apa barang

Apa barang

Sunday, May 15, 2011

Jangan nak freemason sangatlah.

Pakcik Karem turun ke dapur untuk mengisi perutnya pagi itu. Hidungnya dah dapat tangkap bau nescafe kaw. Dalam miliseken momen antara punggung Pakcik Karem sentuh kerusi, nescafe panas yang isteri beliau buat sudah pun diletakkan di atas meja.

"pukul 11 setengah baru awak nak bangun?"
tanya Makcik Kiyah.

Pakcik Karem buat poker face. Dia hirup nescafe panas. Tarik nafas dan lepas.

"hmm...saya tidur lewat semalam. tengok video The Arrival yang anak kita download tu. hmmm..."

Makcik Kiyah hanya mendiamkan diri dan duduk di hadapan suaminya. Tiba tiba kelihatan anak lelaki mereka, Asrul yang baru turun dari tangga.

"Good morning Abah!" kata Asrul sambil tersenyum.

"Good morning kepala paip kau. Dah tengahari buta baru nak bangun." kata Pakcik Karem dengan misainya yang bergerak gerak.

"Anak awak tu nak perli awak Pak Karem oiii..dia dah bangun awal siap tolong saya sidai kain lagi. Awak tu yang bangun lewat"

sekali lagi mimik muka poker face digunakan oleh Pakcik Karem. Pakcik Karem teguk nescafenya separuh cawan. Sambil lurut misai, Pakcik Karem berkata kepada anaknya yang duduk di tangga.

"Abah dah tengok video yang kau download tu Asrul. Tak sangka betul. Macam macam cara yahudi ni nak hancurkan Islam. Siap ada konspirasi lagi. Baru abah tahu pasal freemason"

"Jangan nak freemason sangatlah abah. Saya tak berapa nak percaya sebenarnya abah. Nama pun TEORI. Orang yang buat video tu sendiri pun mengaku ada salah fakta dan dah tutup pun blog beliau. Kita orang melayu nie memang percaya semua" jawab Asrul.

"kau tak tahu ke KLCC tu lambang freemason?" tanya Pakcik Karem.

"KLCC tu, kalau tak freemason pun memang tak elok abah. Kosong tak ada fungsi, membazir duit rakyat. Budak budak perempuan sekarang pun dah tersisih adat. Dorang pilih KLCC dowh..sedih Asrul dowh..." jawab Asrul.

"itulah kau. Lady Gaga yang famos amos tu pun duta Freemason, kau tak tahu ke?" Pakcik Karem tak nak mengalah.

"Entah lah abah. Lady Gaga tu, kalau tak freemason pun memang kita tak patut tengok. Pakaian seksi, video klip pula tak senonoh. Freemason ke tak, memang benda tu dah salah Abah..." jawab Asrul lagi.

"saya nie bukan tak percaya, tapi kita ni nak percayakan sesuatu perlu ada bukti Abah. Islam itu tertegak dengan hujah dan dalil. Saya tak faham kenapa kita perlu panik. Dajjal tu nanti memang pasti akan keluar. Islam pasti akan menang. Tapi sebaliknya, masyarakat jadi takut dengan Yahudi." sambung Asrul lagi.

"Habis tu kalau kau tak percaya kenapa download? ke awak yang download Kiyah?" tanya Pakcik Karem kepada isterinya.

"ish awak nie. Wakdehel saya nak download benda tu. Saya nie tenet tenet tu pun tak tahu apa" tegas Makcik Kiyah

"Saya download nak kaji teori tu abah.Bukan tak percaya, cuma nak berhati hati bila mempercayai. Bosan lah pergi usrah orang sembang pasal freemason. Pergi surau orang sembang pasal freemason. Pergi masjid orang sembang pasal freemason. Jemu saya dengar" rungut Asrul.

"senang senang kau pergi je clubbing. Tak ada orang nak sibuk sibuk pasal freemason dah" jawab Makcik Kiyah selamba.

Asrul tersedak nescafe. Pakcik Karem hanya mampu garu kepalanya yang tak gatal. Pakcik Karem memang percaya bulat bulat teori tersebut. Manakala Asrul pula bijak sedikit, dan mengkaji teori tersebut tanpa terlalu mempercayai semuanya. Makcik Kiyah pula percaya clubbing itu best.

"hah abang, makan lah nasik lemak bawah tu. Anak awak beli dekat pasar PAGI tadi." kata Makcik Kiyah dengan menekankan perkataan 'pagi' untuk menyindir suaminya.

Makcik Kiyah bangun nak basuh pinggan.
Pakcik Karem angkat tudung saji. Ditariknya bungkusan nasi lemak. Terbeliak biji mata Pakcik Karem.

"hah! ini dakyah freemason lah nie. Bentuk piramid. Dalam video tu cakap piramid nie simbol freemason!" kata Pakcik Karem dengan wajah bengis.

Paaapppp!

Makcik Kiyah tepuk nasi lemak tu sampai penyek. Dah jadi leper.

"hah..sekarang dah tak freemason sangat dah..makan la bang"

Makcik Kiyah sambung basuh pinggan sambil menyanyi lagu dangdut.
nota :
bersama penulis jemputan zoul zombie  sila tekan

31 comments:

DuniakuAbstrak said...

harmoni betul keluarga ni bahahaha

DeLancrettLurpak said...

hidup makcik Kiyahhh!! hehehe

deAnza-wAnda said...

pergh... best2... family cambest.. huhuhehe...

miya said...

bagus asrul.
typical orang tua,
pantang di tegur, mmg yang dorg tahu blaja zaman dulu2 tuh lah yg betul.

Latifah said...

*senyum je la*

therosputih said...

kesian nasi lemak itu, menajdi mangsa...

azieazah said...

Mujur Pak Karim tak tepek leper nasi lemak bini dia.

wakakakakaka!

Cikli said...

kah kah kah best dan berilmu

JIJI YU said...

muahaha.freemason semakin meluas..

Canser vs B17 said...

Yang pasti Pkcik Karem tak Solat Subuh, tapi cakap pasal Islam... muakakakakaaaaa....

Rozuan Ismail said...

haha.amik hang.nasi lemak jadi leper dah,x nak bagi freemason.huhu

nub said...

taksub sangat, nasik lemak disalahkan. hahaha

yang penting pegang pada ajaran ALLAH, insyaALLAH selamat.

norh said...

saya nak try leperkan nasi lemak segitiga tu jugaklah.. he he

sabda kalam said...

..famili yang bes nih..

[..menggunakan FREEMASON atau YAHUDI sebagai modal nih dah menjadi kebiasaan sangat bila kita cuba mencari salah siapa tentang kehodohan budaya yang berlaku sekarang nih, al-quran dah ingatkan berkali-kali tentang ancaman2 macam nih tetapi apa yang di suruh adalah mencari jalan dan cara yang sesuai untuk memperelokkan lagi pemahaman kita tentang islam. Adalah lebih elok membanyakkan usaha untuk menyatukan kembali muslim kesemuanya. Lagi baik. ]

*islam is a way of life.

Abd Razak said...

Nak kempen bungkus nasi lemak cara barulah...

wath said...

cik kiyah jom g clubbing!

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Yob Brutal, jom buat nasi lemak gulung pulak!

Umie said...

Paaapppp!

aku ingat tadi pakcik karem yg kena lempang..rupa-rupanya nasi lemak yg jadi mangsa makcik kiyah ye..;-)

VFN said...

ag karim!
jom karoksss... kah kah kah

Panglima Muda said...

salam ziarah

Az-Zahra Fauzee said...

mak die terhebat ah.... hahaha~

d_LA said...

hahaha...kelakar dowh pakcik karem tuh..smpai ns lemak pun nmpk freemason..terbaik ah asrul, mmg betul pun..ckp pong pang pong pang itu slh ini slh tp pangai still camtu..

alien said...

freemason ni mmg hangat diperkatakan
apetah org skang ni
baik bimbang hal2 lain dari hal freemason ni

sayangsayangibu said...

mood*senyum* tak perlu kata apa apa...
*senyum* tak perlu kata apa apa....

Nerzhul said...

freemason merancang...tuhan menentukan...

ayunda maajis said...

kikik ini klako..aku suke watak makcik kiyah tu..coolio gilerr.. i loike..nk signnn...haha

gedek! said...

'freemason' tu apa?

Maaf, pakcik kurang ilmu...

ghost writer said...

kalau ada pun yang sedar tentang freemason..apa yang kita mampu buat?

kita masih macam tuh jugak.

Che Sakinah said...

wakakkaaka.. ni lah antara family freemason. siyes, dah macam the simpsons.

jangan suke2 taksub tampa reason.
semua pun nak jump into conclusion.

Kita faham ini semua yahudi punya mision and vision.
tapi kena ingat juga kalau kita ambil muadah pun bukanlah satu condition..
takut2 yahudi take advantage with the situation..

perlu dingat propaganda ini adalah pemusnah nation dan generation,

Berimanlah pada Allah, ikutlah sunah Rasulullah..jangan lupa semua yg dah diajar oleh Islam, the best religion.

fikir2kan lah ye.. semoga semua mendapat hidayah.. which is the greatest succession!! :)

Khairul Hakimin B. Muhammad said...

hahahahaha bernas & berwawasan!!

Emira Darmia said...

heheheh..best dowh...
x sangka video bebudak cium depan klcc tu pown abg tgk dowh...