apa barang

Apa barang

Wednesday, March 30, 2011

Apa jadi pada Raju

Raju berlari sambil manarik Malisha bersama. Malisha menangis ketakutan. Pillay dan 20 orang samseng mengejar dari belakang. Raju dan Malisha berlari sekuat hati. Muzik mode berdebar dimainkan. Tak semena-mena hujan turun dengan lebatnya. Raju mempercepatkan lagi larian. Malisha kelihatan termengah-mengah. Air matanya mengalir selaju hujan yang turun.

Pelepow!!!!

Satu kayu menghinggap kepala Raju. Raju tersungkur ke tanah mengheret Malisha bersama. Darah merah yang segar segera membasahi tanah. Hujan makin menggila lebat. Diikuti dengan pancaran kilat dan dentuman guruh di langit. Raju cuba untuk bangun. Darah bercampur hujan membasahi baju putih Raju. Malisha berusaha menolong Raju untuk bangun.

Pillay mencekak leher baju Raju. Pada masa yang sama dia menyepak muka Malisha. Malisha tersungkur ke tepi tidak sedarkan diri. 20 yang lain mengelilingi Raju. Raju berdiri dalam kepayahan. Mata Pillay ditentang tepat. Pillay tersenyum sinis. Raju menggenggam penumbuk. Jelas terpancar amarah yang menggila dari matanya. Muzik mode bergaduh pula dimainkan.

Raju melepaskan tumbukan. "Debush!!!" Pillay mengelak. Raju tersungkur ke depan. Pillay menghayunkan parang ke arah Raju. "Pelepap!!!" Raju menepis menggunakan tangan. Tepat mengenai lengannya. Raju bergolek kesakitan. Seorang samseng menedang perut Raju. Seorang lagi memijak rusuk kiri. Samseng-samseng yang lain bersungguh-sungguh membelasah Raju dengan kayu. "Debush!!! Debush!!! Pelepap!!! Debush!!!" Raju mengerang kesakitan.

Malisha tersedar dari pengsan. Dia menjerit nama Raju dan segra berlari ke arahnya. Pillay segera menarik sari Malisha. Malisha jatuh tersungkur sekali lagi. "Owh...." Pillay menarik rambut Malisha. Malisha menjerit. "Ahhh!!!!" Sekali lagi kilat memancar diikuti dentuman guruh. Pillay lantas memeluk Malisha sambil ketawa berdekah-dekah. Malisha berusaha melepaskan pelukan Pillay beserta tangisan dan jeritan.

Sepantas kilat Raju bangun dengan mendepakan tangan sambil menjerit "Argh!!!!!!!!". Semua samseng bertaburan jatuh atas lantai. Muzik bertukar kepada mode berdebar. Pillay tidak mempedulikan Raju. Semakin erat dia memeluk Malisha dengan ketawa yang berdekah-dekah. Malisha tidak lagi terdaya untuk melawan.

Raju melangkah ke arah Pillay. Muzik mode berdebar dimainkan semula tapi pada beat yang pantas. Samseng yang cuba menghalang gerak kakinya disepak terajang hingga terpelanting ke dinding. Pillay memandang tajam ke arah Raju sambil ketawa sementara lidahnya cuba menjilat pipi gebu Malisha. Malisha berusaha mengelak jilatan yang menjijikkan itu sambil menjerit-jerit.

Dengan tak semena-mena seorang samseng berlari dengan parang untuk menetak Raju dari belakang. Malisha menjerit untuk memberi amaran.

Pap!!!

nota :
Skrin tv umah gua tiba-tiba gelap. Kipas semakin perlahan berputar. Suasana bertukar menjadi hening. Segera gua mengkarate bantal. Sekor kucing gua yang tengah menonton cerita tamil bersama gua terajang sampai terperosok bawah kerusi. Hantu punya TNB! Time-time camnilah nak blackout. Macam mana gua nak tahu apa jadi dekat Raju?!!!

47 comments:

Cikli said...

raju dan pillay nama yang menampakkan 2 kasta. nanti ada orang demo bakar tv lu.

Cik Ina Do Do Cheng said...

sambungan cerita ni bila? lepas ni makcik harap tak de adengan yang tak diingini ye.

Unknown said...

aku ase la kan..raju........

aza ni said...

kala tak astro, tnb...haish..kena beli genset la pulak

nurkass said...

haihhhhhhhhh!!!!..
ni mmg ada yg kena hempuk ni kang..
ari tu ravi ngan anju..yang ni raju ngan malisha ..jln citer lebih kurang sama..pastu tak dan nak habis blackout pulak..

kau tak bayo bil ke..haihhhhhh

cikpia said...

ko tak bayar bil ka apa bro.......??? aku baru nak excited........... *hampa*

Abd Razak said...

Hero mesti menang ni..

alien said...

raju ni rajnikan ke?
kalau rajnikan, lori hantam sama dia pun dia idup maaa

Ummu~Ishak said...

raju oh raju

De' Nurul said...

layan tamil eh :>

eceh ecehhhh...blackout ke tak bayar bil banggggg...hahahaha

Waqheh said...

brutal,
yg sebenornya cerita ko ni sama je ngn astro n tnb...kah kah kah

imah said...

adoyai!! gua baru nak feeling2.. --'

uncle gedek said...

Cerita kamu semua anti klimaks....!

Cheh!

Marhaenonymous said...

nasib baik takde perkatan 'pariah' dalam cerita ni...kalau tak dah tentu ada pihak desak haramknan blog lu...hahaha

Unknown said...

ala aku da tau endingnye. diorang debushh pelepak lagi 3 4 round, pastu raju mati. malisha nangis, air mate dia jatuh kat pp raju, terus raju bangun balik sambil menjerit penuh semangat dan kemarahan, pillay yang terkejut terus terseungkur mati terkejut. abesss

aku tengok cite ni..<--sape pecaye dia bongok

Kakcik Seroja said...

Raju hidup dengan penuh gaya dan kemudian berlakon jadi ketua gangster pulak! :)

tomatokering said...

podacetttt !!!! >:P

ISA said...

Lu kalau nak brutal pun agak2 laaaa...

Kesian kucing tu sampai terperosok bawah kerusi... TNB punya hal.. kucing jadi mangsa...

Apa dosa kucing tu...???? Baik lu mintak maap dengan kucing tuuu...

Lu kejammmmmm...!!!!

muakakakaaaaaa...

Anonymous said...

Aslmkm.
Aduh! Dah sampai ketagihan cerita kaum & genre ni pulak ... kerana 'interlock' ke?
Agak2 kalau kita yang buat cerita mereka dengan tema yang sama, ada reaksi protes terlampau tak?
TNB pun kurang tenaga! :)

Wahida Nasution Thakhrim said...

cukup marah kalau tengah2 feeling tgk drama ke filem ke bekalan elektrik tak ada.. aduh~~

Nerzhul said...

tunggu ulangan je la..tu pun kalau ada la..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

cuba ko mitak astro masukkan citer ni kat astro 1st.



dari tak de angin terus berangin aku dibuatnya..

cek chun said...

kalau ada lagi sambungan raju
aku takmo masuk lagi blog nih!!!

SyedGraphix Dot Com said...

raju raju raju!! hahaha

beautiful_rose said...

eh...dah gelap?
tidurlah.

intan.maisarah said...

terbayang adegan yang berlaku
saat baca entry ni


TNB.
bayar bil dah?

gadisBunga™ said...

ada org curi kabel tu. cuba cek ada bau hangit tak? hu~

MR. SYAH said...

hahah.. ada saja yg menghalang.... kah3..

miss frog said...

hahahaha..mai sambong wayar tb to kat rumah sayaaaa...nak taw apa jadik lpas toooo...
aiyoyoyoyo...

miss frog said...

sudah jatoh chenta ama ini blog...love it!

.drakula. said...

aku betul2 tak puas hati kenapa kucing itu di karate?

kucing jantan atau kucing betina?

hehehe....

Shila said...

sebelum ni astro..

pastu ni TNB plak..

yg pasti dua2 nye bukan cerita melayu..kekekeke...

ieda said...

cerita ke nie dikk ?? huhu x tahu pulak ...

Izyan Masri said...

KALAU MASUK PERTANDINGAN CERITA SEKOLAH2 RENDAH CONFIRM JOHAN NI.G LAH TRY .HAHA:D

Anonymous said...

deyyyy... raju.... gua rasa nak pijak je si raju pillay mlisha samseng dengan lu skali bro.. haha

Anonymous said...

Hahaha, jangan risau. Hero Tamil mana boleh kalah (macam tahu-tahu je Tamil).. Boleh tepis parang guna tangan tu. Tak ke hebat hero macam tu. Hehe.

Abang Zam said...

die sambut earth hour lah..hahaha
cuba tengok cite melayu..konfem tak blackout!

CikAizA said...

hahhaha..

apa tajuk cter ni????

mana tahu kawan pernah tgk...

fan cter tamil ni...

Cik SCC said...

ahahhaa..

dah,,pi pasang unggun api kat tengah2 umah tu..
keh3

Unknown said...

benci bila ending ala2 macam nie..tak suka....
dan,,nak tanya nie..awat elektrik tiba2 off.....sure ada petir nie..

hitammanis said...

salam adek,
filem tamil ke, hindustan ke....sama jer, happy ending. walaupun hero dh kena tembak byk kali, kena tikam berlubang2, kena belasah setengah mati, kena tetak dgn pedang samurai ke...tup tup sihat lah pulak.

alahai...senyum minachiiii


*terima kasih sudi jejak ke blog akak.

Dearie Pearls said...

hahaha...
erk, tetiba gelak lak..

ye ar.. gua pown sedang menjiwai cerita tu walaupun membaca je tetiba lak ada adengan karate bantal, terajang kucing...

hahaha..
apalah jadi dengan raju tu?

HEROICzero said...

keh3x kan dah saspen. itu lah bukak tv x baca bismilah.

ghost said...

never ending story!!!

Anonymous said...

ikuti sambungannya di youtube. cer search..kehkeh

faraherda.razalan said...

loceng kaki ayam sudah berbunyi! itu tanda waktu untuk ke estet sudah tiba!

kling!
kling!
kling!

solo mum said...

sadis sungguh ending nya....
"Debush!!! Debush!!! Pelepap!!! Debush!!!" kucing tu mengerang kesakitan.