apa barang

Apa barang

Sunday, September 18, 2011

bukan salah ibu mengandung tapi salah bapak mengendong

"Sejak anak aku makan kismis dan kurma berbaca ayat ni , Anak aku jadi bijak "kata Meor bersungguh sungguh..

Gua dan tiga puaka yang lain senyum..kami ber4 datang nak beraya sambil melahap laksa buatan emak meor ,yang terkenal sedap

"Kalau korang tak percaya nanti aku panggil anak aku "kata Meor setelah melihat gua tersengeh kerang

****************************************************************************

" Akim  ,cuba bagi tau kat Abah dan abang abang semua ni ... 5 kali 2 berapa ?" soal meor kepada anaknya yang berumur 5 tahun..

" 5 kali  2 jawabnya 9 " kata si Akim selamba ,sambil belari semula ke bilik sambung layan astro kartun


" tu kira bijak la tu... dia jawab 9 dah hampir hampir . kalau tak bijak tentu jauh jawabnya .6 ke 5 ke atau 4.. kata si meor sambil membetulkan penutup balang kueh

22 comments:

Mr feckry said...

sikit lagi..

Anonymous said...

go back and practice. erkkk!

imah said...

aduh~~ cover line baik punya!!

pembaris said...

"almost win is not winning"
~jose mourinho~

ieda Qema said...

okeyh comel

nurmisnan said...

hahahaha.... ketawa besar aku baca bab akhir tuh
jawapan 9 ehhhh.. hampir2 tuh.. oklah.. hik3

whitecappuccino said...

sempat lagi hehe

adwafarahin said...

praktis lg ye dik :P

Anonymous said...

fak,kaver baik punya.

Cikli said...

gua setuju dengan meor.

ORLANDO AHMAD said...

meor ade adik pempuan?

MOH KEMBARA said...

Salam Yob Brutal kawin 2,

Tu ayah tak tau kendong anak dgn betul!

ciK LyndaWawa said...

awakkan memang dah lame bijak..=]

azieazah said...

Mujur cuma depan abang-abang. Kalu depan kakak-kakak, ntah berapa plak dia akan jawab.

senyumSOYA said...

bagos la ayah dia..supportive..

Unknown said...

sikitlagi pon..tak betol gakkan

Prince Halilintar said...

terlupa nak tambah satu tu..haha

Emira Darmia said...

makan ape pown kalau ank xnak belajar nk bijak mcm mana...haih...org melayu...suke sgt percaya menda mcm tu..

tupaimerah said...

2-3 hari lagi makan kismis tu nanti dapat la jawapan yang betul :p

faraherda.razalan said...

Kismis bijak tu sbnrnya lawak paling jenaka pnh aku dgr!

blog-tips-kurus said...

kasihan dengan en.Meor ni.. (",)

Cik Ina Do Do Cheng said...

kalau setakat makan kismis je pun tak boleh gak nak pandai.