apa barang

Apa barang

Sunday, April 17, 2011

Nak bubuh tajuk apa ni???

Setelah  blog ini memberi laluan kepada pilihan raya negeri serawak,dan kita tahu bahawa rakyat negeri sarawak reda Barisan Nasinol memerentah mereka sekali lagi.kita juga ucapkan selamat maju jaya kepada Pakatan Rakyat yang sudi bermain walupun dengan tiang gol seluas garisan padang bola .

 Blog ini kembali kepada asal kejadiannya bercerta dan menjawap pertanyaan .kali ini bab  perempuan
Bila bercerta bab perempuan ,orang lelaki biasanya melepasi tahap kejujuran melampau .jika terjumpa regu sesama lelaki maka segala ciri ciri yang sexsi yang angun terkeluar dari surah lelaki. tiada apa yang lebih seronok bagi lelaki ,bercerta bab perempuan lebih seronok dari melihat avatar dan titanic

Mei9 ( mei chow)
gua kenal semasa beliau berumur 9 tahun dan gua 11 tahun. perkenalan berlaku ketika berebutkan aiskrim perisa pandan yang hanya tingal 1..kejadian di depan kedai Vedio game bekas panggung wayang  berhadapan balai pollis sekinchan..perebutan aiskrim tersebut telah di menangi mei9 kerana beliau telah mengunakkan pengaruh abang beliau..gua terpaksa beralah
mungkin kerana kesian kepada gua ,beliaui telah memtong dua aiskrim tersebut dan memberi satu kepada gua.. sejak itu gua dan mei9 berkawan

CupCap
Siam perlis ini gua kenal semasa melawat sahabat  di UPM serdang selangor  ,Gua kenal dengan secara sengaja ia itu dengan cara menumpahkan air keatas kepala ,ketika beliau sedang makan .dengan kejadian tersebut buku serta notebok beliau telah di basahi air milo ,gua bertukar no telefon dengan alasan gua akan menganti notebook yang terkena air tersebut..

suriana sidek
gua suka sama beiau sebab rajin,agak tegas dan berdikari.. gua tak tau bila masa gua suka sama dia mungkin kehendak yang maha kuasa atau sudah suratan alam


Nina Kelly Man
beliau kawan kepada mei9 ,seorang cina yang mempunyai ciri ciri kemelayuan dan cikgu tadika yang berjaya..hubngan gua dengan beliau agak rumit dan tersimpul


Sudah habis bab yang pertama kita memasuki bab kedua.. kawan kawan perempuan gua 


Dara kutsumi ( sila tekan info )
Original jepun yang tidak tahu langsung bahasa jepun...gua dan beliau belajar membaca Al-quran dengan guru yang sama .. dengan tok imam masjid .. beliau adalah mangsa untuk gua mencuba tahap kenakaln berganda semasa budak.beliau budak baik.sesiapa yang tak ada makwe persilakan mengurat beliau..Beliau juga adalah pengurus ciliboh dan sos utuk perusahaan keluarga beliau
beliau adalah sahabat yang sentiasa memberi nasihat serta pandangan dengan jujur

Didi ( sila tekan utuk info )
Cina yang melayu ini cukup rajin berkerja.peminat lagu lagu melayu dan peminat tegar dato siti..
bagus untuk dijadikan kawan..sapa sapa takde makwe sila mengurat

adek Fa (sila tekan utuk info )
campuran melayu + cina ,seorang yang rajin..beliau adalah kawan gua untuk makan mekdi dan kepsi
beliau fasih berbahasa melayu ,korea ,jepun  dan cina.
sifat yang paling bagus ada pada beliau ialah beliau tidak akan menipu walau untuk beliau atau untuk siapa pun ..jujur dan rajin..sila mengurat kalau tak de makwe

Nurni yosoff (sila tekan utuk info )
seorang yang selalu ambik berat pasal kawan kawan
seorang yang bijak dan pandai ada cita cita sambung pelajaran ke paris
boleh di katakan cantik cuma jika kalu dia tidak makan meggi mugkin akan lebih menarik
buleh dikatakan agak istimewa kepada gua
mengenali beliau dan berkawan tidak ada ruginya .
sapa tak ada makwe sila mengurat





Nota:
sapa tak de makwe sila mengurat Dara kutsumi, didi, fa, dan Nurni ...

26 comments:

ISA said...

Kenapa lu suruh nmengorat nama2 kat Nota tu..???

Senarai nama kat atas tu tak boleh ke...???

miya said...

kenapa kenapa kenapa?
bukan awek bro ke seme tu?

Latifah said...

errrr... xde apa nak tulis.

FVN said...

haish,apsal xde pakwe untuk dingorat?

uncle gedek said...

Biarkan saja tanpa tajok....

Cikli said...

bro,
belum cukup membuktikan hang ni straight..haha jgn marah

saharul said...

bubuh le tajuk " aku dan aweks2 ku"...hehee

cek chun said...

ko dah ganti ke notebook budak tu?

Bidadari Syurga said...

perghhhhhh... tak tahu nak cakap apalah... speechless... sweet gila...

Unknown said...

pergh..satu dunia kawan pompuan lu..bak sini sikit..

beautiful_rose said...

lu nak jadi ejen cari jodoh ke hape?

Wahida Nasution Thakhrim said...

amboi.. macam agen cari jodoh lak dia.. kalau macam tu, carikan untuk AcHiKz sorang yea..

Anonymous said...

Wow, siap promosi kepada siapa lelaki yang single lagi ye. Hehehe.

P/s: Maaf lambat komen sebab busy sikit.

Duniakuabstrak said...

Hebat..hebat..bak mai ilmu sikit

mohad said...

penuh dengan memori tu..

Cik Ina Do Do Cheng said...

nurni yusoff tak de gambar.

Unknown said...

hehehe.. best best

Ummu~Ishak said...

kebanyakan spesis mata sepet

imah said...

peminat matlutfi ke?? mate sepet ja sume ^^

makcikkantin said...

Tajuk? "marilah kita mengundi......" kan dia leh cover semua cerita tu...errr brutal undi yg mana?

Emira Darmia said...

ceh abg brutal ni...promote pmpn je..promote la laki gak!!

gadisBunga™ said...

belum tekan info sebab saya tengah lapar. hu~

Ain Zulaikha said...

hahahhahaha ada sape2 nak ke? sila2.. hahhaha

** sorry sangat sebab lambat reply jejak :) peace.

HEROICzero said...

hahaha ni dah kira tolong promot. bagus kawan2 macam ni. keh3x

=D

Faaein Himura said...

dia confirm solo agi ke? hah yang lelaki.. apa lagi.. silalah ngorat..
sy nak ngorat tak leh... haram.. hahaha..

MOH KEMBARA said...

Salam Yob Brutal, anda sorang Orientalcentric!