Bahan-Bahan:
1 kilo kepala ikan merah (dibelah dua)
250 gm serbuk kari babas
250 gm cili merah (dikisar)
8 biji kacang bendi
2 biji tomato (dibelah dua)
1 mangkuk air asam jawa
10 sudu besar minyak masak
5 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih diris
3 tangkai daun kari
2 keping asam gelugor
1 sudu teh kas-kas
1 paket kecil halba campur
sedikit garam
Cara: 1.bersihkan kepala ikan dan ketepikan.
2.bancuhkan serbuk kari dengan sedikit
air (sederhana pekat)
3.panaskan minyak untuk menumis
4.tumiskan halba campur,bawang merah, bawang putih, kas-kas dan daun kari sehingga wangi.
5.masukkan rempah kari dan cili yang telah dikisar. tumis hingga pecah minyak.
6.masukkan air asam jawa beserta dengan kepala ikan dan asam gelugor.
7.tambahkan sedikit air hingga kuah kari tadi sederhana pekat. biarkan hingga mendidih menggunakan api yang sederhana besar.
8.masukkan tomato dan kacang bendi beserta dengan sedikit garam. biarkan selama 2 minit dan padamkan api.
nota:
Mei9 dan Cupcap masak kari kepala ikan.kepala ikan merah,yang di beli oleh Nina KellyMan semasa mejemput Gua Dari KLIA.
35 comments:
untunglah.
sedapkah?
ahh lapor!
haha..
bermadu tu mmg tak leh blah..
mane gambonye bro..nak gak tgk hasilnye..hehe
best tu
takde madu pun dalam resepi...
letak madu sikit kompem sodap ^^
Huhuhu.. Bermadu tuh sebab Madu2 yang masak kot...
bgos2~ harmoni hidup "uncle" (^^!
perlukah ada Bermadu itu...ehehheheh gambo mane..gambo...
Bertuahnye badan..ade yang membeli..ade yang memasak.. ;)
Tang mana madu nya??
~maiahaha
Yang berMADU adalah si tukang masak. Hahahahaha
Belajar Gerak Hati Isteri Dulu Sebelum Ada Dua Handphone...
Errr. Madu tu wajib kah? :D
indahnya madu
macam best
beruntung haiz ada dua bini.hehe
kari yg confius....
mesti terangkat
hua hua..bini punyer la excited masak...sbb laki balik umah rupernye..wiii
gua dah sediakan semua bahan. bila nak buat, lu kata BERSIHkan kepala ikan. gua terus berhenti. jangan nak ajar gua budaya kuning ni bro... hahaha
sedap tak? kang gua buat tak sedap siap lu
madu bermasak tu yang sedap!
Tak minat makan kepala ikan...
Sedap mkn ngn ulam cicah budu.. ;p
Zu
http://www.zuwairiaiman.com
dipajang terus resipnya bung...huh.
waaaahhh beruntungnya badan!!
kari abg mmg xda santan atau susu ke???
....ouh, msk bermadu maksudnya madu sama-sama masak memasak. Ptt takde madu dalam kari.
kompom sedap..kan bro..hehe..
boleh tlg msakkan lagi sekali boleh x? kami semua lapar ni. ehehhe
sejak bila jadi chef ni
suami orang-orang ...kan
untung laaaaaaaaaaa
kemain resepi
la gua ingat termasuk blog ibu-ibu tadi. kenapa kat belakang tu kalau tak de bermadu tak boleh ke?
Assalamualaikum Yob Triple, nanti teman bubuk sesudu madu...orait? Nanti nak try miker punya resepi tu, nampak cam sedap!
bestnya madu
Post a Comment