apa barang

Apa barang

Monday, September 6, 2010

ATUK , AKU DAN RAMADAN

Beberapa belas tahun, dahulu di penghujung Ramadan. Aku berjalan kaki pulang dari surau dengan Atuk.Sambil berjalan ,aku berbual kosong dengan atuk ( sebelah ayah )

"ramai betul orang ke surau ya tuk..." kata aku sambil tangan memusing lampu picit seperti long nagun..

" BULAN RAMADAN ,BULAN KRUSUS UNTUK UMAT ISLAM.. SEMASA KRUSUS MEMANG MUDAH HENDAK MELAKUKAN APA YANG DISURUH " KATA ATUK BERFALSAFAH

" helmy tak paham lah atuk .." aku bersuara sambil lampu picit menyuluh lopak lopak tepi parit kot ada sepat atau keli yang tertinggal

" MASA RAMADAN NI ,KITA TIDAK BOLEH MENILAI, SEBAB MEMANG DI PERMUDAHKAN ALLAH UNTUK KITA BERAMAL... SAMA ADA BERKESAN ATAU TIDAK ,KITA LIHAT SELEPAS RAMADAN ,ADAKAH SURAU AKAN PENUH,FARDU DI TUNAIKAN DAN SUNAT DILAKSANAKAN " KATA ATUK YANG SEMAEMANGNYA BEKAS IMAM DIKAMPUNG.MELEPASKAN JAWATAN IMAM SETELAH MERASAKAN TIDAK PATUT KERJA IBADAH MENJADI IMAM INI BAYAR.


NOTA : AKU SENTIASA TERCARI KATA DARI ATUK ... SEPERTI TAHUN INI,SAMA SEPERTI TAHUN LEPAS KAMI MEMBERSIHKAN KUBUR ATUK DAN AYAH...ATUK PERGI KETIKA PERTENGAHAN RAMADAN..

42 comments:

Kap said...

datuk zaman jepun berjiwa lembut tapi tegas.
idea raw tapi mudah hadam.

datuk sekarang, jadi artis nanti sultan sultan berebut bagi pangkat datuk ;)

Tapak Kaki said...

alfatihah buat datuk ang.. aku pun sudah kehilangan atuk yang best.. atuk aku best sangat!

Carnation said...

al fatihah~

rasanya aku macam paham cakap atok ko,tapi aku sendiri tak tau nak explain *sigh*

LaiLiE iZaNi said...

al fatihah utk atuk brutalsolo...huhuhu..atuk saya belah ayah pon dh xde sejak ktorang kecik lagi....huhuhu...

mirachantek said...

krusus~~tak boleh blah betul

mirachantek said...

krusus~~tak boleh blah betul

NAZ said...

sangat terasa kehilangan orang sebegini. AL FATIHAH :)

masnurain said...

hye!!
selamay hari rayer..~~
:)

Acik Erna said...

BS,,arwah atuk memang mulia kan.terserlah keikhlasanya..

Unknown said...

ada makna la tu..
moga datuk kau aman di sana...dan dimasukkan di dalam syurga..

sitinaminah02 said...

semoga atuk tenang disana.

Aleen Aiden said...

aku terpanggel utk ceritakan atuok aku pulak.keh3

Mimie.Candy Cane said...

thanx for sharing...al fatihah buat atuk

little ain said...

erk, orang punye atuk sebelah abah meninggal sebab parkinson, waktu form 5. atuk sebelah ibu meninggal waktu nak upsr.

p/s : huhu saje nak jugak menyebok :)

Aly said...

aku tak de kenangan dgn atuk
aku lahir atuk memang dah tak de..

adrinaqamarina said...

wah helmy la :D

terokai seni said...

atuk ko terbaekk pergi pon dalam bulan yang berkat moga dia dan seluruh muslimin yang mendahului kita mendapat rahmat daripada Allah

Cikli said...

selamt hari raya.
jgn brutal di jalan raya

Gauss-Seidal said...

bagus ar atuk ko..

Anonymous said...

al fatihah utk atok ko..
bulan ramadhan adalah bulan latihan utk siapkan diri bg bulan2 lain..

tapi tu la.lepas ramadhan je..sunyi sepi la surau ng masjid...

Zezebel said...

Waaah...
Datuknya keras pemikiran. Sanggup berhenti jadi imam hanya kerana ianya dibayar gaji. Bukan macam ramai imam sekarang. Gaji dibayar lambat, kerja pun malas.

katilpatah said...

selamat hari raya....
wa ucapkan takziah wat lu..
semoga rohnya dicucuri rahmat

Aku adalah aku said...

Al- Fatihah untuk atuk dan ayah....

Aku memang tak pernah rasa kasih seorang atuk....

Terjawablah sudah soklan aku siapa Helmy tu....

p/s:n3 aku tu bukan untuk HM24...silap besor ko....

kata kila said...

arghhh.terus rindu atok aku

beruang said...

atuk kau mmg optimis r..
ayat dy suma mendalam...

ainz said...

Tringat kat arwah atuk yg suke bercerite pengalaman dia berhadapan ngn jepun..

Al-Fatihah..

Abd Razak said...

Salam...

Amat bermakna segala apa yang Atuk sdra katakan...apa dia cakap tu benar, masjid akan menjadi sunyi semula apabila ramadhan berlalu..

azieazah said...

Orang tua yang berpengalaman..

Semoga rohnya dirahmati.

Unknown said...

aku xpernah merasa ada atuk... lahir2 jer dedua dah meninggal...



:(

Anonymous said...

salam dik, sad memory ar.

Nerzhul said...

ada juga yang terus amalkan apa yang didapati selepas kursus tapi banyak yang hangat² taik ayam saje lepas kenyang melantak lemang.

Daya said...

rindu kat atuk daya...
dah lama dorang tinggalkan kami..
Al-Fatihah kepada Yang Telah Kembali Kepada PenciptaNya

ikan emas said...

Al Fatihah untuk atuk.

Semoga ditempatkan dikalangan ahli syurga

Unknown said...

al fatihah kt atau ko...

dan begiru mendalam ayat yg di kata oleh atuk ko tu...

Otromen said...

maksud yang mendalam sekali

FyZa said...

alfatihah utk datuk kamu..semoga syawal akan dtg memberikan kita 1001 makna dr yg lepas..insyaAlllah..

KAKIAH said...

Salam ziarah.
Tiap2 tahun, jawapan sama jer ler!
Al Fatihah utk arwah.

miya said...

sy syg atuk awk. bleh? :D

Mak Su said...

betui tu atuk, kalu nak tgk the real pix, tgk ler masa syawal dan so on, sampai ketemu ramadhan lagi.

sdr brutalsolo, selamat hari raya, salam ceria dan maaf lahir batin

Anonymous said...

rindu kat arwah atuk lionteen:(

najihah said...

Alfatihah buat atok kau..
kau hayatilah kata-kata dia baii..sememangnya bermakna`.

Anonymous said...

al-fatihah untuk kamu
atuk sayer dan atuk sumer blogger..