apa barang

Apa barang

Showing posts with label Mei9 dan Cupcap. Show all posts
Showing posts with label Mei9 dan Cupcap. Show all posts

Saturday, June 25, 2011

TERMENGORAT

Gua dengan Mei9 Sampai rumah semalam dalam 8 lebih lebih tak kurang langsung.Gua tolong keluarkan apa yang patut dan bawak masuk dalam rumah,dan lepastu gua cakap pada Mei9 gua mau lepak minum Di sec 24 Shah Alam, Bukan ,Gua tak mau minum dirumah tapi gua taulah bini -bini gua buat air macam mana. Gua cabut pergi kedai mamak ,Mei9 tinggal rumah


Sampai kedai mamak sec24..gua oder air,teh "O" halia gua ulangi Teh O halia.Melayan diri sambil tengok skil budak budak lubnan skuad olimpik , bagus skil budak lubnan ni skuad baru 2 bulan di bentuk.. kita nak harapkan apa ya tak..tapi gua rasa budak lubnan ni dah sekolahkan jugak budak skuad olimpik malayia yang macam star star tu..

Sedang gua melayan bola dan minum ,gua terpandang satu  makwe yang ada ciri awek awek..lalu dan melintas depan meja gua minum..sambil tu sempat sedekahkan senyman yang buleh bikin gua punya gula dalam darah bertambah.. dari segi gaya ,rupa memang "teste" gua..

Gua mau tekan ayat, mau berkenalan dengan awek tadi..awek tadi masuk di kedai runcit sebelah tempat gua minum.bila gua mau meneruskan hasrat murni gua untuk berkenalan dengan awk tadi ,gua teringgat permintaan bini bini gua kalau mau date cuma buleh dengan suriana atau Nina KEly Man saja..bila fikirkan permintaan bini bini gua rasa nak berkenalan dengan awek tadi berkurangan la sikit.. tapi  gua tetapi setelah memikirkan buruk dan baik gua ikut kat hati.. ya gua mesti berkenalan dengan konsonan tersebut..

cepat cepat gua masuk ke kedai runcit tersebut setelah membayar air yang gua minum..Gua melangkah masuk kekedai gua tengok dari satu lorong ke satu lorang.. gua tengok awek tersebut memenuhkan barang  di kedua belah tangannya..gua ambik keputusan tunggu di kunter pembayaran buleh gua layan bola yang terpasang di depan kuanter pembayaran..

Awek tadi selesai  memilih  dan telah berada di kuanter pembayaran untuk membayar barang yang di beli.. gua samabr cokelat coki -coki dua pack.. lepastu selamba je,gua suruh tokeh kedai tadi kira sekali dengan barang barang yang awek tadi letak..Ya la nak berkenalan mesti ada kos dan gentelmankan..

" err tak apa , saya ada duti ni" kata awek tersebut mengeluarkan duit dari beg tangan

"tak apa kira semuakan senang " kata gua sambil mengeluarkan kad maybank visa dan melemparkan senyman yang gua rasa paling manis sejak begelar laki orang

" okeylah " kata awek tersebut melmparkan senyuman semanis madu dan kurma kepada gua ..gua lega urusan mengorat nampaknya berjalan lancar..

" nak balik sekali ke?" kata awek tadi ,mempelawa gua ..

" buleh " kata gua tanpa sempat menggunakan otak sama ada sebelah kiri atau kanan

gua dan awek tadi beriringan masuk kereta

**********
**********
**********
"Alamak , kereta tertinggal kat sec24..depan kedai mamak sebelah kedai runcit.." kata gua kepada cupcap dan Mei9

" tak..apa esok ajelah ambik.." kata Cupcap kepada gua



NOta :
macam mana gua buleh termengorat bini sendiri si Cupcap.. dah la kereta tertinggal..duit dalam bank pun sudah kurang..lain la Cupcap baru aje dapat gaji..cih cih.. nasib baik si cupcap tak perasaan kalau tak mati gua kena gelak dengan cupcap dan Mei9..ya tuhan masih memelihara hambanya ....

Monday, June 6, 2011

AKAD NIKAH

Baru sat sat ni nikah...

8.15Pm dengan Cupcap

8.25Pm. dengan .Mei9

tunjuk lagak punya saksi ada suruh gua ulang dua kali ...  2 kali 2 jawabnya sah la

tapi bukan pasal nikah..,pasal sempat lagi gua capai ,handpone nokia c6303 ni.. buat blog..keh keh keh.

Friday, June 3, 2011

KESABARAN SEORANG GUA TERCABAR DI PETANG KIRMIZI

gua sedang menikmati makan petang petang di sebuah kedai makan kawasan kampung di negeri yang di perentah oleh yang kalah pilihan raya.. bila gua tulis menikmati, maknanya gua  sedang betul betul  makanlah..mau cerita apa lagi. Makan- makan gua itu ditemani oleh cupcap dan mei9

Jarak dua tiga meja dari meja tempat gua bertiga makan , ada segerombolan  budak muda jika dibandingkan dengan umur Uncel gedek ..maka mereka muda.Jika dibandingkan dengan budak baru lepas bersunat, tua lah mereka

gerombolan budak muda..adalah artis kerana mereka sering muncul di skrin tv anda dan skrin lcd pc anda dan di majalah mangga ,pelam, urtv,dan juga berita yang di utuskan , alam kosmos  di metro metro kepada kita hari hari semoga bersinar. 

itu pun jika anda mempunyai tabiat dan habitat membaca hiburan..jika hiburan anda adalah  buku buku,seperti  mujarabat , tajul muluk,mutiara yang hilang atau kamasutera maka anda tidak berjumpa dengan kesah gerombolan budak muda tadi..

Gerombolan  budak muda tadi  bernyanyi sambil memetik gitar dan mengetuk meja makan  suara penyanyi utama tidak lah sedap mana, begitu juga dengan penyanyi latar ..jika hendak di bandingkan dengan makcik Atikah dari kumpulan nasid Al_suraya, yang gilamor dulu dulu..

gerombolan pemuda tadi , datang ke meja makan kami sambil bernyanyi ..mula mula gua senyum tapi bila merasakan kedua orang perempuan kesayangan gua rasa macam rimas dan terganggu .Gua minta mereka kembali kemeja makan ..tapi  mereka buat tak port saja ..

oleh kerana mereka buat tak port.. gua pun ambil sikap macam orang agama -agama iaitu bersabar.. sabar ..sabar.. tapi tahap kesabaran pun ada batasnya ..seperti batas ubi kayu atau keledek.. jadi oleh kerana sabar itu ada batasnya jadi perasaan gua ingin berjuang di perbatasan mula muncul .. jadi gua sound ,gerobolan budak muda tadi...


" buleh tak lu orang bernyanyi di meja makan lu orang ..jangan buat petang gua yang berwarna kirmizi terganggu ,oleh suara lu orang yang sumbang .. " gua bangun dari tempat duduk gua

" semua orang, kenal grup kami, kalau kami nak menyanyi di sini atau di mana .. engkau peduli apa " kata pemain gitar kapok dari kumpulan budak muda tadi


" Lu orang, ingat gua sound lu orang ni ..setakat gertak kosong saja ke..? kalau lu orang ingat gua tak fikir apa gua akan buat kat lu orang lepas ni.. lu orang silap besar hari ni.. "kata gua kedepan sambil merapatkan diri dengan budak gitar ..

" maaf  brader..maaf brader" 2 dari 4 budak muda tadi bercakap seperti manusia dan pergi kemeja mereka semula...

******
******
*******

" Horlik Ais siap .. horlik ais siap" budak oder bawak air kehulu kehilir...


" Abang oder  horlik ais tadi bukan " soal budak oder kepada gua

" masa bila pulak aku oder Horlik Ais ni bro? " gua membuat penafian sambil bertanya ..baru sekejap tadi gua sudah buat lagak al pacino..tak mampus kalau di ketahui ,yang gua mau pekena horlik ais dipetang kirmizi  ini

Thursday, April 7, 2011

Bab yang mak gua tak berkenan

" Apa nama kamu,susah nak betul nak disebut ? sudah ke maknya bersetuju? " soal  mak gua kepada cupcap

" Cupcap namanya makcik.semalam sudah cakap dalam telefon..mak setuju,tapi Jumaat ini saya balik perlis cakap dengan mak sekali lagi"  kata Cupcap sopan sopan

"Yang kamu Mei...setuju ,mak kamu kali ini ..kenapa ?"mak gua beraleh pada Mei pulak

" mei janji dengan emak, kalau apa apa jadi tak salah kan dia.. dan janji akan balik jumpa dia tiap tiap bulan ". kata mei kepada mak gua..

" bila nak langsung nikah kahwinnya, macik ingat cuti sekolah akhir bulan lima dan awal bulan enam elok " cadang mak gua

" Helmy kata ,nak nikah ,masa  3 hari raya puasa tahun ini ,makcik " Cupcap bercakap dan mei mengganguk

" Helmy apa yang lambat lambat sangat...? " mak gua bagi soalan cepu mas kat gua ...terbantut gua nak cicah jemput jemput dengan sambal belacan

Mak gua ,mei9 dan Cupcap pandang tepat kat gua..

******
*****
"saya tak puas bujang mak " kata gua sambung balik bersilat dengan jemput jemput

Nota :
***apa apa hal kena jumpa suriana dengan Nina kelly Man dulu

Pada cik Nurni yusoff awak datang kalau saya buat majlis.. kalau nikah saja nanti saya bawak diaorang semua jumpa cik nurni yek...

Wednesday, April 6, 2011

Brutalsolo sudah nak kahwin????

Gua sedang sarapan sama Cupcap di persent 11 Putra Jaya

" awak angkatlah telefon tu"Cupcap tunjuk guna muncung

" tak perasan Silent, gegar tak kuat pulak meja kayu ni "  kata gua sambil angkat telefon

" mei9 " kata gua pada Cupcap dan dengan kelicahan tinggi gua tekan punat hijau

" asalamualikum ,hello, awak sudah sarapan ? " suara di hujung bertanya bertalu memeng itu cara mei9

" walikumusalam.. Sedang sarapan dengan Cupcap .." jawap gua biasa biasa

" mei nak tanya ni... buleh tak kita orang islam antar mak kita  sembahyang ..awak tau kan hari ini hari sembahyang kaum cina..." suara mei9 jelas di hujung telefon

" yang buat upacar sembahyang kan emaknya .. Mei kan cuma menghantar....sudah jadi tangungjawap mei menghantar mak , sebab yang lain takde kat rumah..anak tetap anak mei ,walaupun berlainan agama .Islam tidak pernah memutuskan hubungan ibu dan anak" gua jawap seketu seketul supaya mei9 faham

"syukur mujurlah  tak menjadi  salah... awak ada berita gembira ..nak tau " kata mei9 lagi.

" apa yang gembiranya ..?" kata gua sambil mengambil tisu yang di hulurkan Cupcap

"emak Mei benarkan kita kahwin tau ...awak balik ajak Cupcap sekali " kata mei9 gembira di hujung telefon

*****
*****
***
petang gua tunggu Cupcap di putraJaya sampai habis kerja

" kita minum dulu ya ..Cup cemas ni " kata cupcap  kepada gua

" apa yang nak di cemaskan..kita ikut macam perancangan asal ... saya akan kahwin sama cup dan mei9 " kata gua kepada Cupcap ...

" bukan itu la..yang cup risaukan " kata cupcap lagi

nota :

Dari pada melayan risau cupcap baik gua update blog guna netbook...hilang jugak risau di hati gua ..gua tau gua risau apa..tapi cupcap gua taktau

Tuesday, April 5, 2011

lelaki kena diam kalau ikut orang perempuan Shoping

kereta dah parking sedap sedap di plaza alam senteral., sebelum buat apa apa gua ajak  si siam dan si cina minum kedai mamak .bistro.perut lapar gua mesti di isi

gua mintak roti bawang,siam dan cina mintak roti telur.. bukan apa mintak roti makam tinggi  ni ,mamak tak buleh bagi roti semalam.cuba korang mintak roti kosong.sah-sah dapat roti semalam.ia itu gunanya hidup bermakam tinggi ni.

menemankan orang perempuan berjalan memang kerja yang kadang kadang menguji kesabaran gua sebagai lelaki.
mana tidaknya menunggu si cina mei9 siap serba serbi dekat 45 minit .si siam cupcap ,sampai dari putra jaya turun kereta tacap makeup rabak dalam 20 minit.Dalam menunggu tu ,sempat gua berzikir


Dari alam sentral kami bertiga bersukan acara jalan kaki ke Sacc Mall menapak lebih kurang sampai la kami ke tempat yang dituju.
masuk saja terus pergi Lot Bonia , biasalah orang perempuan beg tangan tak berkesudahan...poses membelik dan memilih mau rabak 2 jam .. Gua  boring ..mata sesekali memandang makwa makwa yang kerja di bonia
mata gua terpandang amoi ada ciri ciri makwe ya sesedap mata lelaki memandang di waktu matahari sedang panas.

Gua pergi dekat amoi gua senyum dan amoi pun senyum..senyum mau jual seluruh butek bonia..biasala..

" pagi." tegur gua seramah mungkin .suara gua ejas skit macam al-pacino..

" pagi" balas amoi bonia ,menguntum senyum...aduh kecing manis gua

'' boleh saya tanya?... harap awak tak marah " gua bertanya dan memujuk

" silakan , apa yang awak nak tau ,boleh saya bantu" ujar amoi bonia melangkah dengan kaki bunting padi

" BULU MATA AWAK TU, MEMANG SEMULA JADI KE ? " gua bertanya ingin tahu

Amoi bonia jawap dengan senyum dan sebaris gigi yang putih,sungguh bermakna jawapannya..

**********
*********

" asal nampak perempuan memang mulut awak tak boleh nak zip " cupcap bercakap sambil meletak beg tangan yang di beli


'' patut la tak suruh cepat macam selalu..sakit hati betul" Mei9 menambah  sambil memandang CupCap..

kereta begerak sambil muncung Mei9 dan Cupcap boleh di buat sangkut beg bonia



gambar tak ada kena mengena ambik dari lebai googel.. kira kira macm ini la amoi bonia

Nota:

kira untung gua temankan shoping dan sarapan.setakat amoi bonia ,kalau gua nak tekan ayat buleh pergi sorang sorang..

perjalanan dari sec 14 ke sec 23 S.Alam macam Dua marhalah. buleh gua jamak sembayang hari ni