejak sudah berbini -bini ni ..gua rasa malu lah nak mengorat..nak kata hai kat awek publik bank yang senyum pagi pagi pukul 9.30am tu pun gua fikir dua tiga jam...

mungkin ada benarnya kata, cik senyum soya gua dah menuju peringkat  matang.. tapi kan

men never grow up


nota:
adakah post ini dalam mode mengorat ????

Saturday, June 25, 2011

TERMENGORAT

Gua dengan Mei9 Sampai rumah semalam dalam 8 lebih lebih tak kurang langsung.Gua tolong keluarkan apa yang patut dan bawak masuk dalam rumah,dan lepastu gua cakap pada Mei9 gua mau lepak minum Di sec 24 Shah Alam, Bukan ,Gua tak mau minum dirumah tapi gua taulah bini -bini gua buat air macam mana. Gua cabut pergi kedai mamak ,Mei9 tinggal rumah


Sampai kedai mamak sec24..gua oder air,teh "O" halia gua ulangi Teh O halia.Melayan diri sambil tengok skil budak budak lubnan skuad olimpik , bagus skil budak lubnan ni skuad baru 2 bulan di bentuk.. kita nak harapkan apa ya tak..tapi gua rasa budak lubnan ni dah sekolahkan jugak budak skuad olimpik malayia yang macam star star tu..

Sedang gua melayan bola dan minum ,gua terpandang satu  makwe yang ada ciri awek awek..lalu dan melintas depan meja gua minum..sambil tu sempat sedekahkan senyman yang buleh bikin gua punya gula dalam darah bertambah.. dari segi gaya ,rupa memang "teste" gua..

Gua mau tekan ayat, mau berkenalan dengan awek tadi..awek tadi masuk di kedai runcit sebelah tempat gua minum.bila gua mau meneruskan hasrat murni gua untuk berkenalan dengan awk tadi ,gua teringgat permintaan bini bini gua kalau mau date cuma buleh dengan suriana atau Nina KEly Man saja..bila fikirkan permintaan bini bini gua rasa nak berkenalan dengan awek tadi berkurangan la sikit.. tapi  gua tetapi setelah memikirkan buruk dan baik gua ikut kat hati.. ya gua mesti berkenalan dengan konsonan tersebut..

cepat cepat gua masuk ke kedai runcit tersebut setelah membayar air yang gua minum..Gua melangkah masuk kekedai gua tengok dari satu lorong ke satu lorang.. gua tengok awek tersebut memenuhkan barang  di kedua belah tangannya..gua ambik keputusan tunggu di kunter pembayaran buleh gua layan bola yang terpasang di depan kuanter pembayaran..

Awek tadi selesai  memilih  dan telah berada di kuanter pembayaran untuk membayar barang yang di beli.. gua samabr cokelat coki -coki dua pack.. lepastu selamba je,gua suruh tokeh kedai tadi kira sekali dengan barang barang yang awek tadi letak..Ya la nak berkenalan mesti ada kos dan gentelmankan..

" err tak apa , saya ada duti ni" kata awek tersebut mengeluarkan duit dari beg tangan

"tak apa kira semuakan senang " kata gua sambil mengeluarkan kad maybank visa dan melemparkan senyman yang gua rasa paling manis sejak begelar laki orang

" okeylah " kata awek tersebut melmparkan senyuman semanis madu dan kurma kepada gua ..gua lega urusan mengorat nampaknya berjalan lancar..

" nak balik sekali ke?" kata awek tadi ,mempelawa gua ..

" buleh " kata gua tanpa sempat menggunakan otak sama ada sebelah kiri atau kanan

gua dan awek tadi beriringan masuk kereta

**********
**********
**********
"Alamak , kereta tertinggal kat sec24..depan kedai mamak sebelah kedai runcit.." kata gua kepada cupcap dan Mei9

" tak..apa esok ajelah ambik.." kata Cupcap kepada gua



NOta :
macam mana gua buleh termengorat bini sendiri si Cupcap.. dah la kereta tertinggal..duit dalam bank pun sudah kurang..lain la Cupcap baru aje dapat gaji..cih cih.. nasib baik si cupcap tak perasaan kalau tak mati gua kena gelak dengan cupcap dan Mei9..ya tuhan masih memelihara hambanya ....

Thursday, June 23, 2011

10 pekara yang mesti dihindari oleh perempuan yang sudah berumah tangga

1 kerja yang tidak mendatangkan manafaat

2 kerja yang tidak mendatangkan manafaat 

3 kerja yang tidak mendatangkan manafaat 

kerja yang tidak mendatangkan manafaat 

5 kerja yang tidak mendatangkan manafaat 

kerja yang tidak mendatangkan manafaat 

 7  kerja yang tidak mendatangkan manafaat 

kerja yang tidak mendatangkan manafaat 

9   kerja yang tidak mendatangkan manafaat 

10   kerja yang tidak mendatangkan manafaat



 Nota

Gua buleh senaraikan 100 tapi kesian ..bukan marah nasihat

Wednesday, June 22, 2011

Nurni yusoff perhatian kepada siapa yang belum ada makwe bercirikan awek -awek

Nurni yusoff  buleh di masukkan dalam golongan budak bijak pandai

Masih solo,anak penjawat awam di hospital kota bahru ( itu pun kalau korang berani )

Dulu Nurni seorang yang menarik sebelum beliau mengubat kelukaan dengan memakan meggi dan buger purnama yang dijual oleh mamat buger

Buleh berbahasa dalam tiga bahasa dan akan melanjutkan pelajaran ke paris


sila ke blog nurni disini


Nota
Nota sorry makcik Nurni kita kering idea

Tuesday, June 21, 2011

No mistakes in the tango,not like life.




 So, Donna,

ah..
.
do you tango ?

No. I wanted|to learn once, but -
-
But ?

But Michael|didn't want to.

Michael, the one|you're waiting for.

Michael thinks,the tango's hysterical.

Well, I think|Michael's hysterical.

Don't pay any attention to him.,Did I already say that ?

(Dona gelak gelak )

What a beautiful laugh.

Thank you, Frank.

Would you like to learn|to tango, Donna ?

Right now ?I'm offering you my services...free of charge.

What do you say ?Ah...

I think I'd be|a little afraid.

Of what ?

Afraid of making|a mistake.

No mistakes in the tango,not like life.

t's simple. That's what makes|the tango so great.

If you make a mistake,|get all tangled up, just tango on.

Why don't you try ?

Will you try it ?

All right.|I'll give it a try.



NOTA:
Yang paling susah nak try  (W 1)

Monday, June 20, 2011

Asan Sebagai Seorang Ayah







"Asan maukah kau berjanji,satu pekara pada ku..?" kata ani yg duduk disofa

" Apa saja..Ani..katakan lah"


"kau bukan tak tau,kadang kadang seorang ibu akan mati ketika melahirkan anak.."

 "ANI" jerit asan

"Asan..biar aku habiskan dulu...,Berjanjilah pada ku..kalau sekiranya aku mati ,kau tidak membawa orang lain,untuk berada antara kau dan anak kita..?"

Aku berjanji .Ani..aku berjanji Ani"

"Dan kau  selalu akan  memberi ,kasih sayang aku dan engkau padanya.."

Ani..mengapa, mengapa fikir yang bukan bukan ..semasa kita dalam keadaan gumbira begini..?

Entahla..Aku tahu ,aku Tak harus berfikir begitu ..Tetapi hati ku sedih memikirkan,kalau kalau ada orang lain yang  akan merosakkan anak kita.."

"Ani..Ani tidak ada sesiapa pun ,yang akan merosakkan anak kita selagi aku masi hidup.Aku berjanji ani..aku berjanji ani"

Ani ..aku akan memberi nama Sazali kepada anak kita.."

"Sazali.."

"Ya..  Aku juga telah menciptakan sebuah lagu untuknya"

"Gila lah kau ni.."

"Kau.dengar ya...Kau dengar ya...Anaku sazali...la la la la la , la la la l"

*********************
*********************
********************

" Alamak asan hujan pulak diluar tu... "

"Sejuk ni  Ani... yok masuk tidur "

"Guna Scent old School, La Asan.. ,cakap saja Ani reday bila bila masa"

Saturday, June 18, 2011

Menasihati Pandi dalam bab mengorat dan bercinta

" baik ko kawin cepat pandi " kata gua ,sambil balun teh"o" halia ..sudah tukar air sekarang

" duit aku tak de,kan .aku baru kerja " kata pandi alsann yang biasa biasa

" kahwin lambat ni..karang ada yang menangis malam pertama "  gua bercakap sambil memerhati budak perempuan yang makan di meja hujung

" mesti pengantin perempuan menangis ,sebab yang lelaki tak sabar kan ? " tanya pizon  tiba tiba stop pelahap megi goreng ..bab cerita ada scene maria ozawa atau myabi ni memang pizon minat sungguh

" kenapa ya.. kenapa menangis? " soal pandi ada nada nada jantan gersang

" kalau kita mengenap ,pengantin malam pertama ni ,yang menangis bukan pengantin perempun sebalik pengantin lelaki.." kata gua kepada kedua kepada mamat mamat gersang di depan gua..sambil gua teguk lagi teh  "o" halia.

"kenapa yang lelaki pulak menangis ?" pizon bertanya sambil melahap bagi meggi

"pengantin lelaki tu akan cakap macam ni ...menyesal den, kalau den tau macam ni punya sodap,tadika lagi ..den menikah .." kata gua cuba melawak..tapi mamat dua ekor tak gelak ..terasa la tu

****
****
"aku ,tengok si Marilah tu ..cantik gak..ko pun aku tengok ada minat kat dia " kata pizon sambil pau rokok pandi

" tak berani ,aku nak mengurat la...Marilah tu ,macam garang garang je" pandi bercakap sambil menghembus asap makanan para jin

"ko ajak ,Marilah tu keluar makan makan , Marilah ni dalam bab makan mee bandung tak menolak punya " gua bagi cadangan

"keluar dan belanja makan tu ..aku tak hal punya..tapi aku nak cakap apa pada si  Marilah tu " kata Pandi dengan gaya muka macam gampang


" Gua bagi ko,dua tiga ayat power ,tapi ko bayar semua air dan makan ni " kata gua mengambil kesempatan dalam kesulitan..

"takde hal, takde hal" kata pandi .sanggup

"masa sedang makan ko cakap macam ni... Mungkin takada Lelaki yang perasan ,yang awak ni ujud

atau pun lepas habis makan makan ko  pegang tangan dia sambi melutut...awak sudi tak Tua bersama dengan saya " kata gua lagi ..sambil nak tambah oder orang bayar beb

Friday, June 17, 2011

Negara orang putih putih dan negro negro

Masa gua berhabitat dan bertabiat di negara orang  dulu..kalau nak cari makanan halal ,gua akan ke ruangan dan rak makanan yang bertanda halal dan bercop halal

sebab mereka membuat kelas dan cop halal di ruangan khas ,untuk memudahkan orang muslim membeli barang.Hanya barang yang halal di tandakan

barangan non halal tidak perlu ditandakan..sebab mereka bukan negara orang muslim..


Nota :
gua  ingat dalam bab bersih dan halal ni ,kita kekurangan respect

Thursday, June 16, 2011

Makan Luar

" hisk... macam lapar je...kenapa ni ? tanya suriana sedik

" Cupcap dan Mei9 ,tak sempat masak " kata Gua tak berselindung langsung

" Tak elok cakap macam tu, kan Orang rumah tu"  Suriana sedik ,macam biasa cakap nasihat -nasihat

Tuesday, June 14, 2011

Demonstrasi





Pada suatu ketika ada seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah tentang perangai buruk jiran tetangganya ( sehingga menyusahkan ketenteraman hidupnya sebagai jiran) .
 
Baginda berkata kepadanya; Keluarkan barangan rumah tangga saudara di luar rumah. Diapun mengeluarkan barangan rumahnya di luar rumah. Ini menyebabkan setiap orang yang lalu lalang di situ bertanya .Lalu dia menerangkan sebab musabbabnya.
Maka orang yang lalu lang di situpun ikut mengutuk perbuatan jahat jiran tersebut. Orang berkenaan tidak tahan lalu pergi menemui Rasulullah . Rasulullah bertanya apa masaalah saudara. Dia menceritakan kepada baginda bahawa orang ramai mengutuknya .
Baginda menjawab . Allah mengutuk saudara lebih awal daripada orang ramai mengutuk anda. Orang itu menjawab . Kalau begitu aku taubat dan tidak akan mengganggu ketenteraman jiranku. Ia pulang menemui jiranya dengan berkata. Angkatlah barangan masuk ke rumah saudara semula saya berjanji tidak akan menganggu suadara lagi ( sebagai jiran)..

Al Bazzar ada meriawayatkan Hadith seperti ini dengan status sanad nya sebagai ”Hasan”, tapi dengan teks berikut:
ضع متاعك على الطريق أو على ظهر الطريق فوضعه،‏ فكان كل من مر به قال ما شأنك؟ قال جاري يؤذيني فيدعو عليه فجاء جاره فقال ‏:‏ (رد متاعك فلا أؤذيك أبدا)‏ ‏.‏

NOTA: 
jum kita turun ramai ramai

Monday, June 13, 2011

Kencing

Ni cerita pasal gua mau kencing
Gua bayar 50sen
Gua keluar balik dari jamban bayar tadi...
Gua tarik   "Mangkuk " jaga jamban
Gua kasi tumit dan siku pada " mangkuk " jaga jamban
Gua pijak kepala " mangkuk " jaga jamban tadi dalam mangkuk jamban
Bila ,Gua tengok "mangkuk " jaga jamban tadi tak mampu melawan
Gua keluar ambik balik 50 sen, Gua..
Dalam Hati  Gua berkata kata " jamban bayar pun kotor "





Nota : lu orang ,tak rasa kena kencing ke ?

Sunday, June 12, 2011

Nasi Dagang lauk Kijang

Buat orang Terangganu ,sesekali nasi dagang berlauk kijang sedap juga

Wednesday, June 8, 2011

Gua sedang bengkek dengan KulupSakah,uncel Gedek, Cik Li dan mereka-mereka yang satu kawasan dengannya

Apa pasal kulup sakah, uncel gedek ,cik li dan mereka mereka yang satu kawasan tu tak bagi tau yang kahwin tu syok..

kalau gua tau macam ni punya syok lepas bersunat masa umur 8tahun tu,.,..gua mesti mengamuk mintak dicarik kan bini






Nota:
gua nikah saja tak ada majlis kenduri -kenduri ada banyak hal..kalau ada majlis nanti gua jemput lu orang semua

Monday, June 6, 2011

AKAD NIKAH

Baru sat sat ni nikah...

8.15Pm dengan Cupcap

8.25Pm. dengan .Mei9

tunjuk lagak punya saksi ada suruh gua ulang dua kali ...  2 kali 2 jawabnya sah la

tapi bukan pasal nikah..,pasal sempat lagi gua capai ,handpone nokia c6303 ni.. buat blog..keh keh keh.

Friday, June 3, 2011

KESABARAN SEORANG GUA TERCABAR DI PETANG KIRMIZI

gua sedang menikmati makan petang petang di sebuah kedai makan kawasan kampung di negeri yang di perentah oleh yang kalah pilihan raya.. bila gua tulis menikmati, maknanya gua  sedang betul betul  makanlah..mau cerita apa lagi. Makan- makan gua itu ditemani oleh cupcap dan mei9

Jarak dua tiga meja dari meja tempat gua bertiga makan , ada segerombolan  budak muda jika dibandingkan dengan umur Uncel gedek ..maka mereka muda.Jika dibandingkan dengan budak baru lepas bersunat, tua lah mereka

gerombolan budak muda..adalah artis kerana mereka sering muncul di skrin tv anda dan skrin lcd pc anda dan di majalah mangga ,pelam, urtv,dan juga berita yang di utuskan , alam kosmos  di metro metro kepada kita hari hari semoga bersinar. 

itu pun jika anda mempunyai tabiat dan habitat membaca hiburan..jika hiburan anda adalah  buku buku,seperti  mujarabat , tajul muluk,mutiara yang hilang atau kamasutera maka anda tidak berjumpa dengan kesah gerombolan budak muda tadi..

Gerombolan  budak muda tadi  bernyanyi sambil memetik gitar dan mengetuk meja makan  suara penyanyi utama tidak lah sedap mana, begitu juga dengan penyanyi latar ..jika hendak di bandingkan dengan makcik Atikah dari kumpulan nasid Al_suraya, yang gilamor dulu dulu..

gerombolan pemuda tadi , datang ke meja makan kami sambil bernyanyi ..mula mula gua senyum tapi bila merasakan kedua orang perempuan kesayangan gua rasa macam rimas dan terganggu .Gua minta mereka kembali kemeja makan ..tapi  mereka buat tak port saja ..

oleh kerana mereka buat tak port.. gua pun ambil sikap macam orang agama -agama iaitu bersabar.. sabar ..sabar.. tapi tahap kesabaran pun ada batasnya ..seperti batas ubi kayu atau keledek.. jadi oleh kerana sabar itu ada batasnya jadi perasaan gua ingin berjuang di perbatasan mula muncul .. jadi gua sound ,gerobolan budak muda tadi...


" buleh tak lu orang bernyanyi di meja makan lu orang ..jangan buat petang gua yang berwarna kirmizi terganggu ,oleh suara lu orang yang sumbang .. " gua bangun dari tempat duduk gua

" semua orang, kenal grup kami, kalau kami nak menyanyi di sini atau di mana .. engkau peduli apa " kata pemain gitar kapok dari kumpulan budak muda tadi


" Lu orang, ingat gua sound lu orang ni ..setakat gertak kosong saja ke..? kalau lu orang ingat gua tak fikir apa gua akan buat kat lu orang lepas ni.. lu orang silap besar hari ni.. "kata gua kedepan sambil merapatkan diri dengan budak gitar ..

" maaf  brader..maaf brader" 2 dari 4 budak muda tadi bercakap seperti manusia dan pergi kemeja mereka semula...

******
******
*******

" Horlik Ais siap .. horlik ais siap" budak oder bawak air kehulu kehilir...


" Abang oder  horlik ais tadi bukan " soal budak oder kepada gua

" masa bila pulak aku oder Horlik Ais ni bro? " gua membuat penafian sambil bertanya ..baru sekejap tadi gua sudah buat lagak al pacino..tak mampus kalau di ketahui ,yang gua mau pekena horlik ais dipetang kirmizi  ini

Thursday, June 2, 2011

Grace Lee selamat hari lahir


                                     gambar dari fb grace lee... di ambil begitu saja

mungkin sudah terlepas untuk gua ucapkan selamat hari lahir..tapi gua tetap nak ucapkan jugak

Wednesday, June 1, 2011

niat

 Gua turun Perlis.,Singgah pekan Arau . terjah satu kedai makan makan ada minum. Niat di hati mau pekena meggi. Bila gua panggil mau oder meggi seorang  makwe cantik ada ciri awek- awek datang ambik oder. gua batal niat mau makan meggi. malu kalau awek tu tanya dari mana , takkan datang jauh mau pekena meggi. nanti dia syak orang selangor tak tau masak meggi.