apa barang

Apa barang

Wednesday, September 7, 2011

Menunggu Hantu pochong Menjelma

Gua raya tadi berjumpa Pizon ,dengar kabar pizon dah jadi peniaga ini sudah bagus..
Gua sampai di tempat di mana pizon jual air dan buger

" sampai jugak ko ,selatan ni " kata pizon sambil membetulkan lampu gerai

" cuti panjang ,apa ada hal .." kata gua sambil perhati ,sekeliling

dari tempat gerai buger di jalan bertar kecil penuh dengan orang ramai...

" apa diorang buat ramai ramai..kat sini pizon " tanya gua kepada pizon sambil melahap buger free

"yang ramai tu nak tengok hantu pochong ,ada dari johor,perlis ,kl dan selangor .. ada bomoh handalan lagi..ni yang aku meniaga " pizon cakap

Gua jadi ingin tahu.. jadi gua menghampiri kelompok ramai..
gua perhatikan .. ada yang datang dengan camera , ada yang bertangkal dan bercincin
ada yang membakar dupa kememian sambil

" Memang betul ada pocong ke ,bro"? tanya gua kepada orang berbadan tegap

" ada..ni yang kami datang jauh ni... tangkal dan cincin ni tak terlawan puchong ni nanti " kata orang berbadan tegap sambil menunjuk cincin dan tangkal..
gua senyum

" ayat ayat kursi sudah baca " sepa seorang tua ,pembakar kemian kepada gua..

" saya tak minat pochong pak cik ...datang sini jumpa kawan beraya " gua bersalam sambil meninggalkan mereka menumju gerai pizon


-----------------------
nota :

sebelum balik ke selangor ,gua nasihat pizon supaya berhenti berniaga dan berjual di kawasan orang melihat pohong sebab seperti membantu kerja kurafat dan syrik kepada Allah dosa besar

Manalah pocong mau datang dan muncul sudah terang terang kerja syirik bertangkal dan membakar kemian untuk memangil pocohong ,sudah sesat setan pun tak mau buang masa

17 comments:

Wadi AR said...

kim slm pocong

delarocha said...

pelik tul org skrg... pocong pun nak tgk

zati embong said...

hoho,mmg ada pocong betul ke?

luahfikiran said...

SALAM SYAWAL,
NAK TENGOK HANTU POCHONG, KENA PERGI KE PUCHONG, SELANGOR. LEBIH KURANG 30 MINIT DARI TEMPAT KEDIAMAN LF.

Cik Ina Do do Cheng said...

sokong sangat kata-kata akhir tu. syirik .manusia lagi menakutkan dari pochong.

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Yob Brutal,

kabor kat deme pocong dah bonceng motosikal balik beraya. Melayu, melayu...masih primitif dan berhindu-hinduan. Bape bijik burger awak telan?

karl said...

Melayu ni bangsa paling payah nak diajar, terutama sekali kalau berkait bab2 khurafat dan syirik nih

Waqheh said...

wei brutal...pocong pun tak beli gtau pizon...apa daaa....jadi pendorong plak org pcaya benda gila....

shameel Iskandar said...

senjata paling ampuh utk menentang syaitan ialah mesrakan diir dgn ayat-ayat Allah dan akrab dgn Allah dgn melakukan suruhan dan meninggalkan larangannya.

Wanita2u said...

Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

Bidadari Syurga said...

:)...

Prince Halilintar said...

Puchong prince biase lah jumpe..hehehe

Cikli said...

sekarangkan musim cerita hantu kat tv dan panggung

Abd Razak said...

Ramai pula terjebak dalam perkara kurafat

ayunda maajis said...

haha..hantu pon nk tgk..x phm la..adeh..

eLL said...

kat Puchong banyak pochong.

Alif Amin Othman said...

Lu kena datang Bukit Puteri, dekat san macam macam lu boleh jumpa.

Cilake, seremm...