apa barang

Apa barang

Thursday, August 12, 2010

Berfikir Biar Betul.....

Jam menunjukkan hampir 6 petang… jem di Shah alam di bulan ramadan biasa la..

Aku sedang menunggu Kelly Man untuk berbuka sama ,kedai makan sudah ditempah

Aku sengaja meraikan Kelly Man sebab tahun pertama berpuasa ,sejak masuk islam

Aku membawa hadiah , kain sutera yang di beli semasa kekelantan sabtu lepas

Kelly Man : semua sutera ,tak boleh bawa sembahyang

Aku : kenapa pulak ? ( sambil tangngan kanan aku ,sebok menuang eyemo kedalam mata )

Kelly Man: sutera tu kan dari tahi ulat beluncas … ulat yang jadi rama 2

Aku : sutera tu boleh di buat kain dan baju… jadi sutera tu bukan najis

Kelly Man : boleh pakai la masa sembahyang ?

Aku : boleh..boleh

Kelly Man : tak faham la…awak ( mata macam solar moon ) ustazah kata tak boleh ?

Aku : jika agama kata boleh di pakai … makananya bukan najis,jika najis tidak boleh di pakai langsung

Kelly Man : oh.. habis kenapa lelaki tak boleh pakai…?

Aku : ( 1) lelaki tak boleh pakai sebab agama kata tak boleh.

:( 2) sutera tu lembut ,lembut untuk perempuan.lelaki tak boleh menerupai perempuan..

Kelly Man : ooh…

nota : kesian orang yang baru memeluk islam , ustazah tolong la jangan bagi susah

20 comments:

Robot Baik said...

biasalah, muallaf.
slow-slow bagi dia petunjuk.

alang said...

Sebenarnya, byk lagi masalah/perbezaan pendapat dalam hal yg kecil2 walaupun sesama org yg dah lama masuk Islam. Contoh mcm pakai perfume alkohol. Ada yg kata boleh. Ada yg kata tak boleh. Bagi aku boleh je.Ibarat kata member aku, sapa yg kata tak boleh pakai pewangi beralkohol tu org yg tak belajar ilmu agama. Kita pakai bukannya minum.


P/s Semalam aku ke pasar malam seksyen 7. Satu makanan pun tk boleh beli. Tak sanggup aku nk menyempit ngn pompuan2 sekadar nk beli juadah berbuka. Nanti kang, tak sempat berbuka dah batal puasa. :D

Syafinaz Alizaini said...

kadang kadang muallaf ni pengetahuannya lagi elok dr yg sedia islam.

Nerzhul said...

benda mudah jangan buat susah.

hUr said...

ilmu islam sgt meluas. kita yang memang dah islam sejak lahir pun kene byk lagi blajar. apakan lagi seorang mualaf. yg penting, dia terbuka hati nak belajar. :p

selamat berpuasa juga. :)

piewahid said...

sesi dakwah dan tazkirah bjalan dgn tepat dan sempurna. tahniah!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

-alang-
kenapa di tolak rezeki

beautiful_rose said...

dia masih baru masih belajar
ajarlah perlahan sampai dia faham.

merahitujambu said...

salam singgah

MOFASAD said...

suport dia cantik2 ye bro...

jgn kasi dia down!!


god job!


>>_________<<

semut sesat said...

selamat pose juga si brutal..

aleena said...

fuhh critical thinking btol:)

nway selamat berpuasa ya:)

y@n@ M!B said...

kena sbr ajar saudara baru..bertuah ada kwn saudara baru..kita pn bley blaja skali dgn dia =)

BalqisShafiqa said...

alhamdulillah, ada saudara baru.
mesti dia bersifat ingin tahu sgt kan.
x pe.
nanti ada masa belajar sikit2.

kalo dia tanya kenapa kambing x boleh jadi korban ada x jwpnnya?
ni pun ustazah selalu bikin kalut.
hahaha.

therosputih said...

wish her selamat berpuasa...mesti kellyman tu cantik orangnya...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

-therosputih-
akak dia lg cun

embun d tengah malam said...

selamat berpuasa

DuniakuAbstrak said...

biar lambat asal selamat, sikit2 lama2 jd bukit, bmbing la slagi mampu =)

pembaris said...

Explain dan secara tak langsung telah mengingatkan diri sendiri.Selamat berbuka.

Mr Noble said...

ok la tu bleh jawab :D