apa barang

Apa barang

Friday, April 29, 2011

Over Shit City

Ini cerita bodoh bukan pasal nasik lemak
ini cerita bodoh bukan pasal wak jual jajan
Ini certa bab pendapatan
yang timbang itu murah
beras timbang murah dan berkanji
beras hancur untuk orang banyak berkanji
nuget ,bebola daging dan ayam beli pun timbang banyak lemaknya
ini cerita lama
cerita sebaris lepak dan pelacuran

Wednesday, April 27, 2011

siri bercakap dengan kiai majid , engkau laksana bulan

" untuk melihat bulan di langit ,yang paling baik  Binokular satu laras.." kata kiai majid

 " bila guna satu laras . hanya perlukan mata sebelah kiri atau kanan " sambung kiai majid

" jika sudah melihat bulan, perasaan ingin kesana ..ingin kebulan " kiai majid sambung lagi

" untuk kebulan kita perlu roket ,tak ada roket tak boleh ke bulan" kata kiai majid

" hanya hamba sorang yang dengar , yang lain tidur .Seronok menaiki kapal layar dan mengantuk  makan nasi beras timbang " ujar bocah cilik kepada kiai majid

Saturday, April 23, 2011

Mark Zuckerberg

Mark : ada apa suruh saya datang ni

Brutal : Gua nak mintak tolong .. pasal Face Book

Mark : Face Book ..,bro brutal nak beli ke..?

Brutal : gua tak nak beli Face book.nanti kena saman dengan Tyler dan Cameron , ko ada cilok idea diorang

Mark : jangan pecah lubang,bro brutal.. ni mesti pasal marah kat gadis gadis melayu yang ada  gambar sexsi kat facebook kan...?

Brutal : bukan ..bukan ( gua hirup air milo jap )

Mark : tentang facebook yang membuat orang bercerai berai dan bergaduh ke ?

Brutal : bukan itu juga...

Mark : saya sudah tau, pasal facebook yang jadi alat seorang pemimpin  kononya bersosial dengan orang kebanyakan.. tapi sebenarnya tidak ...

Brutal : bukan bukan..

Mark : saya tau,pasal facebook yang orang dakwa  Feremasom, kayakan yahudi...

Brutal : cuba ko bagi dengar dulu apa gua nak cakap ( sambil gua bangun luku mark zuckerberg ..poyo betul mamat ni )

Mark : saya mintak maaf, bukan apa teruja berjumpa bro brutal..ok cakap cakap saya dengar

Brutal : macam ni... kungkang kungkang kungkang kungkang kungkang..buleh tolong tak?

Mark : saya tak boleh tolong yang itu ,sebab pasal hak individu

Brutal : tak buleh tolong gua tak apa..sebelum ko balik habiskan hati beruang kola tu.. tak ada pandai mana kamu ni mark .. tahap buduh jugak rupanya..

 ********
********
********

Nota :
yang sebenarnya berlaku macam ni...



" kalau ia pun ,nak berkenalan dengan  perempuan cantik dan sexsi ..jangan la guna akaun Facebook ,Nina .." kata Nina kelly Man sambil menunjukan apa yang gua tulis di facebook beliau kepada Mei9



" orang tak ada akaun facebook... ingatkan , dah buang yang send send tadi" kata gua dengan muka hijau



Friday, April 22, 2011

Tanya

Ku tanya pada Obama
dulu ketika berkempen
tidak di selak kain Clinton


ku tanya pada Obama
kenapa di beri kuasa pada Clinton
tidak takutkah kepada pilihan raya sentiasa bertarikh


Ku kata pada obama
kami genarasi gila hujah
dalil dulu baru bukti


Obama senyum ,meminta pergi
apa dia fikir aku gila?



Thursday, April 21, 2011

santau dan sihir dalam company berhad ni parah

Minggu ni minggu cipan tahap tapir,, berukbend gua dah tak buleh jalan langsung.. bukan  macam dulu dulu beruk bend gua ada scandal  sama siput dengan babi..itu buleh guna lagi

berblog guna pone ni tak rare ...susah nak type ...apa lagi nak menjengah blog korang yang ada bunga bunga ..lagu lagu...gua terasa betul betul  terkena  sindrom Stockholm..Jadi pandai pandai la korang jadikan blog korang mesra orang kebanyakan atau orang banyak


Gua syak ..ada sihir dan santau menyantau dikalangan peneraju  jalur lebar dan berukben dalam negara malaysia ni... yang kuning santau yang merah..yang merah santau yang biru... yang jadi mangsa pengguna net di malaysia ni... nak meniaga jangan santau dan sihir ..engkorang company berhad berhad....lantaklah


kita beralih pulak dalam industri pemotoran ..kat dalam dunia apa jadi kalau diorang sihir dan satu menyantau..tak jalan kerta ngan bas ..apa jadah nak pergi kerja


tu belum lagi bab kapal terbang tambang murah..yang satu ,santau yang lagi satu..yang satu lagi balas tuju angin..mau rabak kita nak naik kapal terbang.takut


cuba kita tengok pulak dalam  rangkaian tv  santau dan tuju  sihir menyebabkan kita telepas rancangan bagai mana nak pilih juara berlagu dan juara agama agama..his

***********

***************
jadi gua mintak  maaf kalu idak dapat singgah blog engkorang dua tiga hari ni..agak nya bila lah syarikat pembekal jalurlebar ,berhenti santau menyantau dan sihir sihir ni ..dosa besar ni




************ 


Nota 
Al BAqarah: 102: dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), Padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil Yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya Kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua Malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, Sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa Barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, Tiadalah baginya Keuntungan di akhirat, dan Amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.

Selain itu Nabi juga bersabda: “Tiga golongan manusia yang tidak dapat masuk sorga: pecandu minuman keras, orang yang memutus tali silaturrahim dan orang yang percaya kepada sihir (HR. Ahmad, Hakim, dan Ibnu Hibban)

Wednesday, April 20, 2011

Apa barang, Jemput Kenduri Kahwin Guna SMS...

" gua tak akan datang kenduri kawin lu" gua bercakap depan notebook spx ,terpasang video conferencing .Gua masih ..di atas katil berkain cap gajah duduk


" tak buleh macam ini,tak bro tak rock,semua orang hadir masa majlis  aku nanti " Will bercakap di depan skrin ,sambil susun sepuluh jari


" Will , lu tau kan ? , gua sudah pesan siang siang.. kad jemputan ..kad jemputan " gua tekan nada suara di situ.. sambil gua bangun menarik langsir supaya cahaya mathari  masuk


" sekarang zaman IT , aku sudah mail dan sms ..majlis aku besar bro , tak sempat semua tu" terang Will bersungguh sungguh 


" no ..no.. takde kad jemputan ,gua tak datang ..lu ada  faham Will "  gua tekan lagi bab kad jemputan bersungguh -sungguh..gua lihat di skrin  Will tergaru garu  kepalnya yang hampir botak itu


" susah macam ni, baik lu cakap dengan ,Eliza  sendiri ,dia bersungguh nak bro datang "  Will bercakap sambil tangan melambai lambai


" haram jadah betul  Will dengan Eliza ni,belum apa apa dah rasmi pecah tanah " Sumpah gua dalam hati rosak anak -anak muda sekarang


" plese ... plese " Eliza membuat muka comel di depan skrin..gua lihat dia masih berpakaian tidur tak kemas


" Eliza,gua perlukan kad jemputan..takde kad jemptan gua tak datang " kata gua kepada Eliza ,di skrin notebook,sambil gua membetulkan  skrin tadi yang senget..bukan senang nak tengok perempuan sedang pakai baju tidur nipis


"kalu macam tu, Eliza akan courier kad jemputan ,..jangan tak datang pula " kata Eliza di hujung skrin sambil memberi cuman terbang


gua senyum puas hati..kad jemptan maa ,baru buleh datang..gua matikan notebook gua ...


*************
***********
***********
*************
************
************

Prince William dan Catherine Elizabeth Middleton  akan berkahwin hujung bulan ni, ada kad jemputan gua datang..kawan  ,kawan jugak ..kad jemputan  bagi


Nota:

Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru. Hamka.

Tuesday, April 19, 2011

Bila hijab terbuka

Maghrib datang lagi seperti hari hari lepas.,. kalau maghrib tak datang, sah  dah kiamat
Hari ni ,gua malas nak ke masjid ,jadi gua ke surau pulak..bukan apa badan letih tak payah nak sembahyang  sunat tahyatulmasjid  ialah dah surau bukan masjid..

sementelah menunggu masuk waktu maghrib, gua , mamat mamat dan pakcik pacik kaki surau sedas dua membuang pahala mengulas pasal pilihan raya sarawak dan jam omega ..

cikgu Bakar pencin dengan nada tinggi melaungkan azan maghrib ,selesai azan  beliau  sembahyang sunat  ,selesai semua tu... cikgu bakar  menjengah keluar surau ,melambai pada Gua ,sah kena komat  la gua har ini

gua masuk dalam surau.., gua nampak  pakcik roslan  ada di pintu masuk ..nak tak nak kena salam dan tegur la.

" pakcik Roslan sihat ?" kata gua ,sambil menepuk bahu dan mengambil tangan beliau untuk disalam

" pakcik Sihat... " jawap pakcik Roslan bernada rendah mengengam tangan gua ,sambil tersenyum

" lama tak nampak ,awak ke surau.?.. " Pakcik Roslan bertanya dalam bentuk fakta

gua baru nak  jawap ..  cikgu bakar bilal dan Imam misran tarik gua suruh cepat komat

*********
**********
********
" Pacik roslan  tu cacat penglihatan soalan soalan macam tu jangan di layan sangat"  kata imam Misran setelah selesai solat

Nota :
kasyap sunguh padangan mata pakcik Roslan ..hingga hijab terbuka

Monday, April 18, 2011

Mau aja!

Mau aja aku ajak kamu berkongsi kangkang
Biar lain terliur nikmat, menelan cemburu

Mau aja aku membisik kamu
Menyatu gelora meroboh kota

Mau aja aku biar kamu mabuk dengan tarian
Meliuk ghairah atas lantai kayu syurgaku

Mau aja aku jemput kamu
Nikmati hanyut dan geletek jiwa

Sunday, April 17, 2011

Nak bubuh tajuk apa ni???

Setelah  blog ini memberi laluan kepada pilihan raya negeri serawak,dan kita tahu bahawa rakyat negeri sarawak reda Barisan Nasinol memerentah mereka sekali lagi.kita juga ucapkan selamat maju jaya kepada Pakatan Rakyat yang sudi bermain walupun dengan tiang gol seluas garisan padang bola .

 Blog ini kembali kepada asal kejadiannya bercerta dan menjawap pertanyaan .kali ini bab  perempuan
Bila bercerta bab perempuan ,orang lelaki biasanya melepasi tahap kejujuran melampau .jika terjumpa regu sesama lelaki maka segala ciri ciri yang sexsi yang angun terkeluar dari surah lelaki. tiada apa yang lebih seronok bagi lelaki ,bercerta bab perempuan lebih seronok dari melihat avatar dan titanic

Mei9 ( mei chow)
gua kenal semasa beliau berumur 9 tahun dan gua 11 tahun. perkenalan berlaku ketika berebutkan aiskrim perisa pandan yang hanya tingal 1..kejadian di depan kedai Vedio game bekas panggung wayang  berhadapan balai pollis sekinchan..perebutan aiskrim tersebut telah di menangi mei9 kerana beliau telah mengunakkan pengaruh abang beliau..gua terpaksa beralah
mungkin kerana kesian kepada gua ,beliaui telah memtong dua aiskrim tersebut dan memberi satu kepada gua.. sejak itu gua dan mei9 berkawan

CupCap
Siam perlis ini gua kenal semasa melawat sahabat  di UPM serdang selangor  ,Gua kenal dengan secara sengaja ia itu dengan cara menumpahkan air keatas kepala ,ketika beliau sedang makan .dengan kejadian tersebut buku serta notebok beliau telah di basahi air milo ,gua bertukar no telefon dengan alasan gua akan menganti notebook yang terkena air tersebut..

suriana sidek
gua suka sama beiau sebab rajin,agak tegas dan berdikari.. gua tak tau bila masa gua suka sama dia mungkin kehendak yang maha kuasa atau sudah suratan alam


Nina Kelly Man
beliau kawan kepada mei9 ,seorang cina yang mempunyai ciri ciri kemelayuan dan cikgu tadika yang berjaya..hubngan gua dengan beliau agak rumit dan tersimpul


Sudah habis bab yang pertama kita memasuki bab kedua.. kawan kawan perempuan gua 


Dara kutsumi ( sila tekan info )
Original jepun yang tidak tahu langsung bahasa jepun...gua dan beliau belajar membaca Al-quran dengan guru yang sama .. dengan tok imam masjid .. beliau adalah mangsa untuk gua mencuba tahap kenakaln berganda semasa budak.beliau budak baik.sesiapa yang tak ada makwe persilakan mengurat beliau..Beliau juga adalah pengurus ciliboh dan sos utuk perusahaan keluarga beliau
beliau adalah sahabat yang sentiasa memberi nasihat serta pandangan dengan jujur

Didi ( sila tekan utuk info )
Cina yang melayu ini cukup rajin berkerja.peminat lagu lagu melayu dan peminat tegar dato siti..
bagus untuk dijadikan kawan..sapa sapa takde makwe sila mengurat

adek Fa (sila tekan utuk info )
campuran melayu + cina ,seorang yang rajin..beliau adalah kawan gua untuk makan mekdi dan kepsi
beliau fasih berbahasa melayu ,korea ,jepun  dan cina.
sifat yang paling bagus ada pada beliau ialah beliau tidak akan menipu walau untuk beliau atau untuk siapa pun ..jujur dan rajin..sila mengurat kalau tak de makwe

Nurni yosoff (sila tekan utuk info )
seorang yang selalu ambik berat pasal kawan kawan
seorang yang bijak dan pandai ada cita cita sambung pelajaran ke paris
boleh di katakan cantik cuma jika kalu dia tidak makan meggi mugkin akan lebih menarik
buleh dikatakan agak istimewa kepada gua
mengenali beliau dan berkawan tidak ada ruginya .
sapa tak ada makwe sila mengurat





Nota:
sapa tak de makwe sila mengurat Dara kutsumi, didi, fa, dan Nurni ...

Saturday, April 16, 2011

semua tentang siput yang gua pernah carik sendiri di sekinchan

jawapan untuk post sebelum ini..




                                          1 kijing



                                                            
                                                2 mentarang

                                                    retak seribu



remis

berkulit keras kecil, berwarna kebanyakan putih  dan ada yang bercampur oren ,hitam dan putih
habitat remis  di pasir .di tepi pantai ..dan hanya boleh di cari bila air surut ..kita tidak perlu turun ke laut
untuk mencari remis cukup hanya  dengan kais kais sepertia ayam mengunakan apa saja..senduk. pembaris
sedalam  dua atau tiga inci..saja betuk remis seperti lala..



lala
berkulit lembut..berwarna hitam cair seolah olah kelabu..hidup di dalam lumpur atau  bentuk sama dengan remis .senang di cari cuma perlu menapis lumpur saja..banyak di dapati di pasar pasar.. boleh di dapati segar atau kering

kepah siput gayam
tinggal kawasan parit atau bendang..tidak ada kena mengena dengan air masin besar sedikit.. lupakan wikipedia di sana tersilap gambar dan habitat.. berwarana agak hitam/kelabu.. besar dan agak berkulit keras dan kelihatan seperti remis


retak seribu
habitatnya agak ketengah laut..berkulit keras sedikit  rasanya senang cakap banyak kat kedai makan


kijing
habitatnya tingal di dalam tanah di tepi pantai ..perlukan cangkul atau penyodok... untuk mencarinya
mudak dicari..mana tanah keras dan berlubang lubang dan agak kelihatan tinggi dan tinggal berkelompok
jumpa satu sarang maknanya penuh satu guni beras 20kg rasanya sedap jika pandai masak..jangan makan banyak nanti sakit perut

mentarang
di tengah laut dalam 1 atau dua kilometer,..dari pesisr pantai senang yang mencari perlu tunggu air agak surut ,,perlu sebatang kayu yang di raut seperti senduk dan sarung tangan... kerana tajam..apa bila di masak perlu di buang ekor yang terdapat di dalam cengkarang seperti cicak ,,jika tidak tahan sakit perut
sedap di masak pedas atau sayur kuning atau di bakar saja ..boleh di dapati sepanjang jalan dari sekinchan ke sabak bernam

siput belitong atau siput sedut
 habitat hutan kayu bakau..banyak di jual di pasar tanya gua siku perut karang

siput bintang
antara siput tersedap..hidup di pemukaan lumpur..dan bercorak macam kominis macam ada bitang tiga
waran putih dan berbintang bintang sapa pernah tengok seperti siput gondang tapi ini di laut

siput gondang
terdapat di dalam sawah atau bendang kata orang sedap gua tak tau..gua selalu carik dulu jual sama cina bela itik gua tak pernah makan

kerang
siapa tak tau gua siku pusat baru tau

kerang bulu
habitat di dalam lumpur laut yang agak keras .tinggal berpasang pasang tidak banyak ..seperti kerang tapi berbulu kulitnya ..jangan ingat lain..nanti gua sepak..jika dapat sepuluh pasang sudah boleh senyum..paling kecil sebesar duti siling lima posen

lokan
seperi tiram tetapi ..hidup berhampiran bakau... berkulit keras banyak di rompin dan di sabak bernam







Nota:
semua siput itu mudah di didapati  seluruh pantai sekinchan terutama antara tali ari 6 sehinngga parit 12.. dengan laut yang dekat... pengeluar padi terbesar negara . kebun kelapa , sukun, mata kucing dan longan , dan kebun koko sungai selangor yang dekat .hutan yang dekat..kilang haram dan halal bersepah.. hanya orang malas saja yang lapar...

Thursday, April 14, 2011

Mencari remis bersama kemal



gua bersama anak anak buah gua yang berapa buah entah
1


remis yang tak bersalah di tangkap tanpa bicara
2



keterangan gambo 1

yang tak berbaju tu abang long 8 tahun
yang berbaring baju kuning abang ngah  7 tahun
yang tersorok  garang tu sawal 6 tahun
yang korek hidung kemal 4 tahun
yang berbaju rare putih berbunga  gua lah tu .. hampir memasuki era 30 tapi masih  buleh di sebut 20 dalam beberapa bulan ( setiap kali gua nak masuk blog ada saja yg dengki potong gambar gua tang muka )


Sawal : mama . mama ..Uda tu abang ke adik, mama ?


mama   :  uda tu kan abang pada mama..

sawal :  kalau abang kenapa uda tak ada anak

mama :  sawal tanya uda sendiri mak sebok


keterangan gambo 2

Remis yang telah di keluarkan dari pasir..cari pakai senduk nasik atau tempurung kelapa pun buleh

remis ni isi dia macam lala
remis di  pasir sedalam tiga inci
lala dalam lumpur
remis lagi sedap dari lala


kemal haris : susah nak makan remis pun kena carik

gua : apa yang kemal rasa senang

lkemal haris : nanti balik dari pantai..orang nak dukung




Nota :

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab

Wednesday, April 13, 2011

Notre Dame Perancis yang sesat

memasak santan menjadi minyak
seludang sabut membakar diri
kenapa begitu kejam
sedangkan kita dari pohon yang sama


orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang takut pada perubahan






nota :

Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya.

Tuesday, April 12, 2011

ITALY

                                                        Karima El Mahroug


italy kata omputih kata orang melayu itali

Perdana Menteri Silvio Berlusconi pun kena bawak ke mahkamah
74 tahun masih gantang seh...


pasukan bola kebangsan pulak..bila ada masalah rasuah... makin kuat jadi juara dunia pulak tu


sicilian mafia jangan cakap


negara paling  alim ..dalam  bab agama dia orang 






Nota:

makan apa  orang itali ni  sampai cm tu sekali

Sunday, April 10, 2011

Gua bercerita pasal awek- awek yang ada ciri -ciri makwe-makwe

" ikut saja kata emak engko , cepatkan  saja nikahnya kan senang ..kalau  kamu tak cukup duit ,Dara boleh bantu " Dara kustsumi bercakap sambil tangan lincah menimbang cili boh

" bukan pasal duit " kata gua sambil memerhati kotak kotak yang di penuhi Ciliboh

" habis pasal apa? "  Dara kutsumi  bertanya sambil menarik kerusi di depan meja

" kita  berkawan dah lama, aku tak takut untuk bercerta kepada engko. kebelakangan ni,Tanggapan aku terhadap perempuan cantik sudah berubah .." kata gua

" engko mula berubah la ni" kata dara senyum sinis

" bukan macam tu,tapi,tidak macam dulu.Dulu aku ingin berkenalan dengan sapa saja yang cantik dan menarik.Sekarang aku cuma ingin melihat dan menikmati  kecantikan mereka dari jauh...Dengan berbuat begitu barulah ,boleh mengekalkan misteri tarikan antara lelaki dan perempuan" kata gua sambil menghirup air milo yang terhidang

" perempuan yang menyerah diri memang memikat,tetapi tidak boleh dibandingkan dengan yang jinak jinak merpati ...perempuan yang suka tetapi tidak mahu berkenalan dan berkawan .tidak setanding dengan mereka yang hanya boleh di pandang dan sudah tentu tak dapat. cinta yang tak menjadi tu yg lebih menarik" gua sambung sambil meminta di tambah Milo

" banyak yang aku sedar,dari perkenalan dengan perempuan perempuan. Ketika aku sudah menjadi teman lelakinya,sikap berubah ,sama ada menurut saja apa cakap aku,atau mungkin akan jadi berkira sangat..rasa di tolak dan terima seperti mendapat kemenangan besar dalam hidup  di terima atau tidak permpuan masih kekal misterinya" Satu cawan lagi milo gua habiskan

" Gila betul ...engko dah Asar ... pergi sembahyang Asar  ,sudah nak habis ..nanti tolong Dara angkat ciliboh masuk kereta  kata Dara sambil sambung timbang ciliboh


Nota:

Cik cempaka buleh faham kan kan kan nanti gua certa pasal nurni dan suriana pulak

Friday, April 8, 2011

Anwar Ibrahim Orang paling beruntung


"kung kang kung kang kung kang kung kang  dvd kung kang kung kang " kata pati oren

"kung kang kung kang kung kang kung kang  kung kang omega " kata ngo ngo

" kung kang kung kang kung kang kung kang kung kang  acar kunyit " kata surat kabo

"kung kang kung kang kung kang kung kang kung kang " blog

"kung kang kung kang kung kang kung kang kung kang " orang agama agama

 "kung kang kung kang kung kang kung kang kung kang "  orang banyak

Nota

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Thursday, April 7, 2011

Bab yang mak gua tak berkenan

" Apa nama kamu,susah nak betul nak disebut ? sudah ke maknya bersetuju? " soal  mak gua kepada cupcap

" Cupcap namanya makcik.semalam sudah cakap dalam telefon..mak setuju,tapi Jumaat ini saya balik perlis cakap dengan mak sekali lagi"  kata Cupcap sopan sopan

"Yang kamu Mei...setuju ,mak kamu kali ini ..kenapa ?"mak gua beraleh pada Mei pulak

" mei janji dengan emak, kalau apa apa jadi tak salah kan dia.. dan janji akan balik jumpa dia tiap tiap bulan ". kata mei kepada mak gua..

" bila nak langsung nikah kahwinnya, macik ingat cuti sekolah akhir bulan lima dan awal bulan enam elok " cadang mak gua

" Helmy kata ,nak nikah ,masa  3 hari raya puasa tahun ini ,makcik " Cupcap bercakap dan mei mengganguk

" Helmy apa yang lambat lambat sangat...? " mak gua bagi soalan cepu mas kat gua ...terbantut gua nak cicah jemput jemput dengan sambal belacan

Mak gua ,mei9 dan Cupcap pandang tepat kat gua..

******
*****
"saya tak puas bujang mak " kata gua sambung balik bersilat dengan jemput jemput

Nota :
***apa apa hal kena jumpa suriana dengan Nina kelly Man dulu

Pada cik Nurni yusoff awak datang kalau saya buat majlis.. kalau nikah saja nanti saya bawak diaorang semua jumpa cik nurni yek...

Wednesday, April 6, 2011

Brutalsolo sudah nak kahwin????

Gua sedang sarapan sama Cupcap di persent 11 Putra Jaya

" awak angkatlah telefon tu"Cupcap tunjuk guna muncung

" tak perasan Silent, gegar tak kuat pulak meja kayu ni "  kata gua sambil angkat telefon

" mei9 " kata gua pada Cupcap dan dengan kelicahan tinggi gua tekan punat hijau

" asalamualikum ,hello, awak sudah sarapan ? " suara di hujung bertanya bertalu memeng itu cara mei9

" walikumusalam.. Sedang sarapan dengan Cupcap .." jawap gua biasa biasa

" mei nak tanya ni... buleh tak kita orang islam antar mak kita  sembahyang ..awak tau kan hari ini hari sembahyang kaum cina..." suara mei9 jelas di hujung telefon

" yang buat upacar sembahyang kan emaknya .. Mei kan cuma menghantar....sudah jadi tangungjawap mei menghantar mak , sebab yang lain takde kat rumah..anak tetap anak mei ,walaupun berlainan agama .Islam tidak pernah memutuskan hubungan ibu dan anak" gua jawap seketu seketul supaya mei9 faham

"syukur mujurlah  tak menjadi  salah... awak ada berita gembira ..nak tau " kata mei9 lagi.

" apa yang gembiranya ..?" kata gua sambil mengambil tisu yang di hulurkan Cupcap

"emak Mei benarkan kita kahwin tau ...awak balik ajak Cupcap sekali " kata mei9 gembira di hujung telefon

*****
*****
***
petang gua tunggu Cupcap di putraJaya sampai habis kerja

" kita minum dulu ya ..Cup cemas ni " kata cupcap  kepada gua

" apa yang nak di cemaskan..kita ikut macam perancangan asal ... saya akan kahwin sama cup dan mei9 " kata gua kepada Cupcap ...

" bukan itu la..yang cup risaukan " kata cupcap lagi

nota :

Dari pada melayan risau cupcap baik gua update blog guna netbook...hilang jugak risau di hati gua ..gua tau gua risau apa..tapi cupcap gua taktau

Tuesday, April 5, 2011

lelaki kena diam kalau ikut orang perempuan Shoping

kereta dah parking sedap sedap di plaza alam senteral., sebelum buat apa apa gua ajak  si siam dan si cina minum kedai mamak .bistro.perut lapar gua mesti di isi

gua mintak roti bawang,siam dan cina mintak roti telur.. bukan apa mintak roti makam tinggi  ni ,mamak tak buleh bagi roti semalam.cuba korang mintak roti kosong.sah-sah dapat roti semalam.ia itu gunanya hidup bermakam tinggi ni.

menemankan orang perempuan berjalan memang kerja yang kadang kadang menguji kesabaran gua sebagai lelaki.
mana tidaknya menunggu si cina mei9 siap serba serbi dekat 45 minit .si siam cupcap ,sampai dari putra jaya turun kereta tacap makeup rabak dalam 20 minit.Dalam menunggu tu ,sempat gua berzikir


Dari alam sentral kami bertiga bersukan acara jalan kaki ke Sacc Mall menapak lebih kurang sampai la kami ke tempat yang dituju.
masuk saja terus pergi Lot Bonia , biasalah orang perempuan beg tangan tak berkesudahan...poses membelik dan memilih mau rabak 2 jam .. Gua  boring ..mata sesekali memandang makwa makwa yang kerja di bonia
mata gua terpandang amoi ada ciri ciri makwe ya sesedap mata lelaki memandang di waktu matahari sedang panas.

Gua pergi dekat amoi gua senyum dan amoi pun senyum..senyum mau jual seluruh butek bonia..biasala..

" pagi." tegur gua seramah mungkin .suara gua ejas skit macam al-pacino..

" pagi" balas amoi bonia ,menguntum senyum...aduh kecing manis gua

'' boleh saya tanya?... harap awak tak marah " gua bertanya dan memujuk

" silakan , apa yang awak nak tau ,boleh saya bantu" ujar amoi bonia melangkah dengan kaki bunting padi

" BULU MATA AWAK TU, MEMANG SEMULA JADI KE ? " gua bertanya ingin tahu

Amoi bonia jawap dengan senyum dan sebaris gigi yang putih,sungguh bermakna jawapannya..

**********
*********

" asal nampak perempuan memang mulut awak tak boleh nak zip " cupcap bercakap sambil meletak beg tangan yang di beli


'' patut la tak suruh cepat macam selalu..sakit hati betul" Mei9 menambah  sambil memandang CupCap..

kereta begerak sambil muncung Mei9 dan Cupcap boleh di buat sangkut beg bonia



gambar tak ada kena mengena ambik dari lebai googel.. kira kira macm ini la amoi bonia

Nota:

kira untung gua temankan shoping dan sarapan.setakat amoi bonia ,kalau gua nak tekan ayat buleh pergi sorang sorang..

perjalanan dari sec 14 ke sec 23 S.Alam macam Dua marhalah. buleh gua jamak sembayang hari ni

Monday, April 4, 2011

tips yang gua baru jumpa cara mudah hendak jadi kaya tolong sebarkan .ia bukan mlm,kutu,piramit atau apa apa skim celaka tersebut

Siapa tak mau kaya?.Pagi ni pun gua melilau mencari kaya.Roti tanpa kaya tidak buleh membuat tekak birahi.sekarang nak nak kaya beli saja di kedai.dulu masa di kampung teringat mak gua membuat kaya   telur+ kelapa + gula+ masak  = kaya.Jika ada kaya ,melantak pau inti kaya kami adik beradik.lepas makan kami nyanyikan  lagu kaya aris bersama sama . lagu kaya sini

Tapi bukan kaya roti atau lagu yang gua nak cerita ..ni kaya betul..cara  kaya ini hanya boleh digunakan  di malaysia .caranya mudah.

Ada hanya perlu mengenal pasti siapa orang kaya yang anda kenal.jika dah kenal lama  lagi bagus.apa yang anda perlu buat hanyalah
bersumpah

selepas bersumpah tadi hanya perlu menghebahkannya kepada awam,tak kiralah sama ada apa pun cara anda media cetak,media masa ,internet ,atau pun majalah media hiburan ikut suka anda..
kita rehat di rumah biar orang kaya tadi sebuk membuat penafian ,ini kerana setelah bersumpah harta kekayaan memang menjadi milik kita 


sebenarnya cara bersumpah ini boleh di gunakan untuk apa saja ,dalam mencari bini,makwe yang cantik tapi gua terkesan bab menambah harta itu saja


Nota :
untuk memudahkan kita dalam hal bersumpah ini rujuk kes video dan dvd yang panas oleh datuk T dan kes liwat yang sedang di bicarakan





Sunday, April 3, 2011

Bukan Dato "T" tapi Tan Sri "H"

" kamu tau?,Orang berkedudukan dan berharta ni.Kepuasannya cuma boleh membeli kecantikan perempuan,kepuasan hakikatnya tak ada palsu belaka " Tan sri H,meghirup kopi star buck sambil silang kaki

" Kenapa Tan sri macam Tu?" tanya gua sambil memerhati ,bila sarapan paling mahal di Star buck, nak sampai ,maklumlah orang kaya belanja

" kamu lihat ,bini aku yang nombor 2 cantik bukan.. cuma boleh di tayang pada rakan-akan niaga ,layanan ,baik cari orang tepi jalan" kata tan sri H lagi

" oh." cuma itu yang gua buleh katakan,apa lagi yang nak di ulas

" Rm 20K ini siapkan semua keperluan ofis saya yang baru,jika tak cukup kamu minta lagi " kata tan sri H sambil mengeluarkan cek

gua senyum ,sambil menarik cek ke sisi dan simpan di dalam fail , gua hirup kopi dengan penuh kenimatan hidup..

NOTA:
Tansri H ,selalu bercakap soal dunia dan permpuan tapi bab berniaga dengan gua dia tak menipu pun.. bukan seperti sesetngah orang agama agama ...

Friday, April 1, 2011

Gua Benci sukan Air Yang tidak menepati hukum

 Dalam ntah berapa tahun lepas ,gua menghabiskan masa dengan member satu tadika .maklumlah lama tak berjumpa dan mengarut sana dan sini.kami memilih hutan lipur sebagai aktiviti hero hero terpilih .kerana kami bukan orang kebanyakan.kami memasak nasik membakar ayam

Sementara nak tunggu ayam yang dibakar betul-betul menepati syarak untuk dimakan, dengan beberapa peminat anak ikan, kami menyusuri sungai untuk menjejaki lubuk-lubuk ikan yang berpotensi untuk memberikan hasil yang memberangsangkan. Sepanjang perjalanan kami berbual-bual kecil sesekali menoleh belakang setiap kali makwe seluar ketat baju basah melintas sebelah. Gua tak pandang. Gua tunduk kire batu jalan je..

Setibanya di tempat kejadian, masing-masing dengan gaya macam rambo terus bertindak. Banyak jugak anak ikan kat situ. Member gua kata kalau malam, mak bapak ikan yang keluar pulak. Gua buat-buat dengar je. Sorang lagi sibuk membayangkan betapa meriahnya akuarium dia nanti. Ah, bayang je lebih. Pegang ikan pun geli, ape cite?!

Tiba-tiba disebalik akar-akar pokor yang berselirat di tebing sungai, gua nampak kelibat dua manusia tengah duduk berdepan. Gua dah mula syak ni mesti ade aktivi sukan air ni. Gua buat isyarat mulut untuk buat tinjauan. Dengan gerak langkah komando kami menghampiri tempat kejadian.

Sah! Memang 'sukan air'. Kalau masuk olimpik gua yakin Malaysia boleh dapat pingat emas. Lagipun kan banyak produk-produk tongkat ali, kacip fatimah, makjun-makjun kuat, pemanjangan yang macam gampang kat pasaran. Takde hal!

Itu jam badan mula menggeletar. Urat tengkuk pun dah kelihatan. Member gua lagi pulak. Bulu tangan dia dah start tegak-tegak. Gua terus bagi isyarat untuk serang.

"Woi, celaka gampang! Kepala bapak kau nak buat maksiat kat sini. Bodoh! Hormat la sikit. Bodoh baghal! Anak haram!" laju je mulut gua memaki kat situ.

Dua keparat tu dah mula pucat. Yang perempuan terus cover pakai towel. Yang lelaki terus benam badan dalam air. Tanpa tunggu lama member gua terus sentap yang lelaki naik atas. Tumbuk 2-3 das gilir-gilir. Yang perempuan gua kasi lempang kiri kanan pipi tiga kali. Meleleh air mata. Apa gua peduli! Hilang dara tak menangis pulak!

"Hello, JAIS!"

nota:
****
Ikut cerita sebenar, lepas nampak je, gua undur belakang slow-slow. Terus pergi cuci muka. Sambil-sambil tu gua beristighfar. Celaka. Sampai ke malam la tak boleh nak lupa.... Member-member yang lain gua kurang pasti. Ade sorang tu bawak henpon ade kamera. Wallahu'alam...